Kata nama terbahagi kepada tiga iaitu kata nama am, kata nama khas dan
kata ganti nama.
Kata Nama Am
Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu
yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesuatu yang tidak bernyawa seperti
tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya.
Dengan kata lain perkataan nama am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum.
Manusia , orang
|
ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar dll
|
binatang
|
ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan dll
|
tumbuh- tumbuhan
|
pokok, betik, rumput, lalang dll
|
benda
|
pasir, kayak, radio, rumah. Motorkar, pen, buku, dll
|
tempat
|
pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri dll
|
Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil
melainkan pada awal ayat.
Contoh:
Dia sedang menjinakkan seekor gajah.
|
Pada akhir ayat
|
Gajah itu berbadan besar.
|
Pada awal ayat
|
Kata Nama Khas
Kata nama khas ialah kata nama yang khasnya digunakan untuk menyebut nama
sesuatu yang bernyawa dan yang tidak bernyawa.
Kata nama khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas. Huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.
manusia
|
Zaidi, Mei Fong,
Subramaniam
|
binatang
|
Tompok (kucing),
Jalak (ayam)
|
tempat
|
Muar (daerah),
Seremban (bandar),
Jepun (negara)
|
bangunan
|
Pudu Raya
(perhentian bas
dan teksi), Menara
Tun Razak (pejabat)
|
judul buku
|
Keluarga (majalah),
Rentong (novel),
Kamus Dewan ( buku)
|
benda
|
Proton Perdana
(kereta), Pilot
(pen), Seiko (jam)
|
Perbandingan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas
Kegunaan
|
Kata Nama Am
|
Kata Nama Khas
|
Benda
|
bangunan
kereta
buku
sekolah
|
Bangunan Tabung Haji
Proton Saga
Bahasa Melayu
S.K. Darau
|
Orang
|
doktor
kerani
guru
budak lelaki
|
Doktor Efendi
Puan Zainun
Cikgu Azmi
Muhamad Fauzi
|
Binatang
|
kucing
lembu
katak
ayam
burung
|
Si Tompok
Lembu Sapi
Katak Puru
Ayam Belanda
Burung Murai
|
Tempat
|
negeri
bandar
kampung
tasek
|
Terengganu
Jerteh
Kampung Pasir Akar
Tasek Perdana
|
Tumbuhan
|
pisang
cili
jambu
limau
|
Pisang Emas
Cili Padi
Jambu Batu
Limau Kasturi
|
36 Komen:
anda perlu menambah lagi kata nama am dan kata nama khas sekiranya ada . rujukan ini tidak terlalu cukup untuk saya membuat kajian
saya mahu mengetahui kepentingan penggunaan kata nama am.
Adakah anggota badan seperti jari, kaki, mata, dsb. - kata nama Am?
lollu
anggota badan..juga kata nama am..jari,mata, kaki dan sebagainya.
terima kasih atas bantuan..
adakah nama saintifik/ bakteria seperti Amoeba adalah kata nama khas?
Sgt membantu..terima kasih
thank you!siap pun kerja saya kerana anda
terima kasih kerana di sebabkan kata nama am saya telah menyiapkan homework saye
terima kasih google...kerana awak sye dpt menyiapkan kerja
Adakan rantau asia tenggara nama khas?
so good
Sangat berguna. Terima Kasih berkongsi ilmu.
"Aku cinta padamu" adakah itu kata-kata cinta. Kerana kata-kata amRI membuatkan kata-kata khasIDAH menjadi sebuah cinta abadi.
trimakasih infonya....
sangat menarik dan bermanfaat....
mantap...
Mohon pencerahan: Internet adalah kata nama am atau kata nama khas?
x membantu lansung
Saya rasa menarik sahaja . Ini contoh pun sikit . Tolong beri banyak. Apa apapun saya mengucapkan terima kasih kerana saya dapat menyiapkan homework saya
Terima kasih atas bantuan blog ini
Saya suka ulang kaji
Salam..sya ingin bertanya.. klu Bahasa Melayu kata nama khas..klu budaya melayu? Khas atau am? Melayu? Adakah ia nya kta am?
Salam..sya ingin bertanya.. klu Bahasa Melayu kata nama khas..klu budaya melayu? Khas atau am? Melayu? Adakah ia nya kta am?
Terima kasih ayas penerangan yg diberikan ..harap dapat mberi kterngan dngn lbih bnyk...
hi semua
hai saya sedang buat kerja sekolah
hai tivi kepala bana
mengapaka tumbuh tumbuhan bernyawa
kkkkok
kepala botak cover sikit
Minyak gamat kata Nama khas atau am
terima kasih kerana memberi penerangan yang boleh membantu saya dalam pt3
Sebab ini saya boleh menyiap kerja rumah .thanks
hazeeq
Banyakkan contoh kata nama am.Adakah makanan kata nama am
Saya suka guna kata am
Catat Ulasan