Dikuasakan oleh Blogger.
RSS
Container Icon

Lawatan Sambil Belajar ke Muzium Negara

Pada 16 Mei 2013 yang lalu, Panitia Bahasa Malaysia dan Inggeris Sekolah Sukan Bukit Jalil bawah Program MBMMBI telah mengadakan satu lawatan sambil belajar ke Muzium Negara, Kuala Lumpur. Para pelajar yang terlibat ialah semua pelajar di tingkatan 1 Sekolah Sukan Bukit Jalil. Dengan diiringi 5 orang guru, rombongan ini bertolak dari sekolah sekitar jam 9 pagi dan menamatkan lawatan padan jam 1 petang.

Antara objektif utama dalam lawatan ini ialah :
  1. Murid dapat melibatkan diri dalam interaksi sosial melalui perbualan, perbincangan, dan penulisan untuk menjalin serta mengeratkan hubungan. 
  2. Murid dapat dan memproses maklumat secara kritis daripada pelbagai sumber yang didengar, dibaca, dan ditonton untuk memperoleh ilmu dan maklumat. 
  3. Murid dapat menggunakan maklumat yang diperoleh untuk tujuan menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, serta menyebarkan maklumat dalam bentuk lisan dan tulisan.

Di samping lawatan, beberapa aktiviti juga turut dijalankan :
  1.  Menghasilkan aksesori daripada kulit siput.
  2.  Menghasilkan kad ucapan Hari Guru daripada rempah ratus.
  3.  Membuar tembikar dengan menggunakan tanah liat.
  4.  Pencarian maklumat dan penerokaan
Keseluruhan program ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Program seumpama ini sewajarnya dicontohi dan diadakan pada masa akan datang kerana mendatangkan banyak kebaikan kepada para pelajar. Secara tidak langsung, pelajar bukan sahaja dapat belajar dalam suasana yang menyeronokkan, bahkan dapat melihat sekitar pemandangan ibu kota Kuala Lumpur.

Barisan pelajar Tingkatan 1 yang mengikuti lawatan
Barisan guru pengiring yang sentiasa ceria
Para pelajar tekun mendengar taklimat daripada pegawai Muzium Negara
Antara aktiviti yang dijalankan ketika lawatan
Para pelajar yang ceria sepanjang tempoh lawatan berlangsung
Terima kasih yang tidak terhingga pihak kami ucapkan kepada pihak Muzium Negara kerana sudi menerima kunjungan para pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil. Mudah-mudahan kerjasama yang erat ini akan terjalin utuh demi mencapai matlamat melahirkan atlet pelajar yang bertaraf dunia.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 Komen:

Catat Ulasan