Dikuasakan oleh Blogger.
RSS
Container Icon

Sajak : Fragmen Sebuah Kehidupan





Tema :
Dadah membawa kemusnahan kepada banyak pihak



Nada :
Sinis 

Maksud : 
Rangkap 1 : Dadah merupakan musuh utama negara yang merosakkan jiwa dan menyebabkan kematian.


Rangkap 2 : Dadah membawa keburukan kepada banyak pihak seperti negarawan, seniman, olahragawan, jutawan, sasterawan, bijak pandai dan pejuang.


Rangkap 3 : Dadah telah menghancurkan institusi keluarga. Sejarah telah membuktikan bahawa Empayar Melaka jatuh angkara dadah.


Rangkap 4 : Dalam mengharungi hidup yang penuh cabaran dan dugaan, penulis memohon kepada Allah agar diberikan kekuatan iman. Matlamatnya agar cita-cita untuk menjadikan negara ini sebuah negara yang maju akan tercapai.


Rangkap 5 : Nasihat penulis ialah masih banyak cabaran yang menanti pada masa akan datang. Oleh itu, mereka perlulah bijak memilih jalan yang betul dan menghindari jalan yang salah.

Persoalan : 
  • Kerosakan jiwa dan kematian akibat dadah.
  • Penyalahgunaan dadah mampu merosakkan pelbagai lapisan masyarakat.
  • Peranan generasi muda dalam membangunkan negara
  • Kekuatan iman mampu menangkis pengaruh negatif
  • Kebijaksanaan dalam memilih antara yang baik dengan yang keji.




Nilai :
  • Rasional : Bijak memilih jalan yang baik dan menghindari jalan yang keji.
  • Bertanggungjawab : Mempunyai kesedaran untuk memberikan nasihat kepada rakan-rakan agar berwaspada dalam kehidupan.
  • Patriotisme : Berusaha untuk memajukan negara dan tidak mahu dadah menghancurkan negara.
  • Ketakwaan : Memohon petunjuk daripada Tuhan.




  Pengajaran :
  • Sejarah keruntuhan sebuah empayar dalam kancah penyalahgunaan dadah yang akan membawa kehancuran.
  • Kita perlulah berusaha sambil memohon pertolongan daripada Tuhan.
  • Kita perlulah menasihati rakan-rakan agar tidak menjadi mangsa dadah.
  • Kita perlulah gigih berusaha untuk memajukan negara.
  • Kita perlulah memilih haluan hidup yang betul.                                      

Gaya Bahasa :

  • Anafora – frasa : adalah dadah itu
  • Metafora lorong hidup, lorong hitam, laut masa depan
  • Sinkope kau, mu, ku
  • Inversi adalah dadah itu perosak jiwa, angkara dadah telah mati seorang sasterawan
  • Simile seperti tercatat dalam sejarah

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

7 Komen:

Tanpa Nama berkata...

hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm

Tanpa Nama berkata...

bosanlah

zura97 berkata...

TERIMA KASIH CIKGU....

Tanpa Nama berkata...

terima kasih , cikgu .. tapi kenapa cikgu tidak senaraikan nadanya sekali ? :)

kaoruxxpeace berkata...

bukankah nada sajak ini melankolik???
Rasa sedih,hiba dan etc...

Tanpa Nama berkata...

Sinis lebih tepat sebabnya ialah bait-bait sajak banyak menyampaikan nasihat kepada pembaca.

Tanpa Nama Tidak berkata...

Terima Kasih :) tapi xbeberapa lengkap.. xlengkap ?

Catat Ulasan