Kebaikan Menggunakan Pengangkutan Awam
- Mengurangkan kesesakan lalu lintas
- Menjimatkan masa
- Mengurangkan kos
- Mengurangkan pencemaran udara
- Dapat menambah pendapatan negara
Dunia
kian berkembang pesat termasuklah negara kita Malaysia yang semakin menuju ke
status negara maju. Namun demikian, penggunaan pengangkutan awam masih
dipandang sepi oleh segelintir masyarakat. Perkhidmatan awam kini adalah lebih
baik jika hendak dibandingkan satu dekad yang lalu. Pihak kerajaan telah
mengambil tindakan yang sewajarnya dalam menambah baik mutu perkhidmatan
pengangkutan awam. Jika diperhalusi, ada berbagai-bagai faedah yang kita peroleh
apabila menggunakan pengangkutan awam.
Faedah utama pastinya dapat
mengurangkan kesesakan lalu lintas yang sering menghantui jutaan penduduk di
bandar-bandar besar. Hal ini bertambah runcing lagi apabila tiba waktu puncak
ketika pergi dan pulang dari bekerja. Sekiranya orang ramai sepakat menggunakan
perkhidmatan awam untuk ke tempat kerja, pastinya masalah kesesakan ini tidak berlaku.
Sebagai contoh, semua orang menggunakan bas awam untuk ke tempat kerja, maka
jumlah kereta persendirian di atas jalan raya pastinya berkurangan.
Selain itu, penggunaan pengangkutan
awam juga pasti akan menjimatkan masa individu yang menggunakannya. Hal ini
demikian kerana, penggunaan Transit Aliran Ringan (LRT) atau Monorel yang tidak
melalui jalan raya pastinya mempercepat masa untuk sampai ke satu-satu
destinasi. Stesen-stesen LRT ini juga dibina di tempat-tempat tumpuan orang
ramai seperti Pudu Sentral, Kuala Lumpur Sentral dan Pasar Seni. Secara tidak
langsung, kita tidak perlu menempuh jalan raya yang sesak dengan kenderaan.
Di samping itu, apabila kita
menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam, kita dapat menjimatkan kos
pengangkutan. Sebagai contoh, harga petrol yang tinggi dan juga bayaran parkir
kenderaan pasti perlu ditanggung jika kita menggunakan kenderaan persendirian
ke tempat kerja. Namun demikian, dengan kos yang rendah kita tidak perlu risau
dengan kos petrol dan bayaran parkir berkenaan apabila menaiki kenderaan awam.
Wang lebihan berkenaan boleh dibuat tabungan kerana sedikit-sedikit lama-lama
jadi bukit.
Seterusnya, indeks pencemaran udara
juga dapat dikurangkan jika kita sepakat untuk menggunakan pengangkutan awam
untuk ke mana-mana destinasi. Hal ini tidak dapat dinafikan kerana apabila
kenderaan di atas jalan raya semakin berkurangan, maka pelepasan gas karbon
monoksida yang berbahaya kepada manusia turut berkurangan. Kesannya, kita dapat
mengurangkan pencemaran udara dan kesan rumah hijau sekali gus. Secara tidak
langsung juga, rakyat Malaysia dapat hidup dengan sihat dan sejahtera.
Tambahan pula, penggunaan
pengangkutan awam yang efisien turut mampu menarik minat pelancong asing untuk
berkunjung ke negara kita. Justeru, pendapatan negara akan meningkat seiring
dengan penambahan jumlah pelancong tersebut. Hal ini membolehkan pihak kerajaan
merangka lebih banyak kemudahan dan prasarana untuk kegunaan rakyat tempatan.
Oleh itu, penggunaan pengangkutan awam ini perlu digalakkan demi memastikan
kelangsungan penggunaanya dalam masyarakat.
Izharnya, sudah terang lagi
bersuluh, penggunaan pengangkutan awam di negara kita ini mendatangkan seribu
satu faedah buat rakyat dan negara. Oleh itu, semua pihak perlu berganding bahu
bagai aur dengan tebing bagi memastikan kemudahan yang disediakan ini
diselenggara dan dijaga dengan rapi untuk memastikan kelangsungan
penggunaannya. Jika semua perkara ini tidak dipandang enteng, tidak mustahil
negara kita mampu mencapai status negara maju menjelang tahun 2020 seperti yang
dicita-citakan.
62 Komen:
Karangan yang baik dan mantap!!!!!!!!!
Terima kasih
thank you so much..........................
terbaik!!!!!
suka blog nie :D
Thankz a lot.....
Terima kasih :)
aku guna buat KKG ;D
aku letak blog nie kat aku punya Bibliografi KKG haha
Terima kasih... semua artikel dan karangan yang diletakkan di sini memang untuk dikongsi :)
terima kasih sebab membantu saya menyiapkan bahan folio saya (:
Wah, seronoknya dapat membantu orang lain!
terima kasih banyak2 semoga Tuhan membalas jasa anda
Hmm macam mana nak cari huraian menggunakan kenderaan awam ?? Tolong !!
Maaf. X faham soalan.
eh aku nak karangan kebaikan pengangkutan sendiri lah............h...hhhhhhhhh....
Susah la nak buat karangan tu :p
Bestnya !!!!!!! :):):)
Tak best pun saya punya lagi best :p:p
hebat :)
booo mcm bdh krgn ni !!!!!!
ku pnye agie baek !!!!
dpt ksg je klau ku ikt ni !!!!!
best gilerrr ...
<3 it
ok laa memberi saya idea untuk menyiapkan tugas saya dengan secepat mungkin!
terima kasih
Ia sangat bantu sye,utk siap tugas sye dgn cpt!tank u so much...
terima kasih untuk karangan ini
karangan ini tidak matang langsung
macam mane plk nk buat ayat tidak perlu membelikenderaan sendiri?? :D
macam mane plk nk buat ayat tidak perlu membelikenderaan sendiri?? :D
bagossss
rancak
x syok
thank you so much.tis help to mid year pt3 exam.the elabration of the line is so wonderful...
fuckkkkk
trimas info ini amats berzmakne
hi......boleh tak ceritakan tentang 5sos...............
bodoh!!!!!!!!!!!!!!!!!
banyak berkesan ..... terbaik
ll)
saya nak exam trial spm.. sangat hebat.. saya mungkin fail, trimas adios
Tak yensem
Tak bagus pun👎👎👎👎👎👎👎👎
Cool! ;) =)
Bagus karangan ni..bagi banyak ilmu:)
Teebaekkk
Terima kasih atas pertolongan yang diberikan sebagai contoh karangan ni
hahaha
Terima kasih karangan ini byk membantu saya buat assignment..
Cantik background essay ni...bagus!bagus!bagus!👌👌👌
As salam. Saya share ya. Sangat bagus isinya. Terima kasih ya.
👍👍
Good
Terima kasih kepada yang menulis karangan ini
lucu taik
Kebaikan penggunaan Pengangkutan
awam
karangan ini adalah motif saya teruskan usaha korang denganmembuat banyak karangan seperti ini.
aku sungguh faham terima kasih
Terbaik 👍...Thx 😀
👌👌👌
How to write a Malay essay
Catat Ulasan