Dikuasakan oleh Blogger.
RSS
Container Icon
Memaparkan catatan dengan label Peribahasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Peribahasa. Papar semua catatan

Contoh Soalan Peribahasa PT3

Lihat gambar di bawah dengan teliti, kemudian tulis satu peribahasa yang sesuai dengan gambar tersebut.














Jawapan :
1. Bagai cincin dengan permata
2. Bagai murai dicabut ekor
3. Bagaimana acuan begitulah kuihnya
4. Bagai katak di bawah tempurung
5. Nasi sudah menjadi bubur
6. Bagai lintah menghisap darah
7. Kaki ayam
8. Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan
9. Dengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Peribahasa Menengah Rendah



Senarai Peribahasa Menengah Rendah

1.    Air beriak tanda tak dalam
Maksud : Banyak bercakap tanda tiada berilmu.

2.    Alang-alang  berminyak biar licin
Maksud : Berbuat sesuatu jangan kepalang tanggung.

3.    Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan
Maksud : Kalau sudah terlanjur berbuat sesuatu, biarlah diperoleh hasil daripadanya.

4.    Ayam di kepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan
Maksud : Sangat menderita kesusahan meskipun bergaji besar (beristerikan atau bersuamikan orang kaya) atau hidup miskin di negara yang kaya dan makmur.

5.    Bagai air mencari jenisnya
Maksud : Berusaha untuk mencari ilmu dengan tidak berhenti-henti; usaha dengan tidak mengenal jerih payah.

6.    Bagai ayam disambar helang
Maksud : Mati tanpa sakit.

7.    Bagai cendawan tumbuh selepas hujan
Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.

8.    Bagai cincin dengan permata
Maksud : Pasangan pengantin yang sepadan.

9.    Bagai kerakap tumbuh di batu, hidup segan mati tidak mahu
Maksud : Hidup dalam kemelaratan.

10. Bagai layang-layang putus tali
Maksud : Tiada berpedoman atau sudah putus harapan, bergantung pada nasib sahaja.

11. Bagai menatang minyak yang penuh
Maksud : Memelihara anak dengan penuh kasih sayang.

12. Bagai minyak dengan air
Maksud : Orang baik kalau duduk dengan orang jahat tidak akan menjadi jahat.

13. Bagai murai dicabut ekor
Maksud : Orang yang suka  bercakap / Perempuan yang suka bercakap banyak.

14. Bagai pucuk dilancarkan
Maksud : Amat cepat.

15. Bagaimana acuan begitulah kuihnya
Maksud : Perangai anak biasanya mengikut orang yang mengasuhnya.

16. Baik membawa resmi padi daripada resmi lalang
Maksud : Tidak sombong; rendah diri.

17. Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar
Maksud : Sesekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai.

18. Belum duduk sudah berlunjur
Maksud : Belum memperoleh sesuatu yang dikehendaki, sudah bergirang hati atau gembira lebih dulu.

19. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul
Maksud : Betapa berat kita melihat kesusahan yang dialami oleh seseorang, berat lagi penderitaan itu pada orang yang menanggungnya.

20. Berjagung-jagung dahulu sementara padi masak
Maksud : Sementara menunggu apa yang baik, lakukan juga perkara-perkara yang berfaedah.

21. Biar jatuh terletak, jangan jatuh terhempas
Maksud : Lebih baik menarik diri terlebih dahulu sebelum diberhentikan dengan tidak terhormat.

22. Biar mati anak jangan mati adat
Maksud : Adat yang tidak boleh dilanggar.

23. Biar putih tulang jangan putih mata
Maksud : Lebih baik mati daripada menanggung malu.

24. Carik-carik bulu ayam , lama-kelamaan bercantum juga
Maksud : Perselisihan faham antara saudara-mara dan adik-beradik tidak berpanjangan, akhirnya akan berbaik semula.

25. Diam-diam ubi berisi; diam-diam besi berkarat
Maksud : Orang berilmu yang berdiam diri lebih baik daripada orang diam tetapi tidak berilmu.

26. Diibaratkan sebagai condong ditumpil, lemah dianduh
Maksud : Memberi pertolongan kepada orang-orang di dalam kesusahan.

27. Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan
Maksud : Seseorang yang bercita-cita tinggi akan berusaha untuk mencapainya.

28. Genggam bara api biar sampai jadi arang
Maksud : Membuat sesuatu pekerjaan yang susah, hendaklah sabar sehingga mencapai kejayaannya.

29. Harimau mati meninggalkan belang; manusia mati meninggalkan nama
Maksud : Orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama jahat / Setiap manusia akan dikenang kerana jasa dan budi yang telah dilakukan semasa hidupnya.

30. Hendak belajar berenang dapatkan itik, hendak belajar memanjat dapatkan tupai
Maksud : Hendak mengetahui sesuatu perkara bertanyalah kepada orang yang mahir tentang sesuatu perkara itu.

31. Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih
Maksud : Setiap yang berkemahuan, tentu ada jalan.

32. Ibarat burung, mata terlepas badan terkurung
Maksud : Tidak ada kebebasan atau kemerdekaan.

33. Jika ada kemenyan sebesar lutut pun, jika tidak dibakar tidak akan berbau
Maksud : Kepandaian hendaklah diajarkan kepada orang lain, kerana kalau disimpan akan hilang begitu sahaja.

34. Kalau tak berada-ada tak akan tempua bersarang rendah
Maksud : Tentu ada sebab yang tersembunyi menyebabkan sesuatu hal terjadi / Setiap kejadian meninggalkan kesan.

35. Kalau tiada rotan akar pun berguna
Maksud : Sesuatu perkara yang dihajatkan sekiranya tidak dapat diperolehi memadai dengan apa yang ada.

36. Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
Maksud : Kita tidak akan mendapat hasil jika tidak berusaha.

37. Kalau tidak kerana angin tidak akan pokok bergoyang
Maksud : Kalau terjadi sesuatu hal tentu ada sebab-sebabnya.

38. Perempuan serasan, lelaki pemalu
Maksud : Pegangan hidup yang tidak serupa.

39. Sebagai gembala diberi keris
Maksud : Orang yang mendapat sesuatu yang tidak berguna.

40. Sekali membuka pura, dua tiga hilang berbayar
Maksud : Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai.

41. Semacam besar pacak daripada tiang
Maksud : Belanja lebih besar daripada pendapatan.

42. Seperti air dalam dulang
Maksud : Negeri yang aman sentosa.

43. Seperti api di dalam sekam
Maksud : Kejahatan yang dilakukan secara diam-diam atau tanpa disedari

44. Seperti aur dengan tebing
Maksud : Dua orang yang berkawan rapat dan saling membantu

45. Seperti aur ditarik songsang
Maksud : Pekerjaan atau perkara yang sukar diselesaikan kerana sudah tersalah jalan.

46. Seperti embun dihujung rumput
Maksud : Tidak kekal

47. Seperti harimau menyembunyikan kukunya
Maksud : Orang yang menyembunyikan kelebihannya.

48. Seperti hujan jatuh ke pasir
Maksud : Nasihat yang tidak dihargai atau sesuatu pekerjaan yang sia-sia.

49. Seperti lintah menghisap darah
Maksud : Meletakkan faedah yang tinggi; menipu dengan cara lemah lembut.

50. Seperti lipas kudung
Maksud : Selalu bergerak dengan cepat.

51. Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya
Maksud : Orang besar yang merendahkan diri tidak akan jatuh martabatnya.

52. Yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran
Maksud : Terlalu tamak untuk mencari keuntungan hingga menyebabkan kehilangan sesuatu yang sudah dimiliki.

Klik pada pautan untuk melihat peribahasa yang lain :  


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Peribahasa Tingkatan 5

Senarai Peribahasa Dalam Buku Teks Tingkatan 5



1.    Lintah darat
Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.



2.    Bagai aur dengan tebing
Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.



3.    Anak dagang
Maksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat



4.    Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.



5.    Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah.



6.    Indah khabar daripada rupa
Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.



7.    Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Maksud : Pengagihan yang sama banyak.



8.    Bukit sama didaki, lurah sama dituruni
Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.



9.    Kacang lupakan kulit
Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.



10. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.



11. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan.



12. Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya.



13. Memerah otak
Maksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh.



14. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah.



15. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.



16. Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha.



17. Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.



18. Bak cendawan tumbuh selepas hujan
Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.



19. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.



20. Yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran
Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.



21. Mencari jalan
Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.



22. Biar mati anak, jangan mati adat
Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat.



23. Sediakan payung sebelum hujan
Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.



24. Berbesar hati
Maksud : Gembira.



25. Anak buah
Maksud : Anak saudara / Pekerja bawah jagaan kita.



26. Tuan rumah
Maksud : tempat berlangsungnya sesuatu acara



27. Yang lama dikelek, yang baharu didukung
Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.



28. Batu penghalang
Maksud : Halangan



29. Untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan
Maksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya.



30. Bagai ikan pulang ke lubuk
Maksud : Orang yang pulang ke tempat asal / Kehidupan yang senang.


Klik pada pautan untuk melihat peribahasa yang lain :  
 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS