Faktor-faktor yang mendorong kepada masalah
disiplin pelajar.
·
- Ibu bapa tidak mendidik anak-anak.
·
- Ibu bapa sibuk bekerja.
·
- Pengaruh rakan sebaya.
·
- Pengaruh media massa.
Dewasa
ini kita sering dihambat dengan masalah disiplin yang berlaku dalam kalangan
remaja. Hal ini pastinya amat membimbangkan banyak pihak kerana remaja
merupakan tiang negara pada masa hadapan. Keruntuhan moral ini boleh
menjejaskan matlamat negara dalam melahirkan modal insan yang berkualiti dalam
memacu negara ke era negara maju. Jika diperhalusi, pelbagai faktor yang
mendorong kepada masalah disiplin dalam kalangan remaja.
Faktor
utama yang dikenal pasti ialah berpunca daripada ibu bapa yang tidak mendidik
anak-anak dengan didikan yang betul. Jika ibu atau bapa tidak boleh mendidik
anak-anak mereka dengan baik, pada siapakah lagi tanggungjawab itu harus
dipikul? Sesetengah ibu bapa belakangan ini juga bersikap seperti ketam
mengajar anaknya berjalan dengan lurus. Jelas, ibu bapa perlu memainkan peranan
mereka dalam mencorak keperibadian remaja.

Seterusnya, pengaruh rakan sebaya
turut menjadi penyumbang utama dalam peningkatan masalah disiplin pelajar.
Masakan tidak kerana golongan remaja kini banyak menghabiskan masa bersama-sama
rakan sebaya berbanding ahli keluarga. Didorong atas sifat ingin tahu, mereka
pasti akan mencuba sesuatu yang baharu dalam hidup mereka yang mungkin boleh menggelapkan
masa depan sendiri. Sudah terang lagi bersuluh, remaja atau pelajar perlu bijak
dalam memilih rakan jika tidak mahu terlibat dalam masalah ini.

Izharnya, terdapat banyak faktor
yang mendorong kepada peningkatan masalah sosial dalam kalangan remaja. Namun demikian,
perkara ini boleh diatasi jika semua pihak memainkan peranan masing-masing
serta saling berganding bahu bagai aur dengan tebing. Secara tidak langsung,
hasrat kerajaan dalam melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi pada tahun
2020 bakal terlaksana.
20 Komen:
terima kasih.karangan ini bagus :D
Alhamdulillah...
Karangan jenis fakta tu luas maksudnya... karangan di atas ini ialah salah satu contoh karangan fakta... iaitu karangan yang dibuat bukan berdasarkan pengalaman atau cereka individu... cuba beri tajuk untum diperhalusi :)
MOHON SHARE EA..UNTUK TUGASAN SAYA
saya suka sangattttttttttttttttttttttttttttttt
hehe..
terbaikkkkkkkkkkkk
cibaiii,kimak kw anjing
twinkling little star said....
thnks so much.. its helping me sangat2
Bestnyee aq slin kat sini jee x yah serabot nk pikir hahahahahahahahaha
baik
cikgu saya gunakan karangan ini untuk kami baca
suka karangan ini.....
Daebak!
ok
thanks
sungguh membantu
uhuk uhuk
tapi sebenarnya ada nama iaitu abu
Good
Terima kasih
karagan yang bagus sekali.kalau boleh buat lagi
Dewacintaqq.com
link alternatif Dewacintaqq
http://94.237.47.134/?ref=NISA21
dcpoker99
simbolcinta
gemarq
oppaiqq
procintaqq
kartucinta99
maniak99
dcqq88
1001cinta
dewacintaqq
dewacintaqq.com
Catat Ulasan