ANGKATAN
Digunakan untuk kumpulan orang atau benda.
Contoh : tentera, belia, kapal.
Contoh ayat :
- Negara kita mempunyai angkatan tentera yang berdisiplin.
- Orang ramai tidak sabar hendak melihat angkatan pesawat pejuang terbang di udara.
BARIS
Digunakan untuk orang dan benda-benda yang berbaris atau beratur.
Contoh : tulisan, pemain, murid, rumah, tiang.
Contoh ayat :
- Cikgu Hisyam menulis beberapa baris tulisan dalam suratnya.
- Terdapat tiga baris kedai di pekan itu yang belum disewakan.
BATANG
Digunakan untuk benda-benda yang panjang, leper dan keras.
Contoh : pen, pensel, gigi, kayu, pokok, sungai, pembaris.
Contoh ayat :
- Terdapat tiga batang sungai yang mengalir di kampung itu.
- Qayyum menjolok buah rambutan dengan sebatang galah panjang.
BENTUK
Contoh : pen, pensel, gigi, kayu, pokok, sungai, pembaris.
Contoh ayat :
- Terdapat tiga batang sungai yang mengalir di kampung itu.
- Qayyum menjolok buah rambutan dengan sebatang galah panjang.
BERKAS
Digunakan untuk benda-benda yang diikat dan dikumpulkan.
Contoh : rotan, kayu, pembaris, buluh.
Contoh ayat :
- Ada seberkas sahaja lagi rotan yang belum dijual oleh pedagang itu.
- Lima berkas kayu digunakan sebagai bahan bakar untuk memasak lemang.
0 Komen:
Catat Ulasan