Dikuasakan oleh Blogger.
RSS
Container Icon

Sinopsis Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa



Sinopsis
Dalam pertempuran dengan askar Jepun, Askar Melayu menunjukkan keberanian dan semangat keperwiraan yang hebat di mana seramai 152 anggota Askar Melayu, termasuk 7 pegawai Melayu dan 6 orang pegawai British yang dipinjamkan ke Rejimen Askar Melayu telah terkorban. Antara pegawai Askar Melayu yang terkorban itu adalah Leftenan Adnan bin Saidi. Dia bersama 42 orang anggotanya berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir. Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa, Memaparkan kisah keberanian dan keperwiraan askar Melayu yang sanggup berjuang sehingga ke hujung nyawa.

Bab 1 - Darah Pahlawan
Leftenan Adnan Wira Bangsa dimulakan dengan kisah Adnan (yang masih kecil) bersama keluarganya. Pak Saidi berasa amat gembira kerana dikurniakan tiga orang anak lelaki. Yang sulung bernama Adnan, yang tengah  bernama Ahmad dan yang bongsu dinamakan Amarullah. Tiga beradik itu membesar di Kampung Sungai Ramal, Kajang, Selangor. Adnan sekeluarga memiliki darah pahlawan – moyangnya pernah membantu Dol Said menentang Inggeris di Naning. Namun begitu Pak Saidi tidak suka menghebah-hebahkan cerita itu kerana sentimen 'siapa yang menentang Inggeris ialah penderhaka’ masih kuat ketika itu. Penjajah (British) tidak suka kepada sesiapa yang menentang mereka. Mereka mahu menyedut keluar sebanyak banyaknya hasil bumi daripada Tanah Melayu.

Bab 2 - Kampung Sungai Ramal
Adnan bermimpi mengenai kehebatan Hang Tuah dan kawan-kawannya. Dia sangat menggemari kisah kepahlawanan Hang Tuah. Sebelum tidur emaknya akan bercerita mengenai kisah-kisah pahlawan dahulu kala. Setiap pagi, Pak Saidi akan membawa anak sulungnya ke tempat kerjanya. Tujuannya ialah untuk mengajar anaknya itu mengenai betapa susahnya untuk mencari rezeki. Pak Saidi memiliki satu hektar kebun getah dan sebidang tanah sawah tinggalan orang tuanya yang menjadi sumber pendapatan kepada Pak Saidi untuk menyara keluarganya. Penduduk kampung Sungai Ramal bergantung hidup kepada aktiviti pertanian sepenuhnya. Mereka akan mengusahakan sawah padi dan menoreh getah untuk mendapatkan sumber pendapatan. Namun, terdapat segelintir penduduk kampung yang lebih suka menghabiskan masa dengan bersembang di warung kopi milik Pak Samad yang terletak di persimpangan kampung. Pak Saidi dan Adnan singgah sebentar di warung tersebut untuk melepaskan lelah. Warung itu tidak pernah sunyi dengan riuh-rendah suara penduduk kampung yang menjamu selera sambil berbual dan ada juga yang bermain dam.

Bab 3 - Harapan Seorang Ayah
Pak Saidi disambut oleh anak-anaknya apabila pulang dari menoreh getah. Hatinya gembira apabila melihat gelagat anak-anaknya itu. Sambil duduk berehat di atas pangkin kayu, Pak Saidi melihat gelagat anak-anaknya yang sedang berlatih silat. Adnan mengajak adik-adiknya untuk berlawan dengannya. Walaupun perlawanan itu melibatkan dua lawan satu, namun Adnan tidak mudah dikalahkan oleh kedua-dua adiknya kerana sikapnya yang tidak mahu mengalah. Setiap kali mereka bersilat, Adnan yang selalu menang. Pak Saidi dapat melihat semangat pahlawan yang ada dalam diri anak sulungnya itu. Walaupun tidak berpelajaran, tetapi Pak Saidi mempunyai wawasan serta keazaman yang tinggi terhadap masa depan anak-anaknya.

 Bab 4 - Dusun Durian Di Tanah Perkuburan
Dusun durian berhampiran kubur.
Pak Saidi bersama anak sulungnya, Adnan pergi ke dusun durian untuk membersihkan kawasan dusun tersebut. Setelah selesai membersihkan dusun, mereka melepaskan penat dengan berehat di sebuah pondok yang terdapat dalam dusun tersebut. Sambil berehat di pondok, Adnan mengambil peluang untuk bertanya ayahnya mengapa dusun itu terletak berdekatan dengan kawasan kubur. Ayahnya telah menceritakan tentang asal usul kawasan dusun tersebut. Adnan juga telah bertanya mengenai asal usul keluarganya yang berasal daripada keturunan Minangkabau. Pak Saidi juga telah bercerita kepada Adnan mengenai penentangan orang Melayu terhadap pihak penjajah.

Bab 5 - Harapan Seorang Ibu
Pak Saidi baru pulang dari ladang getah dan ditegur oleh isterinya, Mak Milah. Mak Milah mempelawa Pak Saidi untuk makan tengah hari. Pak Saidi mengajak anak-anaknya untuk makan tengah hari bersama. ketika makan, Pak Saidi tidak lupa untuk memberi nasihat kepada anak-anaknya. Adnan meminta kebenaran daripada ayahnya untuk bersekolah pada tahun hadapan. Mak Milah telah bertikam lidah dengan Pak Saidi untuk menghantar Adnan sama ada di sekolah Melayu, sekolah Inggeris ataupun di sekolah pondok. Akhirnya, Mak Milah akur dengan keputusan yang diambil oleh Pak Saidi.

Bab 6 - Guru Besar Steward
Pak Saidi menghantar Adnan ke sekolah Inggeris.  Walaupun ramai penduduk kampung yang tidak mahu anaknya bersekolah Inggeris kerana kononnya akan menjadi murtad, namun  Pak Saidi berfikiran sebaliknya. Dia ingin anak-anaknya menjadi orang yang berpelajaran. Setiap pagi, sebelum pergi ke sawah, Pak Saidi mengayuh basikal menghantar Adnan ke sekolah Inggeris di pekan Sungai Ramal. Tengah hari dia menjemput anaknya dari sekolah.

Bab 7 - Mereka Tidak Mengerti
Penduduk Kampung Sungai Ramal menjadi gempar. Orang ramai heboh bercerita mengenai Pak Saidi yang menghantar anaknya belajar di sekolah Inggeris. Ramai penduduk tidak bersetuju. Pak Saidi orang pertama yang berbuat demikian. Mereka khuatir anak Saidi akan dipengaruhi oleh Orang Putih. Lebai Pian menyuruh Tok Ketua mengambil tindakan atas perebutan Saidi. Namun, Tok Ketua membantah. Lalu, Tok Ketua menyatakan bahawa anak Lebai Pian mencuri buah rambutan dan durian orang kampung. Nordin iaitu anak Lebai Pian membuat rancangan untuk mengenakan Pak Saidi.

Bab 8 - Seteguh Karang
Pak Saidi berehat di pondok yang terletak di tepi sawah untuk berehat, tiba-tiba Karim datang menghampirinya lalu menyerahkan wang hasil jualan getah. Kemudian, Karim memberitahu Pak Saidi bahawa Abu menghasut Tok Ketua supaya mengambil tindakan ke atas Pak Saidi kerana menghantar anaknya ke sekolah Orang Putih. Karim inginkan penjelasan daripada Pak Saidi sebab mengapa menghantar anaknya ke sekolah Orang Putih. Petang itu rumah Pak Saidi didatangi oleh Tok Ketua Kampung, Lebai Pian, Karim dan Isa untuk mendengar penjelasan Pak Saidi. sedikit perbalahan telah berlaku antara Pak Saidi dengan Lebai Pian. Akhirnya Lebai Pian kehilangan kata apabila telah dibidas oleh Pak Saidi.

Bab 9 - Anak-anak Kampung
Adnan dan Mamat duduk di atas pangkin kayu untuk melepaskan penat setelah bermain perang olok-olok. Adnan telah mengajar Ahmad serba sedikit perkataan bahasa Inggeris. Pada malam itu, rumah Pak Saidi telah dicerobohi mencuri. Adnan dan Pak Saidi telah cuba untuk mengejar pencuri itu, Pak Saidi kagum dengan keberanian yang dimiliki Adnan. Tayar basikal Pak Saidi telah dibocorkan oleh pencuri itu. Di sekolah, Adnan terkenal sebagai pelajar yang rajin dan pintar. Dia amat disenangi teman dan guru-gurunya.

Bab 10 - Masuk Jawi Basikal Baru
Adnan  merupakan pelajar yang rajin dan disayangi gurunya seorang lelaki Inggeris bernama Anderson. Tambahan pula apabila Adnan mengatakan dia bercita-cita menjadi seorang askar. Adnan berasa risau akan dirinya yang akan dikhatankan tidak lama lagi. Selepas berkhatan, Pak Saidi telah berjanji untuk membelikan Adnan sebuah basikal baharu.

Bab 11 - Yakin Boleh
Adnan ingin mencuba menyertai pertandingan syarahan dalam bahasa Inggeris, rakan-rakannya telah mengejek Adnan. Cikgu Nazri telah tertarik dengan kesungguhan Adnan. Selepas itu, ramai rakannya yang lain turut ingin menyahut cabaran daripada Cikgu Nazri. Mak Milah menguji sikap anaknya yang berkobar-kobar dan berkeyakinan tinggi. Pak Saidi memberi kata-kata semangat supaya menguatkan lagi semangat Adnan untuk menang. Adnan telah menjuarai pertandingan tersebut.

Bab 12 - Jaguh Kampung
Adnan dan Budin telah berlawan dalam pertandingan tinju. Budin dan Adnan telah bertikam lidah sebelum pertandingan berlangsung kerana Budin tidak berpuas hati atas kemenangan yang berpihak kepada pasukan bola Sungai Ramal dalam perlawanan bola sepak. Pada hari itu, telah diadakan perlawanan  tinju antara kampung Sungai Ramal dan Kampung Sungai Merab, Adnan dan Budin telah terlibat dalam pertandingan itu. Para penyokong telah menyokong dengan keghairahan. Kemudian penonton terkejut apabila melihat Budin dan Adnan berpelukan  dan bersalaman.


Bab 13 - Darah Muda
Selepas menamatkan pengajiannya, Adnan terpilih sebagai guru pelatih mengajar di sekolah Sungai Ramal namun Adnan  tidak minat bekerja sebagai guru. Dia bercita-cita menjadi seorang askar. Namun ketika itu belum ada peluang menjadi askar Melayu. Semenjak kecil Adnan gemar mendengar cerita kisah pahlawan-pahlawan Melayu. Dari situ timbulnya semangat untuk menjadi askar Melayu  bagi mempertahankan tanah air. Tambahan pula pada masa itu telah mula bertiup semangat kebangsaan dalam kalangan anak-anak muda terutama dalam kalangan guru-guru.

Wajah Leftenan Adnan Saidi
Bab 14 - Askar Melayu Di Raja
Tersebar berita mengenai ura-ura penubuhan askar Melayu. Inggeris akan mengambil anak-anak muda bagi dilatih menjadi askar. Maka semakin kuat keinginan Adnan hendak menjadi tentera.  Pada suatu hari, Kampung Sungai Ramal dikunjungi oleh beberapa anggota tentera British yang bertujuan  mencari anak-anak muda tempatan yang berkelayakan untuk diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Beberapa pemuda kampung termasuk Adnan Bin Saidi ingin memohon tetapi tidak dibenarkan  oleh ibunya. Ibunya lebih suka Adnan terus menjadi guru mendidik anak bangsa. Tetapi Adnan tetap berkeras ingin menjadi tentera. Ayahnya Pak Saidi, merestui cita-cita anaknya. Akhirnya ibu Adnan mengalah.

Bab 15 Buku - Bertemu Ruas
Adnan bersama beberapa orang rakannya, nekad keluar dari kampung untuk pergi ke kem latihan ketenteraan di Port Dickson. Mereka pergi cuma berjalan kaki dan menumpang lori barang dari Kajang ke Seremban. Dan dari Seremban ke Port Dickson. Mereka telah diterima menjadi tentera selepas dimaklumkan oleh dua orang anggota tentera yang datang ke rumahnya.

Bab 16 - Perwira
Setelah melaporkan diri di kem, Adnan dan Mamat terpaksa menjalani latihan fizikal dan mental bagi melayakkan diri untuk menjadi seorang tentera. Adnan menunjukkan kesungguhan yang mendalam semasa menjalani latihan sehingga terpilih rekrut terbaik dan seterusnya beliau diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Itulah saat yang paling menggembirakan hati Adnan. Setelah selesai upacara perbarisan, semua rekrut telah dimaklumkan mengenai perintah pertukaran. Adnan telah diumumkan akan bertukar ke Singapura manakala Mamat pula ditukar ke Kedah. Semua rekrut telah dibenarkan bercuti selama seminggu. Berita itu amat menggembirakan mereka kerana masing-masing terlalu rindu akan keluarga yang telah lama ditinggalkan.

Bab 17 - Kehidupan Baharu
Kerana kesungguhannya maka dalam waktu yang singkat, Adnan telah menerima kenaikan pangkat menjadi Sarjan pada tahun 1937. Pada tahun yang sama beliau turut terpilih menyertai upacara pertabalan King George VI di London. Tidak lama kemudian, Adnan dinaikkan pangkat sekali lagi menjadi seorang Leftenan. Sekembalinya Leftenan  Adnan Saidi dari London, dia berkahwin dengan seorang guru di kampungnya bernama Sophia Pakih Muda.


Bab 18 - Berhari Raya Di Kampung
Mahligai perkahwinan Adnan dan Sophia amat bahagia ditambah dengan kehadiran tiga orang anak; dua lelaki, Mokhtar dan Zainudin dan seorang anak perempuan. Bagaimanapun  bayi perempuan itu  meninggal dunia. Pada akhir tahun 1941, Lt. Adnan Saidi ditempatkan di Pasir Panjang dan membawa keluarganya bersama-sama. Mereka tinggal di rumah besar di Pasir Panjang, dalam kawasan yang dikhaskan untuk keluarga Rejimen Askar Melayu. Mereka hidup bahagia.

Bab 19 - Perang Dunia Kedua
Apabila berlaku Perang Dunia 11, dan Jepun  Jepun bersedia untuk menjajah Tanah Melayu maka Leftenan  Adnan menghantar keluarganya kembali ke kampung mereka di Kajang. Ini merupakan masa yang getir bagi Leftenan Adnan kerana isterinya, Sophia, sedang mengandungkan anak mereka yang ketiga. Ini merupakan kali terakhir mereka bersama. Dengan hati yang amat berat Sophia membawa anak-anaknya pulang ke kampung mereka di Kajang.

Pemandangan dari Bukit Candu, Singapura
Bab 20 - Bukit Candu
     Leftenan Adnan diarahkan untuk bertugas di Bukit Candu kerana bukit itu penting untuk dipertahankan. Sekiranya pertahanan di bukit Candu dapat ditembusi maka musuh boleh menguasai Singapura dengan mudah. Sampai ke bukit Candu, Leftenan Adnan mengarahkan anggota tenteranya menggali lebih banyak parit untuk dijadikan kubu serta berjumpa dengan penghulu Sidek bagi membincangkan masalah mengenai penduduk kampung yang enggan berpindah. 

Bab 21 - Di Ambang Perang
Pada hari Sabtu, 6 Disember 1941, pegawai-pegawai Tentera Laut Amerika Syarikat mengadakan  persidangan di Manila, Filipina. Antara yang hadir Laksamana Thomas C. Hart, pegawai pemerintah Angkatan Asia Amerika Syarikat (U.S. Asiatic Fleet), dan Laksamana Sir Thomas Phillips, komander Tentera Laut British, Timur Jauh. Mereka membincangkan mengenai persiapan tentera Jepun untuk menakluk Asia termasuk Tanah Melayu dan Filipina. Masing-masing yakin serangan tentera Jepun itu dapat dipatahkan tambahan pula dengan adanya askar Melayu yang diberi tugas bersama tentera Inggeris mempertahankan Tanah Melayu.

Pesawat jenis Lockheed Hudson
Bab 22 - Hati-Hati Yang Resah
Sebuah pesawat peninjau Lockheed Hudson, Australia yang berpangkalan di lapangan terbang Tanah Melayu terjumpa konvoi Jepun yang berlepas dari Saigon, Indochina Perancis. Komander pesawat tersebut, Pegawai Penerbangan Ramshaw, melaporkan pada mulanya hanya tiga buah kapal belayar, diikuti selepas itu oleh sekurang-kurangnya 25 buah kapal pengangkut lain. Angkatan itu diiringi oleh sebuah kapal tempur, lima buah penjajap dan tujuh buah kapal pembinasa (Ramshaw tersilap melaporkan kapal penjajap berat sebagai kapal tempur). Pada pendapatnya, kapal-kapal tersebut sedang menuju ke arah Thailand yang berkecuali, atau ke Tanah Melayu.

     Situasi merupakan isyarat yang amat jelas kepada kedua-dua laksamana bahawa perang akan meletus. Kedua-dua laksamana itu bertindak dengan segera. Empat buah kapal pembinasa Amerika Syarikat di Balikpapan menerima arahan agar belayar ke laut lepas, sementara Laksamana Muda Arthur E.F. Palliser dan Panglima Besar Phillips menerima arahan agar memerintah HMS Repulse untuk membatalkan pelayarannya ke Darwin, Australia, dan kembali ke Singapura secepat mungkin. Lebih banyak perutusan mengenai konvoi Jepun tiba. Pesawat British diperintahkan agar melakukan lebih banyak penerbangan peninjauan lanjut, tetapi pihak Jepun bernasib baik pada hari itu kerana cuaca buruk menghalang pesawat British daripada berlepas. Pada pukul 7 petang, angkatan penjajahan Jepun bertukar arah dan belayar ke utara menujui Teluk Siam.

Bab 23 - Bermulanya Sengketa
Penduduk di Tanah Melayu mula berasa cemas dengan berita tentera Jepun akan menyerang. Namun ada juga yang berasa gembira kononnya Jepun hendak menghalau penjajah dan memerdekakan Tanah Melayu. Penduduk kampung Sungai Ramal juga bercerita mengenai perang. Pak Saidi  tetap tidak mahu berlakunya perang. Namun dia berserah kepada takdir kerana tiga orang anaknya iaitu Leftenan Adnan dalam askar Melayu, Ahmad dalam angkatan tentera Laut dalam kapal HMS Pelanduk, dan Amarullah juga dalam askar Melayu. Pak Saidi bangga kerana ketiga anaknya berada dalam angkatan tentera. Namun ibunya tetap risau sekiranya berlaku peperangan. Leftenan Adnan sering mengutus surat kepada adik-adiknya sambil memberi kata-kata peransang  supaya berjuang bersungguh-sungguh demi tanah air.

Bab 24 - Perangkap Tidak Kena
Sejurus selepas tengah malam, tentera Jepun bergerak ke arah pantai yang dipertahankan oleh pasukan India British yang mengawal pantai. Pasukan meriam British mula membedil sepanjang kawasan persisiran pantai dan laut sewaktu telah jelas bahawa tentera Jepun sudah memulakan pendaratan mereka. Tembakan suar menerangkan kawasan pendaratan Jepun dan unit Dogra mula menembak ke arah pesawat pendarat sebaik sahaja pesawat itu diterangi suar. Usaha pertahanan dilakukan bersungguh-sungguh oleh unit Dogras tetapi mereka menghadapi tentangan yang sengit.

Kubu mesingan (MG) di pantai digunakan dengan berkesan terhadap tentera Jepun yang mula mendarat dipantai dan membunuh banyak askar Jepun termasuk komander batalionnya, Mejar Nakamura, yang mengetuai orang-orangnya menyerbu kedudukan musuh. Kolonel Masanobu Tsuji menulis dalam bukunya mengenai Kempen Tanah Melayu : "Kubu-kubu kecil musuh yang disediakan dengan teliti bertindak dengan ganas dan sepenuh kekuatan sehinggakan orang-orang kami terbaring di pantai, separuh dalam air, separuh di pantai, tidak dapat mengangkat kepala mereka". Tidak sehingga tentera Jepun memusatkan serangan mereka terhadap dua buah kubu kecil dan parit pertahanan sokongan yang menguasai kawasan pendaratan, barulah mereka menguasai tempat mendarat.

Dalam pertempuran secara berhadapan, tentera Jepun berjaya menumpaskan tentera India British yang bertahan kawasan penting ini. Semasa pertempuran ini berlaku, gelombang penyerang kedua tersangkut di pantai terbuka dihujani tembakan meriam British yang mengakibatkan jumlah korban yang teruk. Bagaimanapun, sebaik sahaja kubu kecil telah dimusnahkan, pasukan ini mampu bergerak ke hadapan dan membolosi kedudukan Dogra. Walaupun membuat serangan balas, kedudukan supai India tidak dapat dipertahankan lagi dan pasukan pertahanan mula berundur.

Bab 25 - Gagalnya Operasi Matador
Pada pagi 8 Disember 1941, bertempat dalam Bilik Gerakan Tentera British, Kota Bharu suatu mesyuarat tergempar diadakan. Pemerintah Kor. Jeneral Heath segera menghubungi Ibu Pejabat bagi memaklumkan bahawa tinjauan dari udara di Teluk Siam mendapati adanyanya gerakan besar-besaran tentera Jepun di Songkla dan Pattani. Tetapi Ops Matador tidak dapatdilakasanakan kerana Jeneral A. E. Percival yang bertanggungjawab dengan Ops Matador sedang menghadari mesyuarat Majlis Perundangan Negeri Selat. Mereka mendapati Tentera Jepun sudah mendarat di Kota Bharu. Keadaan di Barat, nasi sudah menjadi bubur. Jeneral A. E. Percival menghubungi Panglima Sir Brooke-Popham memaklumkan perkara tersebut barulah Ops Matador dapat dijalankan. Di Kota Bharu kemaraan tersekat di Sungai Kelantan. Pihak Tentera Jepun telah terkorban akibat letupan yang kuat.

Pesawat pengebom tentera Jepun
Bab 26 - Serangan Bertali Arus
Kelantan, Terengganu, Kedah dan Pulau Pinang telah diserang oleh Tentera Jepun dalam masa yang singkat. Kebanyakan pertahanan telah pun musnah. Empat buah kapal pembinasa yang menjadi kapal pengiring tidak dapat berbuat apa-apa kerana maereka juga diserang oleh kapal terbang Jepun. Jener A.E Percival mengarahkan tentera India British menyerang tentera Jepun. Dalam keadaan kelam kabut, Panglima Brid. Jen. Garret dilaporkan hilang semasa menyeberangi sungai dan mereka terputus hubungan. Pada masa yang sama, Jeneral Yamashita memerintahkan 85 buah pesawat pengebom Jepun menyerang pertahanan British di Pulau Pinang. Pak Saidi mengatakan bahawa Ahmad sudah tiada. Pegawai tentera laut yang membawa berita tentang Ahmad, sudah terkorban di medan perang. Penduduk kampung ramai membaca Yasin untuk Ahmad.

Bab 27 - Perancangan Dua Jeneral
Penduduk Johor Bharu gempar dengan kehadiran ramai Tentera Jepun. Mereka tiba di Johor Bharu setelah hampir sebulan mendarat di Kota Bharu.Pertempuran demi pertempuran telah berlaku dan jatuhnya satu demi satu negeri-negeri di Semananjung Tanah Melayu dalam masa yang singkat Pihak British terpaksa berputih mata dan terpaksa mengundurkan tenteranya ke Singapura. Lalu membuat pertahanan di situ. Panglima Tertinggi British di Timur Jauh Sir Robbert Brooke-Propham dilucutkan jawatan dan digantikan oleh LT. Jen. Sir Henry Pownall. Petang 31 Januari 1942, seluruh Semenanjung Tanah Melayu jatuh ke tangan tentera Jepun. Tentera Jepun telah menawarkan Samad agar berkerjasama dengan mereka untuk membebaskan Singapura , Samad bersetuju dengan tawaran tersebut. Jeneral A. E. Percival agak tertekan dengan keadaan yang sedang melanda. Panglima Tentera Australia Henry Gordon Bennett membuat pemeriksaan kedudukan pertahanan pasukan tenteranya di bahagian Barat Laut. Kapten Rix dan Adnan mengatur persiapan bagi menentang tentera Jepun di Bukit Candu dan Pasir Panjang.

Bab 28 - Pertempuran Demi Pertempuran
Serangan mengejut segera dibalas angkatan tentera diraja British. Serangan balas tersebut membuatkan tentera Jepun menggandakan bedilan yang bertubi-tubi. Pasukan tentera India dan tentera British yang bertahan tidak berupaya memberikan tentangan berkesan dan terpaksa berundur. Kejayaan tentera Jepun amat menggembirakan hati Jeneral Yamashita. Jeneral Yamashita dan telah menghantar surat kepada Jeneral A. E. Precival supaya menyerah kalah. Leftenan Adnan akan mempertahankan Pasir Panjang dan Bukit Candu dengan apa-apa cara sekalipun.

Bab 29 - Terus Berjuang
Penghulu Deraman bersama anak-anak buahnya yang terdiri daripada pengawal kampung datang bertemu dengan Leftenan Adnan. Tujuan mereka untuk menyatakan persediaan mereka bertempur membantu pasukan Askar Melayu menentang Tentera Jepun. Pasukan Rejimen Askar Melayu memilih mengadakan pertahanan di satu rabung dipanggil dengan nama Rabung Pasir Panjang. Jeneral Yamashita berang apabila tiga pengintipnya mati ditembak Askar Melayu. Berita penawanan Askar Melayu dari Kompeni "B" meresahkan Leftenan Adnan. Leftenan Adnan terus bersemangat untuk berjuang hingga ke titisan yang terakhir.

Bab 30 - Serangan Balas
Suasana Pagi itu hening Askar Melayu yang tidak bertugas sedang tidur-tidur ayam.Tiba-tiba suasana yang tenang itu dikejutkan dengan satu jeritan. Tentera Jepun sudah menyerang Tanah Melayu. Leftenan Renya memimpin pasukan penggempur memerintahkan orang-orangnya terus melapskan tembakan mortar ke arah pertahanan pihak lawan. Kebanyakan tembakan tepat mengenai sasaran. Jeneral Yamashita bertambah berang, dia mahu pasukannya mencari jalan bagaimana mahu menembusi kubu pertahanan tentera Melayu. Tentera Jepun memakai pakaian tentera Sikh untuk mengelirukan musuh. Dua puluh orang tentera Jepun yang memakai turban telah dibunuh dari jarak yang dekat.

Bab 31 - Biar Putih Tulang
Kehebatan Askar Melayu yang berjaya menghidu tipu helah yang dibuat oleh tentera Jepun telah menyebabkan Leftenan Renya Mutugchi berang. Disebabkan itu, tentera Jepun telah bertekad untuk menyerang Askar Melayu di Bukit Candu secara besar-besaran. Serangan kali ini menggunakan kapal terbang untuk serangan udara dan disusuli dengan serangan pasukan artileri.  

Bab 32 Tumpah Darah Perwira
Pertempuran sengit berlanjutan di Bukit Candu. Semua jenis senjata digunakan, termasuk bom tangan dan senjata automatik. Lt. Adnan sendiri mengendalikan senjata mesingan jenis Lewis Gun. Dalam kebanyakan kes, askar bertempur dalam pertempuran berhadapan menggunakan bayonet. tetapi, mereka kekal bertahan mengecewakan pihak musuh. Dalam pertempuran yang berikutnya pegawai dan tentera mati. Adnan cedera parah tetapi enggan berundur dan sebaliknya menyuruh orang-orangnya berjuang sehingga ke titisan darah terakhir. Keberaniannyalah yang menaikkan semangat juang orang-orangnya untuk bertahan bersunguh-sungguh.

Contoh senjata jenis Bayonet
Tentera Jepun yang marah kerana keberaniannya menentang musuh  sehingga ramai yang terkorban telah berjaya menawan Leftenan Adnan lalu diserkup dengan guni. Tentera Jepun kemudiannya telah menggantungkan Leftenan Adnan yang cedera parah itu pada dahan pokok ceri. Kerana meradang akibat kehilangan ramai rakan, tentera Jepun kemudiannya telah berbaris panjang kemudian mereka berjalan di bawah pokok ceri itu. Setiap orang yang lalu di bawah pokok ceri itu telah menikam tubuh Leftenan Adnan yang tergantung pada pokok tersebut dengan bayonet. Kejadian itu dilihat oleh Koperal Yaakob.

Bab 33 - Jatuhnya Kota Singa
Dua hari selepas pertempuran di Bukit Candu dan setelah askar British menerah kalah. Haji Burhan dan beberapa orang penduduk kampung yang tinggal berhampiran dengan Bukit Candu telah memanjat bukit tersebut. Mereka menjumpai sebuah banglo lalu memasukinya. Di sana terlihat berpuluh mayat askar Melayu bergelimpangan. Ada yang putus lehernya dan ada pula yang terburai perutnya akibat tikaman dan tetakan senjata tajam.
      
Mereka juga terjumpa seorang yang masih hidup lalu merawatnya. Kemudian Koperal Yaakob pun menceritakan kehebatan askar Melayu menentang Jepun sehingga ke titisan darah terakhir. Kemudian penduduk kampung mengumpulkan mayat-mayat askar Melayu lalu mengebumikannya.

Bab 34 - Darah Mengalir Di Sungai Ramal
Pada suatu hari berpuluh-puluh askar Jepun sampai ke kampung Sungai Ramal, Kajang. Mereka mencari keluarga Leftenan Adnan. Tetapi penduduk kampung telah berpakat tidak akan bekerjasama dengan tentera Jepun. Mereka menyembunyikan keluarga Leftenan Adnan. Keberanian Leftenan Adnan menjadi pencetus semangat anak-anak muda bagi menentang tentera Jepun. Ramai yang menyertai pasukan pembebasan rakyat bagi menentang pendudukan Jepun di tanah Melayu.

Bab 35 - Perjuangan Belum Berakhir
Penduduk Pekan Sungai Ramal hidup dalam ketakutan dan kesusahan di bawah pemerintahan Jepun. Peniaga-peniaga Cina menutup kedai kerana takut dengan keganasan Jepun. Penduduk kampung yang menjadi mangsa hidup dengan serba kekurangan. Rakyat terpaksa memakan ubi, pisang ,dan apa saja yang boleh menjadi alas perut. Sophia dan anak-anaknya dijaga oleh ayahnya iaitu Pakih Muda. Sophia diuji lagi dengan kematian anak perempuannya, Fatimah akibat demam panas.

Sekolah Kebangsaan Leftenan Adnan
        Pada 15 Ogos 1945, Jepun telah menyerah kalah dan Tanah Melayu diperintah semula oleh British. Rakyat telah kembali memulakan kehidupan baru dengan mengerjakan ladang dan sawah sebagai kegiatan harian. Sophia bekerja di sawah dan menoreh getah untuk menyara anak-anaknya. Setelah Sekolah Kebangsaan Sungai Ramal dibuka semula, Sophia telah ditawarkan semula mengajar di sekolah itu. Pada hari pertama memulakan tugas di sekolah, Sophia telah berkenalan dengan Ustaz Ridwan dan akhirnya mereka berdua telah berkahwin menjadi pasangan suami  isteri yang bahagia. Selepas empat tahun berkahwin, mereka telah berpindah ke Melaka. Sophia disahkan menghidap penyakit leukemia.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

28 Komen:

Tanpa Nama berkata...

i nak synopsis bab 4

Tanpa Nama berkata...

thanks for ur help, u make my work more easy...........................

BaekHyun berkata...

Thanks for this��

Shawanie berkata...

thnkz . ia banyak membantu saya dalam membuat nota

Tanpa Nama berkata...

nice.. thanks for this note :3

Unknown berkata...

thanks ,ia banyak membantu saya membuat pembentangan

faris daud berkata...

membantu sangat

Suman D.ANGEL berkata...

sangat membantu dan bagus tetapi mengandungi beberapa kesalahan tatabahasa dan banyak kesalahan ejaan....tolong betukan...terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

sangat memudahkan saya dlm pelajaran saya terima kasih...bye

Tanpa Nama berkata...

tema dan lain2 mane

Unknown berkata...

btl btl btl

Unknown berkata...

vanam..

Tanpa Nama berkata...

Thank you so much
Really helpful and safe my time.
This made everything easy

Unknown berkata...

Tq sbb tlg share kn sinopsis ni memang amat membantu

theonlyeff berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

Membantu sangat

Unknown berkata...

thanks bnyk sbb sipnosis bnyk bantu sya buat kerja.

Tanpa Nama berkata...

thank u so much

Tanpa Nama berkata...

nota ini sgt membantu

Unknown berkata...

Kesalahan tatabahasa sahaja yg mengganggu (*>.<*)
Keseluruhannya amat membantu saya dalam subjek BM Tingkatan 4!~ (っ´▽`)っ

Unknown berkata...

Agak berguna untuk pelajaran bm tingkatan 4 tetapi ada sedikit kesalahan tatabahasa

emon berkata...

bagus cerita nii...memberi bnyak pengajaran dan inspirasi kepada sesiapa yang membacanya..selain itu,sinopsis ni bnyak membantu pelajar dalam pelajaran.Good job

Bedr321 berkata...

Konya
Kayseri
Malatya
Elazığ
Tokat
İHBGYG

NeonSpecter9000 berkata...

Eskişehir
Denizli
Malatya
Diyarbakır
Kocaeli
M0Z

B5C2ERyan88074 berkata...

A4593
Mardin Lojistik
Kastamonu Evden Eve Nakliyat
Sivas Lojistik
Tunceli Evden Eve Nakliyat
Elazığ Lojistik

37875Baylee48ABB berkata...

1C80D
Sakarya Evden Eve Nakliyat
Antep Şehir İçi Nakliyat
Eskişehir Lojistik
Tekirdağ Cam Balkon
Eskişehir Şehirler Arası Nakliyat
Çorum Evden Eve Nakliyat
Artvin Şehir İçi Nakliyat
Ünye Halı Yıkama
Antalya Parça Eşya Taşıma

CE743ElenaBC3DF berkata...

CDB56
Rize Lojistik
Etlik Parke Ustası
Erzincan Lojistik
Çerkezköy Çamaşır Makinesi Tamircisi
Antalya Rent A Car
Çanakkale Lojistik
Bartın Lojistik
Yozgat Şehir İçi Nakliyat
Muş Lojistik

256E2Britney0AF83 berkata...

E91D9
aksaray telefonda sohbet
bartın sohbet odaları
Mersin Sohbet
burdur sesli sohbet siteler
mersin görüntülü sohbet siteleri ücretsiz
Ankara Sesli Sohbet Sesli Chat
siirt en iyi görüntülü sohbet uygulamaları
hatay telefonda görüntülü sohbet
urfa mobil sohbet chat

Catat Ulasan