Selepas
satu penyelewengan, timbul pula masalah yang baharu. Berpunca daripada
kejahilan dan meringan-ringankan hal agama, pelbagai masalah dalam
masyarakat kian menjadi-jadi. Perkara yang tidak pernah terfikir oleh
orang ramai tiba-tiba muncul pada hari ini.
"Halimah Jongang".
Lucu bunyinya tetapi sedarkah kita bahawa Halimah itu nama ibu susuan
Nabi kita. Halimatus Saa'diah yang pernah menjaga Nabi Muhammad sewaktu
kecil. Begitu besar pengorbanan dan jasanya, namun pada hari ini,
namanya dijadikan sebagai alat hiburan oleh golongan jahil. Cerita
berbentuk umum ini ditayangkan di Astro Prima dan terus mendapat
sambutan sehingga ke hari ini....
Tidak cukup dengan penghinaan tersebut, timbul pula cerita "Fatimah Juling".
Nama puteri Rasulullah pula yang menjadi mangsa. Kenapa tidak
menggunakan nama lain yang tidak berkaitan dengan keturunan Rasulullah S.A.W.
Sayyidatina Fatimah merupakan ibu kepada dua cucu Baginda, Sayyidina
Hussain dan Sayyidina Hassan. Satu-satunya anak Nabi Muhammad S.A.W.
yang sempat melahirkan zuriat dan daripadanya berkembang keturunan nabi.
Kadang-kadang perkara yang biasa kita sebut, kita tidak sedar asal-usulnya kalam tersebut. "Mat Rempit" daripada nama Muhammad manakala "Minah Rempit" daripada nama Aminah (ibu Nabi kita). Entah bagaimana gelaran ini dapat bertapak di kalangan masyarakat Melayu hari ini?
Sesugguhnya lidah itu perkara yang paling tajam di dunia...
0 Komen:
Catat Ulasan