Dikuasakan oleh Blogger.
RSS
Container Icon
Memaparkan catatan dengan label Video. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Video. Papar semua catatan

Teknik Menulis Pendahuluan Rumusan

Teknik Menulis Pendahuluan Rumusan.


Terima kasih GC Pn. Haslindar Nor Halim atas tunjuk ajar yang diberikan. Untuk melihat video pengajaran beliau yang lain, bolehlah subscribe channel youtube beliau melalui pautan berikut : https://www.youtube.com/channel/UC5GUgitsqkcUG6zQ5TgFL-g

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Lempar Batu Sembunyi Tangan


Maksud Peribahasa :
Berpura-pura tidak tahu selepas melakukan sesuatu kesalahan.

Contoh ayat :
Sikapnya yang lempar batu sembunyi tangan itu amat dikesali oleh rakan-rakan kerana dia tidak mengaku perbuatannya yang telah menimbulkan kegelisahan dalam kalangan pelajar. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Video Pementasan Drama Rakyat SSBJ 2013








Tarikh : 1 Ogos 2013 (Khamis) 
Masa : 9.00 - 11.00 pagi
Tempat : Laman Muhibah, Sekolah Sukan Bukit Jalil 
 
KELAS 2 OLIMPIK - MENGAPA BANGAU KURUS?

 KELAS 2 KOMANWEL - BAWANG MERAH BAWANG PUTIH

KELAS 2 ASEAN - SI TANGGANG

 
KELAS 2 SEA - BATU BELAH BATU BERTANGKUP
  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pantun Budi

Lagu berentak zapin ini penuh dengan pantun Melayu yang dinyanyikan. Liriknya pula amat puitis dan memberikan seribu satu nasihat dan peringatan buat generasi dulu, kini dan selamanya. Lagunya penuh dengan penghayatan berbanding dengan lagu-lagu sekarang yang tidak begitu puitis untuk didengari oleh halwa telinga.



Pantun Budi : Tan Sri SM Salim

Kalau menebang si pohon jati,
Papan di Jawa dibelah-belah;
Kalaulah hidup tidak berbudi,
Umpama pokok tidak berbuah.

Bunga selasih si bunga padi,
Kembanglah mekar di dalam taman;
Pertama kasih kedua budi,
Yang mana satu nak didulukan?

Datuk Laksamana ke bangka hulu,
Berlayar kapal membawa dagang;
Bagailah mana kapal nak lalu,
Kuala sudah dilengkong karam.

Bunga padi bunga kiambang,
Buat hiasan di taman bunga;
Buah hati kekasih orang,
Hamba menumpang gembira sahaja.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Di Mana Ada Kemahuan di Situ Ada Jalan

Iklan ini menyentuh hati sesiapa jua yang menontonnya. Bersyukurlah kita yang masih mempunyai ibu dan bapa di dunia ini. Berusahalah kita untuk berbakti kepada orang tua kerana di mana ada kemahuan di situ ada jalan.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Malu-malu Kucing


Contoh Ayat :

 Ammar malu-malu kucing untuk menerima pelawaan rakannya yang mahu membelanjanya makan tengah hari.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berat Sama Dipikul, Ringan Sama Dijinjing


Contoh Ayat :

Dalam kehidupan kita mestilah tolong-menolong bak peribahasa berat sama dipikul, ringan sama dijinjing agar sesuatu pekerjaan menjadi lebih mudah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Di Mana Ada Kemahuan, Di Situ Ada Jalan


Contoh Ayat :

Anak-anak Mak Cik Jamaliah akan berusaha sedaya upaya memenuhi permintaan ibunya kerana bagi mereka di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berpantang Maut Sebelum Ajal

Peribahasa :  
Berpantang Maut Sebelum Ajal


Contoh ayat : 
Tikus itu masih hidup walaupun telah terkena perangkap bak peribahasa berpantang maut sebelum ajal

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Lagu Khas Buat Warga Pendidik

Lagu ini ditujukan khas untuk semua yang bergelar pendidik. Sesungguhnya jasamu tidak dapat dinilai dengan wang ringgit mahupun intan permata. Hanya Tuhan jua yang akan membalasnya di akhirat kelak. Semoga kalian dapat terus mencurahkan keringat dalam mendidik anak bangsa menjadi modal insan yang berminda kelas pertama.

TERIMA KASIH CIKGU....



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SYAIR SEJARAH MELAKA

Salah satu bentuk hiburan masyarakat Melayu suatu ketika dahulu ialah syair. Namun, ramai dalam kalangan pelajar kini tidak tahu melagukan syair. Jika disuruh menyanyikan lagu Dato' Siti Nurhaliza atau lagu Adele cepat sahaja dinyanyikan dan kadang kala tanpa disuruh. Berikut diletakkan satu video yang menunjukkan persembahan syair yang mungkin boleh dijadikan panduan sebagai cara untuk melagukan syair. Selamat menonton.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SELOKA PAK KADUK

Ramai pelajar mahupun guru kurang pasti tentang nyanyian seloka walhal lagunya tidak ada format-format tertentu. Oleh itu, di blog ini diletakkan nyanyian Seloka Pak Kaduk khusus untuk pengikut Blog Panitia BM SSBJ mendengar salah satu cabang hiburan masyarakat Melayu suatu ketika dahulu.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Warga Asing Berbahasa Melayu

       Dewasa ini, golongan remaja yang bakal memimpin negara suatu masa nanti dilihat semakin alpa akan kepentingan berbahasa. Budaya asing seperti budaya hedonisme menjadi ikutan sehinggakan diri sendiri terabai akan kewajiban menuntut ilmu. Namun demikian, sedarkah anda bahawa ketika remaja Melayu sibuk "bershuffle", remaja Barat asyik mempelajari lenggok tarian zapin, Ketika kita ingin menjadi "Orang Putih", "Orang Putih" ingin menjadi kita kerana mereka tahu kehebatan Melayu? Jadi, usahlah dibanggakan budaya asing yang tidak diketahui pokok pangkalnya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ombak Rindu



Jom layan lagu ni....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tiada Kata Secantik Bahasa


Lirik Lagu :

Tiada kata secantik bahasa
Untuk ku puji adinda
Tiada gambar secantik lukisan
Nak ku tunjuk perasaan

Oh... dinda puspa gemala
Mengharum jiwa
Hmm...

Oh... dinda puspa gemala
Mustika kanda...

Walau musim berubah
Suasana bertukar
Tapi ikatan mesra
Sikit pun takkan longgar

Tiada kata secantik bahasa
Untuk ku puji adinda

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Joget Pahang... Pantun yang dilagukan...



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Gunakanlah Bahasa Kebangsaan dalam Urusan Seharian





Bahasa Malaysia Bahasa Perpaduan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS