Kita sudah membaca buku dari pagi hingga ke malam. Namun, keputusan peperiksaan tidak juga memberangsangkan. Atas faktor itu, para pelajar mengambil keputusan untuk mengehadkan waktu mengulang kaji pelajaran. Namun demikian, sedarkah anda keputusan yang diambil itu akan mengubah masa hadapan anda dalam sekelip mata? Oleh itu, bangkitlah dari tidur yang lena dan mulalah mengikut kaedah-kaedah belajar yang lebih berkesan agar kita memperoleh kejayaan seperti yang diharapkan. Berikut merupakan cara-cara yang efektif dalam mengulang kaji pelajaran :
-
Menyediakan jadual belajar yang sistematik.
-
Rutin belajar yang sama pada tiap-tiap hari bagi melatih otak menerima tabiat belajar.
-
Pilihlah masa yang sesuai untuk mengulang kaji pelajaran terutamanya sewaktu semangat belajar berada di tahap maksimum.
-
Elakkan perkara-perkara yang mengganggu proses pembelajaran. Ahli keluarga harus bertolak ansur dalam memberi ruang untuk anda belajar.
-
Nota yang telah dibuat hendaklah diulang kaji pada hari yang sama.
-
Anda akan mendapat lebih manfaat sekiranya anda mempunyai matlamat belajar.
-
Elakkan belajar di tempat yang boleh menyebabkan rasa mengantuk.
-
Belajarlah dengan tujuan menimba ilmu bukanlah sekadar untuk lulus peperiksaan.
0 Komen:
Catat Ulasan