Bekas atlet pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil telah mengharumkan nama Malaysia dengan menjuarai Kejohanan Badminton Remaja Asia 2013 yang berlangsung di Likas, Sabah. Atlet kelahiran Selangor itu mula menjejakkan kaki di SSBJ sebagai pelatih BAM pada 18 Februari 2008 dalam Tingkatan 1.
Kesungguhan jaguh muda berkenaan sepatutnya menjadi contoh kepada remaja-remaja lain yang masih bersekolah untuk menyimpan suatu matlamat dan keazaman untuk terus berjaya dalam bidang yang diceburi sebagai kerjaya pada masa hadapan.
ARENA
badminton tanah air kembali bersinar selepas pemain remaja negara, Soo Teck Zhi
mengesahkan statusnya sebagai jagoan muda rantau ini dengan kejayaan muncul
juara perseorangan lelaki Kejohanan Badminton Asia Bawah 19 100Plus semalam.
Berbekalkan
sokongan padu penyokong sendiri, Teck Zhi jelas berada pada kelas tersendiri
untuk menumpaskan bintang sensasi Korea Selatan, Jeon Hyuk Jin pada aksi final
di Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu, Sabah.
Diletakkan
selaku pilihan kelima kejohanan, pemain berusia 18 tahun kelahiran Selangor itu
menang 21-17, 13-21, 21-15 ke atas Hyuk Jin dalam permainan yang berlangsung
selama 55 minit.
Menurut
Teck Zhi, kejayaan yang dilakar di bumi Kota Kinabalu itu adalah permulaan
kepada misinya bergelar juara remaja dunia.
“Sebenarnya
saya patut beraksi pada kejohanan ini (Kejohanan Remaja Asia) sejak tahun lalu
lagi, namun terpaksa dilupakan ekoran komitmen pada Kejohanan Sekolah-Sekolah
Asia.
“Justeru,
saya menggunakan segala peluang yang ada tahun ini dan hari ini (semalam), saya
berjaya melakukannya apabila muncul juara perseorangan lelaki,” katanya ketika
ditemui selepas majlis penyampaian hadiah semalam.
Teck
Zhi turut melahirkan rasa bangga apabila dia menjadi satu-satu produk Persatuan
Badminton Malaysia (BAM) yang berjaya muncul juara remaja Asia.
“Seharusnya
saya berterima kasih dengan sokongan peminat di stadium ini yang banyak
membantu kejayaan hari ini (semalam).
“Kini,
dengan persiapan rapi yang dilakukan di bawah kendalian jurulatih, saya yakin
dapat mengulangi pencapaian ini untuk bergelar juara remaja dunia,” ujarnya.
Lebih
manis, kejayaan yang dilakar Teck Zhi itu berjaya mengulangi pencapaian
gemilang pemain negara, Zulfadli Zulkifli yang muncul kejohanan yang sama di
India dua tahun lalu.
Sebagai
rekod, antara jaguh badminton dunia yang pernah bergelar juara remaja Asia
termasuklah trio China - Lin Dan, Chen Jin dan Chen Long selain pemain Jepun,
Kenichi Tago dan Park Sung-Hwan dari Korea Selatan.
Kejohanan
Remaja Dunia Bawah 19 dijadualkan berlangsung di Bangkok, Thailand bermula 23
Oktober hingga 3 November depan.
Kosmo!, Isnin, 15
Julai 2013
Sumber : Kosmo! Online
0 Komen:
Catat Ulasan