Dikuasakan oleh Blogger.
RSS
Container Icon

Langkah-langkah Mengatasi Aktiviti Jenayah Merentasi Sempadan

Soalan : Sejak dahulu lagi, aktiviti jenayah telah merentasi sempadan negara-negara di dunia ini.
                  
Bincangkan langkah kerjasama yang boleh diambil oleh negara-negara terlibat untuk mengatasi isu global ini.

          Aktiviti jenayah kini menjadi suatu masalah yang kian meruncing dan jika tidak dibendung akan menjadi seperti barah yang menular dalam sesebuah negara. Perkara ini bukan sahaja mencemarkan nama baik negara di peringkat global bahkan mengurangkan kegiatan lain seperti pelancongan kerana para pelancong pastinya akan berfikir masak-masak sebelum melawat ke negara yang mempunyai kadar jenayah yang tinggi. Kesannya sudah pasti merencatkan lagi kegiatan ekonomi dalam negara dan menimbulkan kerisauan terhadap tahap keselamatan rakyat. Bagi mengatasi masalah jenayah yang kini telah merentasi sempadan seperti pengedaran dadah dan penyeludupan manusia, negara-negara yang terlibat bolehlah mengambil beberapa langkah yang proaktif.

          Langkah yang paling berkesan dalam membendung kegiatan jenayah ini daripada terus meruncing adalah melalui penggunaan teknologi maklumat. Dalam era langit terbuka ini, segala maklumat mudah disampaikan dengan segera terutamanya dengan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi. Pegawai Interpol dan Pihak Kastam di sesebuah negara perlulah segera mengenal pasti penjenayah yang masih aktif dan sedang diburu. Maklumat penjenayah ini perlu segera dimasukkan ke dalam sistem yang boleh diakses oleh negara-negara jiran atau pun pintu keluar dan masuk ke sesebuah negara. Sebagai contohnya, jika kerajaan Malaysia mampu berkerjasama dengan Thailand dari aspek keselamatan, tidak mustahil penjenayah yang diburu oleh kedua-dua buah negara boleh ditangkap sekiranya mereka merentasi pintu sempadan antara negara.

          Di samping itu, kawalan keselamatan di pintu masuk sempadan ke sesebuah negara perlu diketatkan lagi. Tidak dinafikan, setiap negara mempunyai kawalan yang ketat terutamanya di lapangan-lapangan terbang antarabangsa yang menjadi pintu masuk utama ke sesebuah negara. Walau bagaimanapun, penjenayah kini semakin licik dan mereka tidak lagi menggunakan pintu masuk sempadan di lapangan terbang sebaliknya mereka menggunakan kawasan perairan. Sebagai tamsilan, negara Malaysia baru-baru ini dikejutkan dengan kes penculikan di Sabah oleh penjenayah dari Filipina. Penjenayah ini menuntut wang tebusan yang tinggi daripada kerajaan Malaysia dan hal ini sudah pasti merugikan negara selain boleh menimbulkan ketegangan. Jadi, dengan kawalan ketat terutamanya oleh pihak keselamatan di kawasan perairan tanah air, tidak mustahil jenayah ini mampu diatasi kerana mencegah lebih baik daripada mengubati.

          Selain mengetatkan kawalan keselamatan di pintu masuk sempadan di sesebuah negara, jenayah di dalam negara itu sendiri perlu dibanteras sehingga ke peringkat akar umbi terlebih dahulu. Hal ini demikian kerana, jika jenayah dalam sesebuah negara itu berleluasa tanpa dapat diatasi dengan berkesan, secara tidak langsung mendorong penjenayah dari negara jiran masuk ke negara berkenaan untuk melakukan aktiviti tidak bermoral mereka. Hal ini boleh dibuktikan dengan kes-kes penyeludupan dadah yang berlaku di negara-negara Amerika Selatan dan negara yang berhampiran. Sebagai contohnya, negara Amerika Syarikat bertungkus-lumus memerangi aktiviti penyeludupan dadah di negara mereka namun, akibat permintaan dan kawalan dalam negara yang longgar di negara jiran mereka iaitu Mexico masalah ini sukar dibendung. Oleh itu, Mexico perlu mengetatkan undang-undang di negara mereka agar aktiviti dadah ini tidak menular.
         
          Dalam menangani isu jenayah antara negara ini, persefahaman dan permuafakatan amat dituntut oleh setiap negara yang terlibat. Oleh itu, ‘Memorandum of Understanding’ (MOU) atau Memorandum Persefahaman antara negara perlu ditandatangani bagi mengelakkan perselisihan faham. Umum mengetahui bahawa sistem pentadbiran di sesebuah negara adalah berlainan jadi, sudah pastilah langkah menangani masalah global ini juga berlainan di sesebuah negara. Sebagai contohnya, penjenayah yang terlibat dalam kes penculikan kanak-kanak di negara Malaysia jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati oleh pihak mahkamah. Namun demikian, hukuman yang berlainan dikenakan bagi kes yang sama oleh negara Thailand dan Singapura. Hal ini pastinya menjadi perdebatan dalam sesebuah negara jika rakyatnya dijatuhkan hukuman mati di negara yang lain atas kesalahan yang dilakukan. Jelaslah, MOU ini amat penting dalam memastikan hubungan dua hala antara negara terus terjamin.

         
Ada juga negara yang mencadangkan pembinaan tembok batu di sempadan-sempadan yang memisahkan antara negara. Langkah ini juga boleh dipraktikkan dalam mengambil kira situasi semasa sempadan di beberapa negara utama dunia. Masih banyak negara yang menggunakan kawad berduri dalam memisahkan sempadan. Pagar dan tembok sedia ada ini amat mudah dibolosi oleh penjenayah atau sesiapa sahaja yang ingin menyelinap masuk ke negara yang berhampiran. Contoh paling dekat yang boleh kita lihat ialah sempadan antara negara Malaysia dengan Thailand. Persetujuan dan perbincangan kedua-dua negara ini boleh dilakukan dalam membina tembok batu yang lebih kukuh dan tidak mudah dibolosi oleh dalang-dalang yang akan mencemarkan nama negara. Tidak dapat dinafikan lagi dengan adanya tembok batu ini, aktiviti jenayah akan lebih sukar untuk dilakukan dalam merentasi sempadan antara negara.

          Sebagai kesimpulan, ada banyak langkah proaktif yang boleh diambil oleh negara-negara yang terlibat untuk mengatasi aktiviti jenayah yang merentasi sempadan antarabangsa ini. Oleh hal yang demikian, semua pihak perlulah berganding bahu bagai aur dengan tebing dalam memastikan tiada lagi penjenayah dapat merentasi sempadan negara melalui pintu masuk utama mahupun lorong-lorong tikus. Ketepikan fahaman politik, agama mahupun bangsa jika setiap negara serius dalam memastikan hal jenayah ini ingin dibanteras dalam sesebuah negara. Tidak mustahil jika segala langkah yang berkesan ini diambil oleh setiap negara, semua rakyat yang ada di dunia ini mampu hidup aman tanpa memikirkan isu keselamatan mereka sewaktu berada di mana-mana negara. Seterusnya, keamanan sejagat mampu dicapai dengan setiap individu hidup dalam aman dan damai.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

14 Komen:

afif berkata...

mohon izin kongsi karangan ni dengan murid - murid..terima kasih

Unknown berkata...

saya suka buih2 yg keluar...cantik sekali dan isi tepat dengan carian saya...TQ ;)

Erkam berkata...

https://bayanlarsitesi.com/
Kocatepe
İstinye
Maltepe
Rami
AB5Y6V

BinaryNinja666 berkata...

bitlis
sakarya
van
tunceli
ankara
2WESX

NanoNebula9000 berkata...

sakarya
elazığ
sinop
siirt
van
DG0V1

PixelGlider888 berkata...

sakarya
yalova
elazığ
van
kilis
TD3QB

KızılSavaşçı14 berkata...

https://titandijital.com.tr/
ağrı parça eşya taşıma
maraş parça eşya taşıma
muğla parça eşya taşıma
uşak parça eşya taşıma
İG8W2

QuantumWandereress berkata...

amasya evden eve nakliyat
eskişehir evden eve nakliyat
ardahan evden eve nakliyat
manisa evden eve nakliyat
karaman evden eve nakliyat
X7ZG

11DBENylah57646 berkata...

B6BF0
Ağrı Şehir İçi Nakliyat
Bayburt Lojistik
Kırşehir Lojistik
Bitci Güvenilir mi
Elazığ Parça Eşya Taşıma
Aksaray Lojistik
İzmir Şehirler Arası Nakliyat
Maraş Lojistik
Ünye Halı Yıkama

FD33CLorenzoCE4C2 berkata...

A8151
Aydın Şehir İçi Nakliyat
Ordu Şehir İçi Nakliyat
Manisa Evden Eve Nakliyat
Çorum Şehir İçi Nakliyat
Yalova Şehir İçi Nakliyat
Van Evden Eve Nakliyat
Çerkezköy Kurtarıcı
Ankara Fayans Ustası
Gölbaşı Parke Ustası

F8CA9ErinE0FBE berkata...

9F5AC
order masteron
Kalıcı Makyaj
testosterone propionat
Niğde Evden Eve Nakliyat
buy parabolan
Kripto Para Nedir
Uşak Evden Eve Nakliyat
Kütahya Evden Eve Nakliyat
steroid cycles for sale

2DC6BDestinyA6E9C berkata...

4BCB6
Yalova Evden Eve Nakliyat
Ünye Evden Eve Nakliyat
buy deca durabolin
order sustanon
Amasya Evden Eve Nakliyat
Karabük Evden Eve Nakliyat
Silivri Evden Eve Nakliyat
Silivri Boya Ustası
Tokat Evden Eve Nakliyat

1B827Rose5DD1C berkata...

E6218
referans

D4DE9Andrew896F7 berkata...

8E42B
bursa yabancı görüntülü sohbet uygulamaları
canlı sohbet bedava
yalova sesli sohbet siteleri
nanytoo sohbet
rastgele sohbet
nevşehir mobil sohbet bedava
ağrı mobil sohbet sitesi
kayseri görüntülü sohbet siteleri ücretsiz
çorum bedava sohbet odaları

Catat Ulasan