Dikuasakan oleh Blogger.
RSS
Container Icon

Tahniah Panitia Bahasa Malaysia SSBJ

Setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua guru Bahasa Malaysia di Sekolah Sukan Bukit Jalil. Atas usaha dan sokongan yang dilakukan bersama-sama, panitia ini berjaya mendapat hadiah berupa hamper bernilai RM100 dan wang tunai RM100 untuk anugerah Blog Akademik Terbaik dan Papan Kenyataan Akademik Terbaik.

Majlis penyampaian hadiah ini telah berlangsung pada sesi Taklimat Profesional SSBJ pada 6 Ogos 2012 bertempat di Dewan Komanwel, Sekolah Sukan Bukit Jalil.


Hadiah telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Datuk Marina Chin.

Inilah hamper dan wang tunai RM100.

Hadiah ini diletakkan di atas meja ketua panitia kami, Pn. Siti Zaharah.




Sekali lagi, ucapan terima kasih kami tujukan atas sokongan semua yang telah melayari blog kami yang masih muda dan banyak kekurangan ini. Penghargaan yang diberikan ini akan dijadikan batu loncatan untuk menjadikan blog ini lebih interaktif dan berilmu. Insya-Allah.

Salam Ukhuwah daripada guru-guru Bahasa Malaysia SSBJ :
  1. Pn. Suriyani binti Ab. Ghani (Penolong Kanan Akademik & Pentadbiran)
  2. En. Huszaidi bin Hussin (Penolong Kanan Kokurikulum)
  3. Pn. Siti Zaharah binti Othman (Ketua Panitia BM)
  4. En. Mohammad Khaidir bin Mohamad Noor (Setiausaha Panitia BM)
  5. En. Suffian bin Sulaiman (Guru Cemerlang BM / Guru Media)
  6. En. Samsyul Hisyam bin Abdul Manap (Guru Data dan Maklumat)
  7. Pn. Nurjihan binti Abd. Jalil (Setiausaha PMR)
  8. Pn. Nor Aida binti Zakaria (Guru Penolong)
  9. En. Muhd. Noor Shamsul Bahari bin Sikandar (Guru Penolong)
  10. Cik Martini binti Mat Rifin (Guru Penolong)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 Komen:

BM_SSBJ berkata...

Tahniah kepada Cikgu Samsyul Hisyam kerana banyak menggerakkan blog Bahasa Malaysia SSBJ ini... Tidak lupa buja sokongan daripada KP, Pn Siti Zaharah dan semua guru Bahasa Melayu SSBJ... Tahniah diucapkan sekali lagi dan bersama- sama kita majukan panatia kita supaya kita berada sebaris kehadapan dari panitia yang lain...

Pencinta Bahasa berkata...

Sama-sama la ye... semua ini dibuat tanpa pernah mengharapkan balasan sebaliknya ingin berkongsi pengetahuna yang tidak seberapa ini bersama-sama rakan2 yang lain :P

Catat Ulasan