Dikuasakan oleh Blogger.
RSS
Container Icon
Memaparkan catatan dengan label Pemberitahuan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pemberitahuan. Papar semua catatan

Professional Learning Community (PLC)

Professional Learning Community (PLC)

APA ITU PLC?

Professional Learning Community (PLC) merujuk kepada para pendidik yang komited dan bekerja secara kolaboratif serta berterusan dalam membuat inkuiri atau kajian tindakan untuk mencapai prestasi yang lebih baik untuk murid-murid mereka.

LATAR BELAKANG

PLC merupakan sebahagian daripada Kualiti Guru di bawah NKRA untuk meningkatkan pengajaran guru dan pembelajaran murid di sekolah-sekolah di seluruh negara. PLC merupakan salah satu usaha kolektif staf di sekolah dengan menumpukan kepada :
  • penggunaan kemahiran dan pengetahuan guru
  • membina hubungan yang berkualiti
  • mempunyai program yang sangat berfokus
  • menggerakkan sumber-sumber sedia ada
  • berkongsi kepimpinan
 
PRINSIP ARAS PLC
  • memastikan pembelajaran murid
  • budaya kolaborasi
  • fokus kepada pencapaian
 
ENAM DIMENSI PLC
  • Kongsi kepimpinan
  • kongsi nilai dan visi
  • pembelajaran kolektif dan aplikasi
  • kongsi amalan peribadi
  • struktur
  • hubungan
 
STRATEGI PLC
PLC berteraskan 5 strategi sebagai usaha menyokong dan memperbaik pencapaian murid dan sekolah.  5 strategi tersebut adalah seperti berikut :
  • Lesson Study
  • Peer Coaching
  • Learning Walk
  • Teacher Sharing Session
  • Video Critique
Deskripsi bagi setiap strategi di atas adalah seperti di bawah:

Strategi PLC
Deskripsi
Belajar Secara Berjalan
Learning Walks
Berjalan di sekeliling sekolah dan memerhatikan pengajaran guru lain dan aktiviti bilik darjah dengan menggunakan protokol atau fokus yang spesifik.
Bimbingan Rakan Sebaya Guru atau Pembimbing Instruksi
Peer Coaching/ Instructional Coaches
Secara sistematik memerhatikan pengajaran guru lain dengan menggunakan kitaran pra konferens, pemerhatian dan pasca-konferens (pre-conference, observation, post-conference cycle)
Belajar menggunakan Rancangan Pengajaran Harian
Lesson Study
Sekumpulan guru secara usaha sama membina satu rancangan pengajaran; diikuti dengan pengajaran /  memerhatikan pengajaran, membuat penambahbaikan semasa sesi pengajaran.
Sesi Perkongsian Guru
Teacher Sharing Sessions
Sekumpulan guru bertemu secara kerap untuk berkongsi amalan pengajaran terbaik
Kajian Video Pengajaran Guru
Video Critiques of Teaching Moments
Menonton dan berbincang klip video pengajaran guru



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selamat Hari Guru Tahun 2014


Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi

Tiada madah yang dapat dituturkan bagi menunjukkan betapa besarnya jasamu kepadaku yang pernah bergelar sebagai anak didikmu. Jasamu tidak mampuku balas. Kaumengajarku dari kecil sehingga dewasa dan hanya Tuhan yang mampu membalas pengorbananmu yang tidak pernah mengenal lelah dalam mendidik anak bangsa menerajui negara Malaysia.


SEJARAH SAMBUTAN HARI GURU DI MALAYSIA

Hari Guru di Malaysia disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai penghargaan kepada para guru. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan.


TEMA SAMBUTAN HARI GURU
  1. 1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara
  2. 1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
  3. 1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
  4. 1975 Guru dan Pembangunan Negara
  5. 1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
  6. 1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
  7. 1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
  8. 1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
  9. 1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
  10. 1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
  11. 1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
  12. 1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
  13. 1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
  14. 1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
  15. 1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
  16. 1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
  17. 1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
  18. 1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
  19. 1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
  20. 1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
  21. 1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
  22. 1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
  23. 1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
  24. 1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
  25. 1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
  26. 1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
  27. 1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
  28. 1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
  29. 1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
  30. 2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
  31. 2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
  32. 2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
  33. 2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
  34. 2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
  35. 2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
  36. 2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
  37. 2007 Guru Penjana Modal Insan Cemerlang
  38. 2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
  39. 2009 Guru Pembina Negara Bangsa
  40. 2010 Guru Pembina Negara Bangsa
  41. 2011 Guru penjana transformasi pendidikan negara
  42. 2012 Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
  43. 2013 Guru Malaysia 1 Aspirasi 1 Agenda
  44. 2014 Guru Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi 
 

DEFINISI

GURU - Perkataan GURU merangkumi semua warga pendidik yang menyumbang khidmat bakti dalam semua bentuk institusi pendidikan yang menjadi penggerak serta pendukung kepada pembangunan pendidikan negara.

PENCETUS - Merujuk maksud peranan untuk menimbulkan sesuatu ilham / idea atau mengeluarkan sesuatu seperti ilmu. Guru bertindak sebagai pencetus idea kepada kreativiti dalam usaha melahirkan generasi intelek.

KREATIVITI - Didefinisikan sebagai penghasilan idea, kebolehan untuk mencipta atau proses pemikiran yang mendorong dalam pencetusan idea baharu dan berdaya kreatif.

PENJANA - Merujuk maksud guru sebagai penggerak atau perantara yang paling penting dalam proses transformasi ke arah keberhasilan.

INOVASI - Didefinisikan sebagai mengaplikasikan kreativiti, pembaharuan, modifikasi, kaedah dan sistem bagi mencari jalan untuk menghasilkan produk baharu dan perkhidmatan yang lebih baik, bermakna dan bernilai.

HURAIAN TEMA HARI GURU 2014

  1. Tema Hari Guru tahun 2014 yang ditetapkan ini selaras dengan transformasi pendidikan ke arah membangunkan kemahiran abad ke-21 iaitu berfikiran kritis dan kreatif serta menggalakkan perkembangan sahsiah murid yang holistik dan seimbang seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2026.
  2. Sistem pendidikan Malaysia berhasrat memastikan setiap murid mencapai potensi sepenuhnya agar menjadi generasi gemilang iaitu berpengetahuan dan berkemahiran, pemikiran kritis, kreatif dan inovatif: kemahiran memimpin, memiliki sahsiah dan nilai serta semangat identiti nasional. Hal ini sangat relevan dalam PPPM yang terus mendukung hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk pendidikan seimbang sebagai asas aspirasi setiap murid.
  3. Guru memainkan peranan penting sebagai penggerak agen perubahan yang sentiasa kreatif dan inovatif, mempunyai keterampilan yang tinggi dari segi personaliti, mempunyai pemikiran yang luas dan strategik serta mampu mencetus ledakan ilmu yang dapat diterapkan kepada murid bagi membolehkan mereka menghubungkan pelbagai disiplin ilmu untuk mencipta ilmu yang baharu bertaraf dunia.
  4. Membudayakan inovasi merupakan agenda yang berterusan dalam gelombang transformasi pendidikan bagi melahirkan generasi muda yang bersedia mencapai kecemerlangan dalam persekitaran yang kompetetif secara global. Keupayaan warga pendidik menyediakan peluang kepada murid bagi mendapat pengalaman pembelajaran lebih bermakna, pengalaman pembelajaran dalam menyelesaikan masalah, kreativiti dan pemikiran kritikal dilihat mampu meningkatkan kemahiran murid yang dapat berfikir secara kritis dalam konteks akademik dan persekitaran kehidupan sebenar.
  5. Dunia dan ekonomi yang bersifat global hari ini memerlukan pesaing yang mampu berfikir dengan lebih kritis dan kreatif dan inovatif. Justeru, peranan guru sebagai penggerak generasi yang intelek dan berdaya saing perlu menghasilkan kualiti pengajaran yang gemilang dengan memperkukuh amalan terbaik dalam pendidikan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tahniah Atas Kecemerlangan PMR 2013

Sekolah Sukan Bukit Jalil menghargai jasa guru-guru yang mengajar di tingkatan 3 pada tahun 2013 dengan menganjurkan majlis untuk memberikan sijil penghargaan kepada guru-guru yang memperoleh 100% kelulusan dalam keputusan mata pelajaran.

Subjek Bahasa Melayu mendahului senarai penerima anugerah dengan mengekalkan kecemerlangan 100% lulus sejak tahun 2008 dengan diikuti oleh subjek Geografi dan Matematik. Kecemerlangan ini pasti tidak mudah dicapai jika semua guru Bahasa Melayu yang ada tidak memainkan peranan dengan berkesan.

Sehubungan dengan itu, pihak pentadbir blog Lembar Bahasa turut ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru Bahasa Malaysia seperti tersenarai kerana telah banyak memainkan peranan dalam memartabatkan Bahasa Malaysia di SSBJ :

  1. Pn. Hajah Suriyani binti Ab. Ghani 
  2. En. Huszaidi bin Hussin 
  3. En. Suffian bin Sulaiman
  4. Pn. Siti Zaharah binti Othman
  5. En. Samsyul Hisyam bin Abdul Manap
  6. En. Mohammad Khaidir bin Mohd. Noor
  7. En. Muhd. Nor Shamsul Bahari bin Sikandar
  8. Pn. Nor Aida binti Zakaria
  9. Pn. Martini binti Mat Rifin

Dari kiri : En. Muhd. Nor Shamsul Bahari, Pn. Siti Zaharah, En. Samsyul Hisyam.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Manchester City Iktiraf Bahasa Melayu


Kita sebagai rakyat Malaysia harus berbangga kerana kelab bola sepak ternama Liga Perdana Inggeris iaitu Manchester City telah mengiktiraf penggunaan Bahasa Melayu dalam laman sesawang rasmi kelab berkenaan.

Langkah ini dilihat mampu menarik lebih ramai peminat terutamanya dari negara serantau seperti Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan. Walaupun dilihat hanya sebagai strategi pemasaran kelab berkenaan untuk dikenali, namun langkah tersebut membuatkan bahasa kita lebih dikenali di peringkat global.

Tidak mustahil juga suatu hari nanti kita akan melihat kelab-kelab sukan bola sepak ternama yang lain juga akan menggunakan pendekatan yang sama dalam mengembangkan jenama kelab masing-masing ke negara serantau kita.

Oleh hal yang demikian, sebagai rakyat Malaysia, tidak perlu malu untuk bertutur dalam Bahasa Melayu sebaliknya berusaha untuk memartabatkan lagi bahasa kita di persada antrabangsa.


Laman sesawang rasmi Kelab Bola Sepak Manchester City.

Baca berita selanjutnya DI SINI.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Penggambaran Promosi Sukan Remaja Asia 2013

Seramai 32 atlet SSBJ telah menyertai sesi penggambaran sempena mempromosikan Sukan Remaja Asia 2013 (AYG 2013) yang akan berlangsung di Nanjing pada 16 hingga 24 Ogos 2013. Sesi penggambaran ini berlangsung di Taman Menara Berkembar Petronas dan di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya pada 11 Jun 2013 yang turut disertai juga oleh Chef De Mission kejohanan iaitu Datuk Marina Chin iaitu Pengetua Sekolah Sukan Bukit Jalil.


Antara sukan yang dipertandingkan dalam kejohanan berkenaan olahraga, bola keranjang, badminton, terjun, lawan pedang, bola sepak, golf, bola baling, judo, ragbi, menembak, skuasy, renang, ping pong, tenis dan angkat berat. Beberapa atlet dari Sekolah Sukan Bukit Jalil juga telah dikenal pasti bagi menyertai kejohanan tersebut.


Berikut ialah gambar-gambar yang diambil ketika sesi penggambaran berlangsung :











  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Terima Kasih Guru



Tiada madah yang dapat dituturkan bagi menunjukkan betapa besarnya jasamu kepadaku yang pernah bergelar sebagai anak didikmu. Jasamu tidak mampuku balas. Kaumengajarku dari kecil sehingga dewasa dan hanya Tuhan yang mampu membalas pengorbananmu yang tidak pernah mengenal lelah dalam mendidik anak bangsa menerajui negara Malaysia. 
Terima Kasih Cikgu. 
Selamat Hari Guru Tahun 2013

"GURU MALAYSIA : 1 ASPIRASI, 1 AGENDA"


HURAIAN TEMA HARI GURU 2013

1ASPIRASI:
Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional. 1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupukperpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.

1AGENDA:
Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025.  Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsasah Pendidikan Negara.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kebanggaan Warga Sekolah Sukan Bukit Jalil


SEPANG - Pemenang pingat gangsa Olimpik, Pandelela Rinong kelihatan begitu penat tetapi terharu dengan sambutan paling meriah buat kali pertama dalam kariernya oleh kira-kira 300 peminat yang menunggunya sejak pukul 7 pagi lagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam semata-mata mahu mengucapkan tahniah kepadanya.

Pandelela, 19, yang merasai perasaan selaku 'bintang popular' apabila orang ramai tidak henti-henti mahu bergambar bersamanya. Ketibaan Pandelela disambut Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Timbalannya, Gan Ping Sieu.

Namun tiada apa yang lebih menggembirakan apabila Pandelela dikejutkan dengan kemunculan bapa dan ibunya, Pamg Joheng dan Hartini Lamim yang diterbangkan khas oleh Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) untuk menyambut anak kesayangan mereka.

Pandelela dan skuad akuatik tiba di tanah air bersama ketua kontinjen Tun Ahmad Sarji dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Zolkples Embong.

Atlet lain yang kembali ke tanah air termasuk Yeoh Ken Nee, Bryan Nickson Lomas, Leong Mun Yee, Huang Qiang, Cheong Jun Hoong, Traisy Vivien Tukiet, Wendy Ng Yan Yee dan perenang tunggal, Khoo Cai Lin.

Pandelela mahu topik terjun lenyap dari fikirannya untuk dua minggu berikutnya, tempoh dia dibenarkan ketua jurulatih Yang Zhuliang untuk bercuti. "Jurulatih beri saya cuti dua minggu," katanya penuh teruja.

Ditanya perancangannya sepanjang bercuti, katanya: "Saya ada pelbagai rancangan termasuk dengan kawan-kawan tetapi terlebih dahulu semestinya bersama sekeluarga. Tempatnya adalah rahsia," katanya.

Biarpun sudah mengukir nama dalam sejarah negara apabila meraih gangsa pada Sukan Olimpik London yang menutup tirai kelmarin, namun ratu terjun negara itu tetap tidak mahu mendabik dada sebaliknya selesa dengan sikap merendah diri.

Pandelela turut berharap perwatakan asalnya tidak berubah pada masa akan datang sebaliknya kekal positif dan cemerlang dalam kariernya. "Saya ucapkan terima kasih buat semua yang terlibat dan menyokong termasuk keluarga saya yang tidak putus-putus memberikan semangat kepada saya.

"Pengalaman paling bermakna diperolehi pada penyertaan Olimpik London adalah dapat memberikan saingan kepada jaguh-jaguh terjun dunia.

"Perwatakan saya tidak akan berubah sungguhpun telah meraih kejayaan sebegini kerana saya lebih selesa dengan sikap merendah diri dan saya harap perwatakan tersebut akan terus kekal," katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tahniah Panitia Bahasa Malaysia SSBJ

Setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua guru Bahasa Malaysia di Sekolah Sukan Bukit Jalil. Atas usaha dan sokongan yang dilakukan bersama-sama, panitia ini berjaya mendapat hadiah berupa hamper bernilai RM100 dan wang tunai RM100 untuk anugerah Blog Akademik Terbaik dan Papan Kenyataan Akademik Terbaik.

Majlis penyampaian hadiah ini telah berlangsung pada sesi Taklimat Profesional SSBJ pada 6 Ogos 2012 bertempat di Dewan Komanwel, Sekolah Sukan Bukit Jalil.


Hadiah telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Datuk Marina Chin.

Inilah hamper dan wang tunai RM100.

Hadiah ini diletakkan di atas meja ketua panitia kami, Pn. Siti Zaharah.




Sekali lagi, ucapan terima kasih kami tujukan atas sokongan semua yang telah melayari blog kami yang masih muda dan banyak kekurangan ini. Penghargaan yang diberikan ini akan dijadikan batu loncatan untuk menjadikan blog ini lebih interaktif dan berilmu. Insya-Allah.

Salam Ukhuwah daripada guru-guru Bahasa Malaysia SSBJ :
  1. Pn. Suriyani binti Ab. Ghani (Penolong Kanan Akademik & Pentadbiran)
  2. En. Huszaidi bin Hussin (Penolong Kanan Kokurikulum)
  3. Pn. Siti Zaharah binti Othman (Ketua Panitia BM)
  4. En. Mohammad Khaidir bin Mohamad Noor (Setiausaha Panitia BM)
  5. En. Suffian bin Sulaiman (Guru Cemerlang BM / Guru Media)
  6. En. Samsyul Hisyam bin Abdul Manap (Guru Data dan Maklumat)
  7. Pn. Nurjihan binti Abd. Jalil (Setiausaha PMR)
  8. Pn. Nor Aida binti Zakaria (Guru Penolong)
  9. En. Muhd. Noor Shamsul Bahari bin Sikandar (Guru Penolong)
  10. Cik Martini binti Mat Rifin (Guru Penolong)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sajak : Guru O Guru

Sempena sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan yang bakal menjelang pada 16 Mei nanti, marilah sama-sama kita hayati bait-bait sajak garapan Sasterawan Negara Usman Awang yang ditulis 33 tahun yang lalu. Sajak yang tidak lapuk dek zaman ini memberikan maksud yang mendalam dalam menilai dan menghargai pengorbanan guru yang tiada tolok bandingnya. TERIMA KASIH CIKGU.

Guru Oh Guru


BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
 
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.



1979

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tahniah Sekolah Sukan Bukit Jalil

Tiada kata yang dapat diluahkan selain ucapan tahniah kepada guru-guru dan atlet pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil atas pencapaian yang membanggakan ini. Walau sibuk dan lelah dengan latihan sukan yang berat, namun aspek pendidikan tidak pernah diabaikan.  

Sesungguhnya yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang. Berkat kesungguhan dan ketekunan warga SSBJ 'Nothing is Impossible'. TAHNIAH!!!


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Blog Panitia BM di 'Facebook'

Selari dengan perkembangan teknologi dunia dalam komunikasi, Panitia Bahasa Malaysia SSBJ turut mengambil pendekatan yang sama. Bermula 22 Mac 2012, para pelawat laman sesawang boleh mengikuti blog ini melalui laman sosial yang popular pada masa ini iaitu 'FACEBOOK'. Jadi, jangan lupa menekan butang 'LIKE' pada laman berkenaan.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Dapatkan Keputusan Peperiksaan Anda

Kini, dalam melangkah era teknologi moden serta dunia tanpa sempadan, para pelajar mahupun ibu bapa boleh melayari laman sesawang khas untuk mengetahui keputusan peperiksaan semasa pelajar melalui Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). Klik sahaja gambar di bawah ini : 
 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS