RAIS ketika ditemu ramah oleh
deejay, Wan Syahrina Wan Ab. Rahman pada pelancaran peluasan siaran
Bernama Radio24 di Johor Bahru semalam.
JOHOR BAHRU – Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk
Seri Dr. Rais Yatim meminta 56 buah stesen radio di negara ini termasuk
22 buah stesen radio swasta mengambil peranan dalam menyemarakkan
penggunaan bahasa kebangsaan.
Beliau kesal kerana masih banyak stesen radio tidak mengambil berat
tentang aspek penggunaan bahasa Melayu dengan betul menyebabkan
pendengar terdedah dengan bahasa rojak dan slanga.
“Kita pohon (stesen radio) supaya jangan hanya guna bahasa kebangsaan lantaran didesak atau diarah berbuat demikian.
“Sepatutnya stesen televisyen dan radio termasuk swasta memainkan
peranan ulung dalam memajukan bahasa kebangsaan dengan penggunaan yang
betul dan menarik kepada pendengar,” katanya.
0 Komen:
Catat Ulasan