Dikuasakan oleh Blogger.
RSS
Container Icon

Pementasan Drama Rakyat SSBJ 2013


Pada tarikh 1 Ogos 2013 jam 9.00 pagi telah diadakan satu program MBMMBI iaitu Program Pementasan Drama Rakyat oleh para pelajar tingkatan dua Sekolah Sukan Bukit Jalil. Setiap kelas tingkatan dua diwajibkan menghantar satu penyertaan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.Drama-drama ini telah dipentaskan di Laman Muhibah, SSBJ.

Setiap kelas tingkatan dua berkenaan telah dibimbing oleh guru subjek masing-masing dalam membuat pementasan. Berbagai-bagai aksi lucu dan penuh pengajaran telah dipersembahkan oleh atlet-atlet SSBJ yang menunjukkan bakat mereka pada hari berkenaan.

Antara drama Bahasa Melayu yang telah dipentaskan ialah Si Tanggang Moden, Bawang Putih Bawang Merah, Batu Belah Batu Bertangkup dan Kenapa Bangau Kurus?. Bagi kategori Bahasa Inggeris pula, drama yang dipentaskan ialah Hansel and Gretel, Puss in Boots, Little Black Riding Hood dan Alice in Minionland.

Tidak dapat dinafikan lagi dengan pementasan drama seperti ini mampu memberikan pengalaman yang berbeda kepada para pelajar dalam memperoleh ilmu pengetahuan. Dalam erti kata yang lain, mereka mampu mengasah bakat yang mungkin terpendam dalam sanubari. 


Barisan juri drama Bahasa Melayu

Barisan juri drama Bahasa Ingeris

Para penonton yang terpaku menyaksikan persembahan

Drama Bahasa Inggeris oleh kelas 2 Olimpik

Persembahan drama oleh kelas 2 Asean

Persembahan drama oleh kelas 2 Olimpik

Hadiah turut disampaikan kepada kelas yang menang dalam persembahan drama

Cikgu Che Supeni menerima cenderahati daripada YBhg Datuk Marina Chin

Cikgu Nurul Waheeda menerima cenderahati daripada YBhg Datuk Marina Chin


SAKSIKAN PERSEMBAHAN DRAMA OLEH KELAS 2 OLIMPIK - MENGAPA BANGAU KURUS?


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 Komen:

Catat Ulasan