Dikuasakan oleh Blogger.
RSS
Container Icon

Selamat Hari Guru Tahun 2014


Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi

Tiada madah yang dapat dituturkan bagi menunjukkan betapa besarnya jasamu kepadaku yang pernah bergelar sebagai anak didikmu. Jasamu tidak mampuku balas. Kaumengajarku dari kecil sehingga dewasa dan hanya Tuhan yang mampu membalas pengorbananmu yang tidak pernah mengenal lelah dalam mendidik anak bangsa menerajui negara Malaysia.


SEJARAH SAMBUTAN HARI GURU DI MALAYSIA

Hari Guru di Malaysia disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai penghargaan kepada para guru. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan.


TEMA SAMBUTAN HARI GURU
  1. 1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara
  2. 1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
  3. 1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
  4. 1975 Guru dan Pembangunan Negara
  5. 1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
  6. 1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
  7. 1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
  8. 1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
  9. 1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
  10. 1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
  11. 1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
  12. 1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
  13. 1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
  14. 1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
  15. 1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
  16. 1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
  17. 1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
  18. 1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
  19. 1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
  20. 1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
  21. 1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
  22. 1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
  23. 1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
  24. 1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
  25. 1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
  26. 1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
  27. 1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
  28. 1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
  29. 1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
  30. 2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
  31. 2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
  32. 2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
  33. 2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
  34. 2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
  35. 2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
  36. 2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
  37. 2007 Guru Penjana Modal Insan Cemerlang
  38. 2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
  39. 2009 Guru Pembina Negara Bangsa
  40. 2010 Guru Pembina Negara Bangsa
  41. 2011 Guru penjana transformasi pendidikan negara
  42. 2012 Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
  43. 2013 Guru Malaysia 1 Aspirasi 1 Agenda
  44. 2014 Guru Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi 
 

DEFINISI

GURU - Perkataan GURU merangkumi semua warga pendidik yang menyumbang khidmat bakti dalam semua bentuk institusi pendidikan yang menjadi penggerak serta pendukung kepada pembangunan pendidikan negara.

PENCETUS - Merujuk maksud peranan untuk menimbulkan sesuatu ilham / idea atau mengeluarkan sesuatu seperti ilmu. Guru bertindak sebagai pencetus idea kepada kreativiti dalam usaha melahirkan generasi intelek.

KREATIVITI - Didefinisikan sebagai penghasilan idea, kebolehan untuk mencipta atau proses pemikiran yang mendorong dalam pencetusan idea baharu dan berdaya kreatif.

PENJANA - Merujuk maksud guru sebagai penggerak atau perantara yang paling penting dalam proses transformasi ke arah keberhasilan.

INOVASI - Didefinisikan sebagai mengaplikasikan kreativiti, pembaharuan, modifikasi, kaedah dan sistem bagi mencari jalan untuk menghasilkan produk baharu dan perkhidmatan yang lebih baik, bermakna dan bernilai.

HURAIAN TEMA HARI GURU 2014

  1. Tema Hari Guru tahun 2014 yang ditetapkan ini selaras dengan transformasi pendidikan ke arah membangunkan kemahiran abad ke-21 iaitu berfikiran kritis dan kreatif serta menggalakkan perkembangan sahsiah murid yang holistik dan seimbang seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2026.
  2. Sistem pendidikan Malaysia berhasrat memastikan setiap murid mencapai potensi sepenuhnya agar menjadi generasi gemilang iaitu berpengetahuan dan berkemahiran, pemikiran kritis, kreatif dan inovatif: kemahiran memimpin, memiliki sahsiah dan nilai serta semangat identiti nasional. Hal ini sangat relevan dalam PPPM yang terus mendukung hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk pendidikan seimbang sebagai asas aspirasi setiap murid.
  3. Guru memainkan peranan penting sebagai penggerak agen perubahan yang sentiasa kreatif dan inovatif, mempunyai keterampilan yang tinggi dari segi personaliti, mempunyai pemikiran yang luas dan strategik serta mampu mencetus ledakan ilmu yang dapat diterapkan kepada murid bagi membolehkan mereka menghubungkan pelbagai disiplin ilmu untuk mencipta ilmu yang baharu bertaraf dunia.
  4. Membudayakan inovasi merupakan agenda yang berterusan dalam gelombang transformasi pendidikan bagi melahirkan generasi muda yang bersedia mencapai kecemerlangan dalam persekitaran yang kompetetif secara global. Keupayaan warga pendidik menyediakan peluang kepada murid bagi mendapat pengalaman pembelajaran lebih bermakna, pengalaman pembelajaran dalam menyelesaikan masalah, kreativiti dan pemikiran kritikal dilihat mampu meningkatkan kemahiran murid yang dapat berfikir secara kritis dalam konteks akademik dan persekitaran kehidupan sebenar.
  5. Dunia dan ekonomi yang bersifat global hari ini memerlukan pesaing yang mampu berfikir dengan lebih kritis dan kreatif dan inovatif. Justeru, peranan guru sebagai penggerak generasi yang intelek dan berdaya saing perlu menghasilkan kualiti pengajaran yang gemilang dengan memperkukuh amalan terbaik dalam pendidikan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 Komen:

Catat Ulasan