Senarai Peribahasa Menengah
Rendah
1.
Air
beriak tanda tak dalam
Maksud : Banyak bercakap tanda tiada berilmu.
2. Alang-alang berminyak biar licin
Maksud : Berbuat sesuatu jangan kepalang
tanggung.
3. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal
lengan
Maksud : Kalau sudah terlanjur berbuat
sesuatu, biarlah diperoleh hasil daripadanya.
4.
Ayam
di kepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan
Maksud : Sangat menderita kesusahan meskipun
bergaji besar (beristerikan atau bersuamikan orang kaya) atau hidup miskin di
negara yang kaya dan makmur.
5.
Bagai
air mencari jenisnya
Maksud : Berusaha untuk mencari ilmu dengan
tidak berhenti-henti; usaha dengan tidak mengenal jerih payah.
6.
Bagai
ayam disambar helang
Maksud : Mati tanpa sakit.
7.
Bagai
cendawan tumbuh selepas hujan
Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.
8. Bagai
cincin dengan permata
Maksud : Pasangan pengantin yang sepadan.
9.
Bagai
kerakap tumbuh di batu, hidup segan mati tidak mahu
Maksud : Hidup dalam kemelaratan.
10. Bagai layang-layang putus tali
Maksud : Tiada berpedoman atau sudah putus
harapan, bergantung pada nasib sahaja.
11. Bagai menatang minyak yang penuh
Maksud : Memelihara anak dengan penuh kasih
sayang.
12. Bagai minyak dengan air
Maksud : Orang baik kalau duduk dengan orang
jahat tidak akan menjadi jahat.
13. Bagai murai dicabut ekor
Maksud : Orang yang suka bercakap / Perempuan
yang suka bercakap banyak.
14. Bagai pucuk dilancarkan
Maksud : Amat cepat.
15. Bagaimana acuan begitulah kuihnya
Maksud : Perangai anak biasanya mengikut
orang yang mengasuhnya.
16. Baik membawa resmi padi daripada
resmi lalang
Maksud : Tidak sombong; rendah diri.
17. Belayar sambil memapan, merapat
sambil belayar
Maksud : Sesekali melakukan pekerjaan dua
tiga maksud tercapai.
18. Belum duduk sudah berlunjur
Maksud : Belum memperoleh sesuatu yang
dikehendaki, sudah bergirang hati atau gembira lebih dulu.
19. Berat mata memandang berat lagi bahu
memikul
Maksud : Betapa berat kita melihat kesusahan
yang dialami oleh seseorang, berat lagi penderitaan itu pada orang yang
menanggungnya.
20. Berjagung-jagung dahulu sementara
padi masak
Maksud : Sementara menunggu apa yang baik,
lakukan juga perkara-perkara yang berfaedah.
21. Biar jatuh terletak, jangan jatuh
terhempas
Maksud : Lebih baik menarik diri terlebih
dahulu sebelum diberhentikan dengan tidak terhormat.
22. Biar mati anak jangan mati adat
Maksud : Adat yang tidak boleh dilanggar.
23. Biar putih tulang jangan putih mata
Maksud : Lebih baik mati daripada menanggung
malu.
24. Carik-carik bulu ayam ,
lama-kelamaan bercantum juga
Maksud : Perselisihan faham antara
saudara-mara dan adik-beradik tidak berpanjangan, akhirnya akan berbaik semula.
25. Diam-diam ubi berisi; diam-diam besi
berkarat
Maksud : Orang berilmu yang berdiam diri
lebih baik daripada orang diam tetapi tidak berilmu.
26. Diibaratkan sebagai condong
ditumpil, lemah dianduh
Maksud : Memberi pertolongan kepada
orang-orang di dalam kesusahan.
27. Dimana ada kemahuan, disitu ada
jalan
Maksud : Seseorang yang bercita-cita tinggi
akan berusaha untuk mencapainya.
28. Genggam bara api biar sampai jadi
arang
Maksud : Membuat sesuatu pekerjaan yang
susah, hendaklah sabar sehingga mencapai kejayaannya.
29. Harimau mati meninggalkan belang;
manusia mati meninggalkan nama
Maksud : Orang baik meninggalkan nama baik,
orang jahat meninggalkan nama jahat / Setiap manusia akan dikenang kerana jasa
dan budi yang telah dilakukan semasa hidupnya.
30. Hendak belajar berenang dapatkan
itik, hendak belajar memanjat dapatkan tupai
Maksud : Hendak mengetahui sesuatu perkara
bertanyalah kepada orang yang mahir tentang sesuatu perkara itu.
31. Hendak seribu daya tak hendak seribu
dalih
Maksud : Setiap yang berkemahuan, tentu ada
jalan.
32. Ibarat burung, mata terlepas badan
terkurung
Maksud : Tidak ada kebebasan atau
kemerdekaan.
33. Jika ada kemenyan sebesar lutut pun,
jika tidak dibakar tidak akan berbau
Maksud : Kepandaian hendaklah diajarkan
kepada orang lain, kerana kalau disimpan akan hilang begitu sahaja.
34. Kalau tak berada-ada tak akan tempua
bersarang rendah
Maksud : Tentu ada sebab yang tersembunyi
menyebabkan sesuatu hal terjadi / Setiap kejadian meninggalkan kesan.
35. Kalau tiada rotan akar pun berguna
Maksud : Sesuatu perkara yang dihajatkan
sekiranya tidak dapat diperolehi memadai dengan apa yang ada.
36. Kalau tidak dipecahkan ruyung
manakan dapat sagunya
Maksud : Kita tidak akan mendapat hasil jika
tidak berusaha.
37. Kalau tidak kerana angin tidak akan
pokok bergoyang
Maksud : Kalau terjadi sesuatu hal tentu ada
sebab-sebabnya.
38. Perempuan serasan, lelaki pemalu
Maksud : Pegangan hidup yang tidak serupa.
39. Sebagai gembala diberi keris
Maksud : Orang yang mendapat sesuatu yang
tidak berguna.
40. Sekali membuka pura, dua tiga hilang
berbayar
Maksud : Sekali melakukan pekerjaan dua tiga
maksud tercapai.
41. Semacam besar pacak daripada tiang
Maksud : Belanja lebih besar daripada
pendapatan.
42. Seperti air dalam dulang
Maksud : Negeri yang aman sentosa.
43. Seperti api di dalam sekam
Maksud : Kejahatan yang dilakukan secara
diam-diam atau tanpa disedari
44. Seperti aur dengan tebing
Maksud : Dua orang yang berkawan rapat dan
saling membantu
45. Seperti aur ditarik songsang
Maksud : Pekerjaan atau perkara yang sukar
diselesaikan kerana sudah tersalah jalan.
46. Seperti embun dihujung rumput
Maksud : Tidak kekal
47. Seperti harimau menyembunyikan
kukunya
Maksud : Orang yang menyembunyikan
kelebihannya.
48. Seperti hujan jatuh ke pasir
Maksud : Nasihat yang tidak dihargai atau
sesuatu pekerjaan yang sia-sia.
49. Seperti lintah menghisap darah
Maksud : Meletakkan faedah yang tinggi; menipu
dengan cara lemah lembut.
50. Seperti lipas kudung
Maksud : Selalu bergerak dengan cepat.
51. Ular menyusur akar tidak akan hilang
bisanya
Maksud : Orang besar yang merendahkan diri
tidak akan jatuh martabatnya.
52. Yang dikejar tak dapat yang
dikendong berciciran
Maksud : Terlalu tamak untuk mencari
keuntungan hingga menyebabkan kehilangan sesuatu yang sudah dimiliki.
Klik pada pautan untuk melihat peribahasa yang lain :
1 Komen:
sangat bermanfat !!!
Catat Ulasan