Dadah membawa kemusnahan kepada banyak pihak
Nada :
Sinis
Maksud :
Rangkap 1 : Dadah merupakan musuh utama negara yang merosakkan jiwa dan
menyebabkan kematian.
Rangkap 2 : Dadah membawa keburukan kepada banyak pihak seperti negarawan,
seniman, olahragawan, jutawan, sasterawan, bijak pandai dan pejuang.
Rangkap 3 : Dadah telah menghancurkan institusi keluarga. Sejarah telah
membuktikan bahawa Empayar Melaka jatuh angkara dadah.
Rangkap 4 : Dalam mengharungi hidup yang penuh cabaran dan dugaan, penulis memohon
kepada Allah agar diberikan kekuatan iman. Matlamatnya agar cita-cita untuk
menjadikan negara ini sebuah negara yang maju akan tercapai.
Rangkap 5 : Nasihat penulis ialah masih banyak cabaran yang menanti pada masa akan
datang. Oleh itu, mereka perlulah bijak memilih jalan yang betul dan
menghindari jalan yang salah.
Persoalan :
- Kerosakan jiwa dan kematian akibat dadah.
- Penyalahgunaan dadah mampu merosakkan pelbagai lapisan masyarakat.
- Peranan generasi muda dalam membangunkan negara
- Kekuatan iman mampu menangkis pengaruh negatif
- Kebijaksanaan dalam memilih antara yang baik dengan yang keji.
Nilai :
- Rasional : Bijak memilih jalan yang baik dan menghindari jalan yang keji.
- Bertanggungjawab : Mempunyai kesedaran untuk memberikan nasihat kepada rakan-rakan agar berwaspada dalam kehidupan.
- Patriotisme : Berusaha untuk memajukan negara dan tidak mahu dadah menghancurkan negara.
- Ketakwaan : Memohon petunjuk daripada Tuhan.
Pengajaran :
- Sejarah keruntuhan sebuah empayar dalam kancah penyalahgunaan dadah yang akan membawa kehancuran.
- Kita perlulah berusaha sambil memohon pertolongan daripada Tuhan.
- Kita perlulah menasihati rakan-rakan agar tidak menjadi mangsa dadah.
- Kita perlulah gigih berusaha untuk memajukan negara.
- Kita perlulah memilih haluan hidup yang betul.
Gaya Bahasa :
- Anafora – frasa : adalah dadah itu
- Metafora – lorong hidup, lorong hitam, laut masa depan
- Sinkope – kau, mu, ku
- Inversi – adalah dadah itu perosak jiwa, angkara dadah telah mati seorang sasterawan
- Simile – seperti tercatat dalam sejarah
7 Komen:
hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm
bosanlah
TERIMA KASIH CIKGU....
terima kasih , cikgu .. tapi kenapa cikgu tidak senaraikan nadanya sekali ? :)
bukankah nada sajak ini melankolik???
Rasa sedih,hiba dan etc...
Sinis lebih tepat sebabnya ialah bait-bait sajak banyak menyampaikan nasihat kepada pembaca.
Terima Kasih :) tapi xbeberapa lengkap.. xlengkap ?
Catat Ulasan