Dikuasakan oleh Blogger.
RSS
Container Icon

HIKAYAT PATANI

HIKAYAT PATANI


Tema
  • Asal usul pembukaan negeri Patani Dar al-Salam.

Persoalan
  • ·       Sikap bekerjasama yang diamalkan dalam membentuk sebuah negeri yang baharu.
  • ·       Sikap berani yang menegakkan kebenaran.
  • ·       Kebolehan dan kemampuan luar biasa dalam mengubati penyakit.
  • ·       Menunaikan janji seperti yang telah ditetapkan.
  • ·       Pengislaman seorang pemerintah.

Watak dan Perwatakan

Phaya Tu Naqpa
  • ·       Nama asal baginda sebelum menjadi raja ialah Phaya Tu Antara.
  • ·       Setelah masuk Islam, baginda bertukar nama menjadi Sultan Ismail Syah Zilullah Fil-Alam.
  • ·       Seorang yang mudah lupa diri.

Syeikh Said
  • ·       Mempunyai kebolehan dalam mengubati penyakit.
  • ·       Tegas pendiriannya dalam membuat sesuatu keputusan.
  • ·       Beliau telah mengislamkan Phaya Tu Naqpa.

Latar Masa
  • ·       Zaman pemerintahan Phaya Tu Naqpa.
  • ·       Waktu pagi sehingga matahari tergelincir.
  • ·       Bulan Ramadan.

Latar Tempat
  • ·       Kota Mahligai
  • ·       Patani Dar al-Salam
  • ·       Pintu Gajah
  • ·       Jambatan Kedi
  • ·       Lancang

Latar Masyarakat
  • ·       Masyarakat Feudal
  • ·       Masyarakat yang memiliki kebolehan luar biasa
  • ·       Masyarakat yang mentaati pemerintah
  • ·       Masyarakat yang menerima pengaruh agama Islam

Gaya Bahasa
  • ·  Bahasa Istana – sultan, ayahanda, patik, hulubalang, titah dan bersemayam.
  • ·  Bahasa Arab – karar.
  • ·  Kata ganda – gilang-gemilang, bersungguh-sungguh dan siapa-siapa.
  • ·  Simile – besarnya seperti kambing
  • ·  Hiperbola – warna tubuhnya gilang-gemilang

Nilai
  • ·       Bekerjasama
  • ·       Keberanian
  • ·       Berpendirian tegas
  • ·       Menepati janji
  • ·       Keinsafan

Pengajaran
  • ·   Setiap masyarakat perlulah bekerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
  • ·   Kita hendaklah berani dalam membuat sesuatu keputusan.
  • ·   Kita hendaklah tegas dalam membuat sesuatu keputusan.
  • ·   Kita hendaklah menepati janji.
  • ·   Kita hendaklah insaf apabila menyedari diri telah melakukan kesilapan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

9 Komen:

Tanpa Nama berkata...

plot x de ke

Tanpa Nama berkata...

PLOT MNE

Pencinta Bahasa berkata...

Akan diusahakan nanti... terlupa nak letak pula...

Tanpa Nama berkata...

x lengkap cause x de plot

Tanpa Nama berkata...

plot x dak ka XD

Tanpa Nama berkata...

sinopsis tak de ke? tolong insertkan boleh?

Tanpa Nama berkata...

Sinopsis sekali please.

Tanpa Nama berkata...

thx sbb nota nie dh bantu saya wat nota bm XD

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

Catat Ulasan