Faedah-Faedah Melibatkan Diri Dalam Aktiviti Sukan
Soalan : Pada tahun 2011, kerajaan telah memperkenalkan
program 1Murid 1Sukan untuk memastikan semua murid terlibat dalam bidang sukan.
Huraikan
pendapat anda tentang faedah-faedah melibatkan diri dalam aktiviti sukan
dalam kalangan murid.
Sukan ialah segala kegiatan yang
memerlukan kemahiran atau ketangkasan serta tenaga yang dilakukan sama ada
sebagai acara pertandingan, hiburan atau untuk mengisi masa lapang dan beriadah.
Pada tahun yang lalu, kerajaan telah memperkenalkan dasar 1Murid 1Sukan kerana
menyedari kepentingan bersukan. Contoh aktiviti sukan yang agak popular kini
ialah seperti olahraga, renang, bola sepak, tenis, badminton dan skuasy.
Persoalannya apakah faedah jika seseorang murid itu melibatkan diri dalam aktiviti
bersukan?
Faedah bersukan yang utama kepada
murid ialah sukan dapat meningkatkan disiplin. Hal ini demikian kerana individu
yang ingin berjaya dalam bidang sukan mesti mempunyai disiplin yang tinggi dan
dapat mengawal diri untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan. Contohnya, setiap
pemain dalam sesebuah pasukan itu mesti menepati masa, rajin berlatih, tidak
merokok dan mematuhi arahan jurulatih. Oleh itu, secara tidak langsung
sukan juga turut membentuk disiplin murid tersebut.
Seterusnya, sukan juga penting
bagi melahirkan seseorang murid yang sihat. Hal ini demikian kerana bersukan
boleh menguatkan otot dan tulang serta menyihatkan badan. Misalanya, seseorang
murid yang bersukan pada setiap petang akan membakar lemak berlebihan dalam
badan. Oleh itu, murid yang aktif bersukan jarang mendapat demam dan selesema
berbanding dengan rakan-rakannya yang tidak bersukan.
Selain itu, seseorang murid yang
aktif dalam kegiatan sukan akan terdidik untuk mengagihkan masa dengan
sewajarnya kerana masa itu emas. Hal ini dikatakan demikian kerana murid
tersebut akan menentukan masa yang sesuai untuk memberikan tumpuan
terhadap sukan dan masa untuknya belajar. Contohnya, seseorang
murid yang menyertai pasukan sekolah mesti ada jadual latihan sukan dan jadual
belajar. Oleh itu, seseorang murid yang aktif dalam sukan juga berjaya dalam
pelajaran.
Faedah berikutnya, sukan juga
membentuk murid menjadi seseorang yang berfikiran positif. Hal ini dikatakan
demikian kerana dengan aktif bersukan seseorang itu dapat berfikir secara
rasional dan berkeyakinan tinggi serta tidak cepat berputus asa. Contohnya,
Datuk Lee Chong Wei tetap tidak berputus asa walaupun gagal meraih
pingat emas dalam sukan Olimpik baru-baru ini. Oleh itu, sukan penting dalam
melahirkan murid yang berfikiran positif.
Akhir sekali, murid yang aktif
bersukan juga dapat menggunakan masa lapang mereka dengan lebih bermanfaat. Hal
ini dikatakan demikian kerana biasanya murid yang aktif dalam bidang sukan
tidak berminat bermain permainan
komputer dan tidak akan menghabiskan masanya untuk berpeleseran di pusat
beli-belah, menonton televisyen dan berbual-bual kosong. Oleh itu, sudah pasti
mereka akan menghabiskan masa dengan lebih bermanfaat.
Izharnya, jelaslah di sini bahawa
melibatkan diri dalam sukan banyak membawa faedah kepada murid. Oleh itu, pihak
kerajaan perlu menyediakan banyak kemudahan untuk bersukan di sekolah. Ibu
bapa pula patut menggalakkan anak-anak mereka bersukan. Begitu juga
dengan guru-guru perlu melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran sukan.
Saya percaya dengan adanya kerjasama antara semua pihak lebih ramai lagi jaguh
sukan negara yang akan menyerlah di peringkat antarabangsa, asalkan kita tidak
melakukannya sekadar hangat-hangat tahi ayam.
36 Komen:
assalamualaikum, mohon copy ye. terima kasih.
juana
tak ada yang menarik
Good
karangan yang cukup bagus untuk meningkatkan prestasi penulisan
:D
a
tidak baik
sangat baik
tidak lulus
sampah lah
cukup menarik
sangat bagus....
terima kasih :*
saiful bonggol, hazim udang
haqim comel :*
Good!
ringkas dan padat ! terima kasih
bagus
Thanks
kenapa komen luar daripada topik?
Panjang juga...
Bluerkkkkk..........ehemm3.....bluerkkk
Harap dpt 5 A dalam UPSRkan.......bye bye terima kasih..
AND ALWAYS MISS MY FAMILY
CERITA MACAM PUNDEK KAU..........................................
bangang
yo
bacon dijo
cerdo
tq! sungguh membantu!!
tq...senang lah sy nnti nk wat karangan tq sangat
tq...senang lah sy nnti nk wat karangan tq sangat
Tq ...sy ambil isi je ye...
Best....
Karangan yang sngat2 mnarik skali
Dewacintaqq.com
link alternatif Dewacintaqq
http://94.237.47.134/?ref=NISA21
dcpoker99
simbolcinta
gemarq
oppaiqq
procintaqq
kartucinta99
maniak99
dcqq88
1001cinta
dewacintaqq
dewacintaqq.com
Catat Ulasan