Dikuasakan oleh Blogger.
RSS
Container Icon

Syair Panduan Untuk Para Remaja


MAKSUD SYAIR

Rangkap 1

Pesanan penyair kepada generasi muda agar jangan suka berbohong dan memperdayakan orang. sikap cinta akan kekayaan dan boros berbelanja juga perlu dielakkan.

Rangkap 2
Perkara buruk seperti mengumpat, mengeji, menganiayai orang, meninggi diri dan memungkiri janji perlulah dijauhi.

Rangkap 3
Jangan sekali-kali berjudi, minum arak dan melakukan perbuatan yang negatif kerana akhirnya akan merosakkan diri.

Rangkap 4
Jauhilah sikap suka berhutang dan meminta-minta kerana kehidupan orang yang berdikari adalah lebih tenang.

Rangkap 5
Sikap suka meminta dan meminjam perlu dielakkan kerana barang yang diberi pinjam kebiasaannya akan hilang. Hal ini akan menjejaskan persahabatan dan akhirnya akan hilang sifat hormat-menghormati.

Rangkap 6
Penyair menyarankan perbuatan suka meminta tolong perlu dielakkan. Perbuatan tersebut menyebabkan seseorang itu malas berfikir serta akan membunuh semangat ingin terus berusaha.

Rangkap 7
Generasi muda perlu memiliki semangat cinta akan negara dan suka berdikari. Mereka dinasihati agar tidak lupa akan asal usul keturunan dan tidak membanggakan diri.

Rangkap 8
Penyair memberikan kata nasihat dan peringatan kepada golongan muda. Dengan keizinan Tuhan, golongan muda akan menjadi generasi yang berguna kpeada bangsa dan negara. 

TEMA 
Pesanan kepada generasi muda agar memiliki nilai- yang terpuji dan berusaha menghindarkan diri daripada melakukan perkara-perkara keji.

PERSOALAN
  1. Menjauhi sifat suka berhutang yang akan merenggangkan tali persahabatan.
  2. Perlunya menepati janji yang dimeterai.
  3. Kepentingan sifat berdikari dalam hidup dan tidak mengharapkan bantuan orang lain.
  4. Mengelakkan diri daripada melakukan sifat-sifat yang keji yang akhirnya akan merosakkan diri.

BENTUK 
  1. Bentuknya terikat.
  2. Terdiri daripada 8 rangkap.
  3. Berisi 4 baris serangkap.
  4. Semua baris mempunyai maksud yang hendak disampaikan.
  5. Bilangan kata - 4 hingga 6 kata sebaris.
  6. Bilanga suku kata - 9 hingga 12 suku kata sebaris.
  7. Rima akhir aaaa.    

GAYA BAHASA 
  1. Inversi - Judi dan arak jangan biasa 
  2. Repitisi - Jangan mengata jangan mengeji
  3. Asonansi - Ingat pesanku wahai belia
  4. Aliterasi - Bergantung ke orang hendaklah pantang


NILAI
  1. Berjimat cermat
  2. Menepati janji
  3. Berdikari
  4. Merendah diri
  
PENGAJARAN
  1. Kita janganlah boros ketika berbelanja.
  2. Kita janganlah bersikap terlalu meterialistik.
  3. Kita janganlah berbangga akan asal keturunan.
  4. Kita perlulah sentiasa berkata benar.
  5. Kita mestilah menunaikan semua janji yang telah dibuat.

 




  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 Komen:

Tanpa Nama berkata...

sangat membantu

Catat Ulasan