Dikuasakan oleh Blogger.
RSS
Container Icon
Memaparkan catatan dengan label Aktiviti SSBJ. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aktiviti SSBJ. Papar semua catatan

SSBJ Johan Pantun

PESTA PANTUN
 KARNIVAL KOKURIKULUM SEKOLAH-SEKOLAH SUKAN MALAYSIA KALI KEDUA TAHUN 2013

Tarikh :
24 Oktober 2013
Tempat : 
Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur

Pasukan Pantun Menengah Atas SSBJ yang dibarisi oleh Mohamad Rahimin Nasir, Ainul Nadia Yusli dan Munirah Haali telah memenangi tempat pertama dalam pesta pantun tersebut. Pasukan yang dibimbing oleh Cikgu Zaharah dan Cikgu Shamsul Bahari ini berjaya mengalahkan pasukan pantun Sekolah Sukan Tengku Mahkota Ismail, Johor.


Pasukan Pantun Menengah Rendah SSBJ pula berjaya mendapat tempat ketiga. Pasukan yang dianggotai oleh Nor Azilah Aziz, Asif Rahman Jiyaudin dan Amer Amri ini dibimbing oleh Cikgu Shamsul Bahari.
Kedua-dua pasukan telah menunjukkan kesungguhan yang seharusnya dibanggakan dan dicontohi oleh pelajar-pelajar SSBJ yang lain. Syabas!





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Lawatan ke Muzium Negara

Pada tarikh 17 Oktober 2013, Sekolah Sukan Bukit Jalil telah mengaturkan suatu aktiviti yang agak menarik bagi mengisi masa para pelajar khususnya buat pelajar-pelajar yang baru sahaja selesai menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR). Mula bertolak dari SSBJ pada jam 9.45 pagi, seramai 36 orang pelajar lelaki dengan diiringi oleh En. Samsyul Hisyam bin Abdul Manap, Pn. Noor Wahida yang juga merupakan kurator Muzium Negara telah sedia menanti kunjungan warga SSBJ tepat jam 10.15 pagi.

Para pelajar yang telah pun dibahagikan kepada empat kumpulan diberikan penerangan yang sejelasnya oleh Pn. Noor Wahida. Aktiviti 'Treasure Hunt' yang memerlukan para pelajar mencari maklumat di sekitar kawasan muzium membuatkan para pelajar berasa teruja. Aktiviti berkenaan membuatkan pelajar menjelajah ke segenap inci kawasan pameran di muzium bagi mencari maklumat-maklumat yang diperlukan bagi menyelesaikan tugasan. 

Tiada sebarang hadiah diberikan kepada para pemenang iaitu kumpulan 2 dan 3 yang telah berjaya memeperoleh 100 markah. Walaupun demikian, pengalaman dan ilmu yang diperoleh menjadi hadiah yang amat bernilai yang tiada galang gantinya. Keseronokan atlet pelajar SSBJ menjalani aktiviti di Muzium Negara dapat dilihat menerusi gambar-gambar di bawah :







Klik DI SINI untuk melihat lebih banyak gambar.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kem Perdana SSBJ 2013

Kem Perdana SSBJ 2013 diadakan khas untuk para pelajar Tingkatan 3 Sekolah Sukan Bukit Jalil. Seramai 50 daripada 59 orang atlet pelajar tingkatan 3 telah melapangkan masa menghadiri kem selama 3 hari ini. Turut mengiringi atlet-atlet pelajar berkenaan ialah Pn. Suriyani binti Ab. Ghani, En. Samsyul Hisyam bin Abdul Manap, Pn. Mariana binti Md. Yusof, Pn. Nur Fadia binti Mohamed Radzuan, Pn. Nor Elleyna, En. Mohd. Sham Khairul dan En. Soh Ing Ren.

Kem yang mengambil tempat di D'Village, Ayer Keroh, Melaka ini hanya terletak 1 jam setengah perjalanan dari Bandar Raya Kuala Lumpur. Bermula pada tarikh 10 hingga 12 Oktober 2013, aktiviti dimulakan dengan lawatan ke Taman Burung di Ayer Keroh. Berbagai-bagai spesis burung dapat dijumpai di taman berkenaan. Sejurus selepas itu, semua peserta kem dengan guru-guru pengiring mendaftarkan diri di tempat penginapan. 

Sebelah malamnya pula, para pelajar didedahkan tentang hala tuju dan kerjaya yang sesuai dengan sifat-sifat yang ada dalam diri mereka. Aktiviti sebegini sememangnya dapat memberikan lebih pengetahuan dalam menentukan hala tuju para pelajar di tingkatan empat. Hari kedua di kem berkenaan, pelajar dibawa pula ke Taman Seribu Bunga dengan aktiviti 'Explorace' yang memerlukan mereka mencari jenis-jenis bunga di tempat berkenaan.

Selepas bersembahyang Jumaat di masjid berdekatan MITC, pelajar didedahkan pula dengan subjek-subjek yang bakal diambil mereka di tingkatan empat. Kemudian, pelajar-pelajar diberikan kebebasan untuk berbincang tentang persembahan yang bakal dibuat pada sebelah malam yang berkonsepkan K-Pop. Aktiviti yang bersifat santai sebegini betul-betul dapat menghilangkan tekanan dan lelah para pelajar setelah bertungkus-lumus menjawab peperiksaan.

Sebagai penutup madah pada kali ini, kami di Panitia Bahasa Malaysia SSBJ mendoakan kalian memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR yang bakal diumumkan keputusannya pada bulan Disember nanti. Perjalanan kalian masih jauh pada usia yang masih setahun jagung ini. Bersegeralah memenuhkan ilmu di dada dalam menempuh dunia yang kian mencabar dari hari ke hari ini.

Berikut ialah gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang kem berkenaan berlangsung :











Sila klik DI SINI untuk melihat lebih banyak gambar semasa di Kem Perdana.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Video Pementasan Drama Rakyat SSBJ 2013








Tarikh : 1 Ogos 2013 (Khamis) 
Masa : 9.00 - 11.00 pagi
Tempat : Laman Muhibah, Sekolah Sukan Bukit Jalil 
 
KELAS 2 OLIMPIK - MENGAPA BANGAU KURUS?

 KELAS 2 KOMANWEL - BAWANG MERAH BAWANG PUTIH

KELAS 2 ASEAN - SI TANGGANG

 
KELAS 2 SEA - BATU BELAH BATU BERTANGKUP
  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kem Motivasi PMR & SPM 2013


Pada 19 hingga 21 Julai yang lalu, Sekolah Sukan Bukit Jalil telah mengadakan satu Kem Motivasi yan bertempat di Ayer Keroh D'Village, Melaka. Kem ini dianjurkan khas untuk menaikkan semangat para pelajar untuk menghadapi peperiksaan awam yang bakal menjelang pada bulan Oktober dan November nanti.

Seramai 59 orang calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan 95 orang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan diiringi 18 orang guru telah bersama-sama sepanjang tempoh kem berlangsung. Selain ceramah motivasi, majlis makan malam yang berkonsepkan Retro juga turut dianjurkan bagi meredakan tekanan menjelang hari-hari peperiksaan.

Harapan pihak Sekolah Sukan Bukit Jalil dan Panitia Bahasa Malaysia SSBJ amat besar dalam melihat kejayaan yang bakal dicetak dalam peperiksaan. Walaupun para pelajar sibuk menjalani latihan sukan masing-masing, namun inisiatif yang diambil oleh pihak sekolah ini wajar dipuji dalam meningkatkan prestasi akademik sekolah ke tahap yang tertinggi.

Syabas buat para atlet pelajar yang telah menghadirkan diri dalam kem ini. Doa kami para guru sentiasa mengiringi dalam medan perjuangan menghadapi peperiksaan yang bakal menentukan masa hadapan kalian. Semoga kalian akan terus berjaya dalam meniti ranjau kehidupan yang pastinya kian mencabar dari hari ke hari. 

Para pelajar yang sibuk menyalin nota

Tekun mendengar motivasi

Segak semuanya

Para pelajar tidak melepaskan peluang untuk bergambar

Puteri-puteri SSBJ yang sempat bergaya

Sebelum acara bermula

Para pelajar yang mengadakan persembahan

Cabutan bertuah untuk yang bertuah

Kacak bergaya atlet pelajar tingkatan 5

Antara aktiviti yang dijalankan

Para pelajar sibuk menantikan acara bermula

Pemenang Raja dan Permaisuri Retro
Klik DI SINI untuk melihat lebih banyak gambar sepanjang kem berlangsung.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

AKTIVITI PANITIA SEPANJANG MAC 2012

Perpustakaan Negeri Selangor yang bertaraf dunia.
1) Lawatan Sambil Belajar ke Perpustakaan Negeri Selangor
Tarikh : 3 Mac 2012
Sasaran : Semua pelajar Tingkatan 1
2) Hari Bahasa Tahun 2012
Tarikh : 27 Mac 2012 (Selasa)
Aktiviti :
Tingkatan 1 - Menghasilkan penanda buku berperibahasa
Tingkatan 2 - Drama Komsas
Tingkatan 3 - Menghasilkan layang-layang
Tingkatan 4 - Menghasilkan buku skrap (isu-isu semasa)
Tingkatan 5 - Pertandingan memasak masakan tradisional dan menghasilkan poster iklan
masakan
AYUH, BERSANTAI SAMBIL BELAJAR!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Promosi Hari Bahasa SSBJ 2012


Bila rasa pasti nak lagi!!!!!!

Dapatkan 'Pie' ini sementara stok masih ada. Buat tempahan awal sebelum terlambat........
PROMOSI KHAS SEMPENA HARI BAHASA SSBJ 2012

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hari Bahasa SSBJ

HARI BAHASA SSBJ

Tarikh  : 27 Mac 2012
Hari : Selasa
Tempat : Dataran Muhibah, SSBJ
Masa : 12.00 tengah hari - 2.40 petang

Pertandingan mencipta layang-layang akan diadakan untuk pelajar-pelajar Tingkatan 3.

SIAPAKAH YANG BAKAL DINOBATKAN SEBAGAI 'RAJA LAYANG-LAYANG' SSBJ?

 Nantikan ketibaannya...


SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN :
  1. Setiap kumpulan perlu menyediakan bahan dan peralatan sendiri untuk membuat layang-layang bahasa.
  2. Hasil karya mestilah asli dan kreatif.
  3. Kerjasama dalam kumpulan SANGAT PENTING.
  4. Mereka corak dengan bahan-bahan yang berkaitan dengan Bahasa Malaysia.

HADIAH MENARIK MENANTI ANDA...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hari Bahasa SSBJ

HARI BAHASA SSBJ

Tarikh  : 27 Mac 2012
Hari : Selasa
Tempat : Dataran Muhibah, SSBJ
Masa : 9.15  pagi - 12.10 tengah hari

Pertandingan 'Master Chef' dan menghasilkan poster akan diadakan untuk pelajar-pelajar Tingkatan 5.

SIAPAKAH YANG BAKAL DINOBATKAN SEBAGAI 'MASTER CHEF' SSBJ?

 Nantikan ketibaannya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tahniah, Datuk Marina Chin!

TUANKU ABDUL HALIM mengurniakan darjah kebesaran Seri Mahkota Wilayah yang membawa gelaran Datuk Seri kepada bekas jaguh  olahraga negara,   Marina Chin  pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan    di Istana Melawati, Putrajaya, semalam.



TUANKU ABDUL HALIM mengurniakan darjah kebesaran Seri Mahkota Wilayah yang membawa gelaran Datuk Seri kepada bekas jaguh olahraga negara, Marina Chin pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan di Istana Melawati, Putrajaya, semalam.
 



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Aktiviti Panitia Sepanjang Februari 2012


1. Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) untuk Guru-guru Bahasa Malaysia SSBJ

-Kursus Penataran Bahasa Malaysia (oleh Cikgu Abdul Ghalib bin Yunus)
Tarikh: 3 Februari 2012 (Jumaat)
Masa : 2.30 - 5.30 petang
Tempat : Bilik Media, SSBJ
Penceramah : Cikgu Abdul Ghalib bin Yunus



2. Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP)
-Kursus Pendidikan Keselamatan Jalan Raya dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia
Tingkatan 1
Tarikh : 9 Februari 2012 (Khamis)
Masa : 3 - 4 petang
Tempat : Bilik Media, SSBJ
Penceramah : Cikgu Nurjihan bt Abd Jalil

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ujian Kecergasan SSBJ 2012

Tarikh : 18 Januari 2012
Masa : 7.30 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat : Gimnasium 2, Majlis Sukan Negara

Lompat Jauh Berdiri

Lompat Jauh Berdiri

Taklimat kepada para pelajar

Antara guru yang bertugas sebagai pencatat masa

Pelajar-pelajar mendengar taklimat sebelum mengikuti Ujian Ulang Alik 4X10M

Taklimat didengar dengan teliti oleh para pelajar

Persiapan tempat Ukuran Tinggi dan Berat

Ujian Baling Bola Keranjang

Guru menguji alat mengukur ketinggian

Ujian Kecergasan ini diadakan sebanyak 2 kali setahun bagi melihat tahap kecergasan atlet-atlet pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil. Laporan serta keputusan Ujian Kecergasan akan dihantar kepada ibu bapa untuk makluman mereka.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS