Dikuasakan oleh Blogger.
RSS
Container Icon

Pantun Berkait (Bekerja)

MAKSUD PANTUN

Rangkap 1
Penyajak menyeru sahabatnya agar segera bangun untuk menjalankan tugas.

Rangkap 2
Kita disarankan agar mengikis sikap malas dan lemah semangat.

Rangkap 3
Semua pekerjaan dapat dilakukan apabila tiada sikap malas.

Rangkap 4
Kita perlu menguasai bidang tugas masing-masing.

Rangkap 5
Setiap pekerjaan perlu dilakukan dengan teliti.

Rangkap 6
Sikap berhati-hati dalam pekerjaan membolehkan seseorang itu melakukan pekerjaan yang sukar.

Rangkap7
Hati menjadi senang setelah kerja-kerja berat dapat disiapkan.

Rangkap 8
Penat lelah selama ini tidak terasa sekiranya pekerjaan dapat disiapkan.

TEMA
Dedikasi dalam menjalankan sesuatu pekerjaan.

PERSOALAN 
  1. Bersegera dalam menjalankan tugasan.
  2. Kepentingan membuang sikap malas dan lemah semangat.
  3. Kemampuan melaksanakan pelbagai tugasan.
  4. Kepuasan yang didapati setelah berjaya melaksanakan sesuatu tugasan.

BENTUK PANTUN
  1. Mempunyai 6 rangkap dan 4 baris bagi setiap rangkap.
  2. Setiap rangkap pantun mempunyai baris yang berkait.
  3. Bilangan perkataan dalam sebaris ialah antara 3 hingga 5 kata sebaris.
  4. Bilangan suku kata sebaris ialah antara 10 hingga 11 suku kata.
  5. Rima akhir ialah abab.  

GAYA BAHASA
  1. Asonansi - Semuanya dikerja dengan cermat
  2. Asonansi - Bangkit segera kita berjuang
  3. Repitisi - Sampai di pangkalan memunggah barang
  4. Inversi - Semuanya siap hati pun lega (sebetulnya - hati pun lega jika semuanya siap)

NILAI 
  1. Kegigihan
  2. Kerajinan
  3. Berhati-hati
  4. Ketekunan

PENGAJARAN
  1. Kita perlulah memiliki semangat juang yang tinggi.
  2. Kita perlulah membuang sikap malas dan lemah semangat.
  3. Kita hendaklah memiliki pelbagai kemahiran dalam pekerjaan.
  4. Kita mestilah berhati-hati dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 Komen:

Catat Ulasan