Bab 1 - Darah Pahlawan
Leftenan Adnan Wira
Bangsa dimulakan dengan kisah Adnan (yang masih kecil) bersama keluarganya. Pak
Saidi berasa amat gembira kerana dikurniakan tiga orang anak lelaki. Yang
sulung bernama Adnan, yang tengah bernama Ahmad dan yang bongsu dinamakan
Amarullah. Tiga beradik itu membesar di Kampung Sungai Ramal, Kajang, Selangor.
Adnan sekeluarga memiliki darah pahlawan – moyangnya pernah membantu Dol Said
menentang Inggeris di Naning. Namun begitu Pak Saidi tidak suka
menghebah-hebahkan cerita itu kerana sentimen 'siapa yang menentang Inggeris ialah
penderhaka’ masih kuat ketika itu. Penjajah (British) tidak suka kepada sesiapa
yang menentang mereka. Mereka mahu menyedut keluar sebanyak banyaknya hasil
bumi daripada Tanah Melayu.
Bab 2 - Kampung Sungai Ramal
Adnan bermimpi
mengenai kehebatan Hang Tuah dan kawan-kawannya. Dia sangat menggemari kisah
kepahlawanan Hang Tuah. Sebelum tidur emaknya akan bercerita mengenai
kisah-kisah pahlawan dahulu kala. Setiap pagi, Pak Saidi akan membawa anak
sulungnya ke tempat kerjanya. Tujuannya ialah untuk mengajar anaknya itu
mengenai betapa susahnya untuk mencari rezeki. Pak Saidi memiliki satu hektar
kebun getah dan sebidang tanah sawah tinggalan orang tuanya yang menjadi sumber
pendapatan kepada Pak Saidi untuk menyara keluarganya. Penduduk kampung Sungai
Ramal bergantung hidup kepada aktiviti pertanian sepenuhnya. Mereka akan
mengusahakan sawah padi dan menoreh getah untuk mendapatkan sumber pendapatan.
Namun, terdapat segelintir penduduk kampung yang lebih suka menghabiskan masa
dengan bersembang di warung kopi milik Pak Samad yang terletak di persimpangan
kampung. Pak Saidi dan Adnan singgah sebentar di warung tersebut untuk
melepaskan lelah. Warung itu tidak pernah sunyi dengan riuh-rendah suara
penduduk kampung yang menjamu selera sambil berbual dan ada juga yang bermain
dam.
Bab 3 - Harapan Seorang Ayah
Pak Saidi disambut
oleh anak-anaknya apabila pulang dari menoreh getah. Hatinya gembira apabila
melihat gelagat anak-anaknya itu. Sambil duduk berehat di atas pangkin kayu,
Pak Saidi melihat gelagat anak-anaknya yang sedang berlatih silat. Adnan
mengajak adik-adiknya untuk berlawan dengannya. Walaupun perlawanan itu
melibatkan dua lawan satu, namun Adnan tidak mudah dikalahkan oleh kedua-dua
adiknya kerana sikapnya yang tidak mahu mengalah. Setiap kali mereka bersilat,
Adnan yang selalu menang. Pak Saidi dapat melihat semangat pahlawan yang ada
dalam diri anak sulungnya itu. Walaupun tidak berpelajaran, tetapi Pak Saidi
mempunyai wawasan serta keazaman yang tinggi terhadap masa depan anak-anaknya.
Bab 4 - Dusun Durian Di Tanah
Perkuburan
Dusun durian berhampiran kubur. |
Pak Saidi bersama
anak sulungnya, Adnan pergi ke dusun durian untuk membersihkan kawasan dusun
tersebut. Setelah selesai membersihkan dusun, mereka melepaskan penat dengan
berehat di sebuah pondok yang terdapat dalam dusun tersebut. Sambil berehat di
pondok, Adnan mengambil peluang untuk bertanya ayahnya mengapa dusun itu
terletak berdekatan dengan kawasan kubur. Ayahnya telah menceritakan tentang
asal usul kawasan dusun tersebut. Adnan juga telah bertanya mengenai asal usul
keluarganya yang berasal daripada keturunan Minangkabau. Pak Saidi juga telah
bercerita kepada Adnan mengenai penentangan orang Melayu terhadap pihak
penjajah.
Bab 5 - Harapan Seorang Ibu
Pak Saidi baru pulang
dari ladang getah dan ditegur oleh isterinya, Mak Milah. Mak Milah mempelawa
Pak Saidi untuk makan tengah hari. Pak Saidi mengajak anak-anaknya untuk makan
tengah hari bersama. ketika makan, Pak Saidi tidak lupa untuk memberi nasihat
kepada anak-anaknya. Adnan meminta kebenaran daripada ayahnya untuk bersekolah
pada tahun hadapan. Mak Milah telah bertikam lidah dengan Pak Saidi untuk menghantar
Adnan sama ada di sekolah Melayu, sekolah Inggeris ataupun di sekolah pondok.
Akhirnya, Mak Milah akur dengan keputusan yang diambil oleh Pak Saidi.
Bab 6 - Guru Besar Steward
Pak Saidi menghantar
Adnan ke sekolah Inggeris. Walaupun ramai penduduk kampung yang tidak
mahu anaknya bersekolah Inggeris kerana kononnya akan menjadi murtad,
namun Pak Saidi berfikiran sebaliknya. Dia ingin anak-anaknya menjadi
orang yang berpelajaran. Setiap pagi, sebelum pergi ke sawah, Pak Saidi
mengayuh basikal menghantar Adnan ke sekolah Inggeris di pekan Sungai Ramal.
Tengah hari dia menjemput anaknya dari sekolah.
Bab 7 - Mereka Tidak Mengerti
Penduduk Kampung
Sungai Ramal menjadi gempar. Orang ramai heboh bercerita mengenai Pak Saidi
yang menghantar anaknya belajar di sekolah Inggeris. Ramai penduduk tidak
bersetuju. Pak Saidi orang pertama yang berbuat demikian. Mereka khuatir anak
Saidi akan dipengaruhi oleh Orang Putih. Lebai Pian menyuruh Tok Ketua
mengambil tindakan atas perebutan Saidi. Namun, Tok Ketua membantah. Lalu, Tok
Ketua menyatakan bahawa anak Lebai Pian mencuri buah rambutan dan durian orang
kampung. Nordin iaitu anak Lebai Pian membuat rancangan untuk mengenakan Pak
Saidi.
Bab 8 - Seteguh Karang
Pak Saidi berehat di
pondok yang terletak di tepi sawah untuk berehat, tiba-tiba Karim datang
menghampirinya lalu menyerahkan wang hasil jualan getah. Kemudian, Karim
memberitahu Pak Saidi bahawa Abu menghasut Tok Ketua supaya mengambil tindakan
ke atas Pak Saidi kerana menghantar anaknya ke sekolah Orang Putih. Karim
inginkan penjelasan daripada Pak Saidi sebab mengapa menghantar anaknya ke
sekolah Orang Putih. Petang itu rumah Pak Saidi didatangi oleh Tok Ketua
Kampung, Lebai Pian, Karim dan Isa untuk mendengar penjelasan Pak Saidi.
sedikit perbalahan telah berlaku antara Pak Saidi dengan Lebai Pian. Akhirnya
Lebai Pian kehilangan kata apabila telah dibidas oleh Pak Saidi.
Bab 9 - Anak-anak Kampung
Adnan dan Mamat duduk
di atas pangkin kayu untuk melepaskan penat setelah bermain perang olok-olok.
Adnan telah mengajar Ahmad serba sedikit perkataan bahasa Inggeris. Pada malam
itu, rumah Pak Saidi telah dicerobohi mencuri. Adnan dan Pak Saidi telah cuba
untuk mengejar pencuri itu, Pak Saidi kagum dengan keberanian yang dimiliki
Adnan. Tayar basikal Pak Saidi telah dibocorkan oleh pencuri itu. Di sekolah,
Adnan terkenal sebagai pelajar yang rajin dan pintar. Dia amat disenangi teman
dan guru-gurunya.
Bab 10 - Masuk Jawi Basikal
Baru
Adnan merupakan
pelajar yang rajin dan disayangi gurunya seorang lelaki Inggeris bernama
Anderson. Tambahan pula apabila Adnan mengatakan dia bercita-cita menjadi
seorang askar. Adnan berasa risau akan dirinya yang akan dikhatankan tidak lama
lagi. Selepas berkhatan, Pak Saidi telah berjanji untuk membelikan Adnan sebuah
basikal baharu.
Bab 11 - Yakin Boleh
Adnan ingin mencuba
menyertai pertandingan syarahan dalam bahasa Inggeris, rakan-rakannya telah
mengejek Adnan. Cikgu Nazri telah tertarik dengan kesungguhan Adnan. Selepas
itu, ramai rakannya yang lain turut ingin menyahut cabaran daripada Cikgu
Nazri. Mak Milah menguji sikap anaknya yang berkobar-kobar dan berkeyakinan
tinggi. Pak Saidi memberi kata-kata semangat supaya menguatkan lagi semangat
Adnan untuk menang. Adnan telah menjuarai pertandingan tersebut.
Bab 12 - Jaguh Kampung
Adnan dan Budin telah
berlawan dalam pertandingan tinju. Budin dan Adnan telah bertikam lidah sebelum
pertandingan berlangsung kerana Budin tidak berpuas hati atas kemenangan yang
berpihak kepada pasukan bola Sungai Ramal dalam perlawanan bola sepak. Pada
hari itu, telah diadakan perlawanan tinju antara kampung Sungai Ramal dan
Kampung Sungai Merab, Adnan dan Budin telah terlibat dalam pertandingan itu.
Para penyokong telah menyokong dengan keghairahan. Kemudian penonton terkejut
apabila melihat Budin dan Adnan berpelukan dan bersalaman.
Bab 13 - Darah Muda
Selepas
menamatkan pengajiannya, Adnan terpilih sebagai guru
pelatih mengajar di sekolah Sungai Ramal namun Adnan tidak minat
bekerja sebagai guru. Dia bercita-cita menjadi seorang askar. Namun ketika itu
belum ada peluang menjadi askar Melayu. Semenjak kecil Adnan gemar mendengar
cerita kisah pahlawan-pahlawan Melayu. Dari situ timbulnya semangat untuk
menjadi askar Melayu bagi mempertahankan tanah air. Tambahan pula pada
masa itu telah mula bertiup semangat kebangsaan dalam kalangan anak-anak muda
terutama dalam kalangan guru-guru.
Wajah Leftenan Adnan Saidi |
Bab 14 - Askar Melayu Di Raja
Tersebar berita
mengenai ura-ura penubuhan askar Melayu. Inggeris akan mengambil anak-anak muda
bagi dilatih menjadi askar. Maka semakin kuat keinginan Adnan hendak menjadi
tentera. Pada suatu hari, Kampung Sungai Ramal dikunjungi oleh beberapa
anggota tentera British yang bertujuan mencari anak-anak muda tempatan
yang berkelayakan untuk diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Beberapa
pemuda kampung termasuk Adnan Bin Saidi ingin memohon tetapi tidak
dibenarkan oleh ibunya. Ibunya lebih suka Adnan terus menjadi guru
mendidik anak bangsa. Tetapi Adnan tetap berkeras ingin menjadi tentera.
Ayahnya Pak Saidi, merestui cita-cita anaknya. Akhirnya ibu Adnan mengalah.
Bab 15 Buku - Bertemu Ruas
Adnan bersama
beberapa orang rakannya, nekad keluar dari kampung untuk pergi ke kem latihan
ketenteraan di Port Dickson. Mereka pergi cuma berjalan kaki dan menumpang lori
barang dari Kajang ke Seremban. Dan dari Seremban ke Port Dickson. Mereka telah
diterima menjadi tentera selepas dimaklumkan oleh dua orang anggota tentera
yang datang ke rumahnya.
Bab 16 - Perwira
Setelah melaporkan
diri di kem, Adnan dan Mamat terpaksa menjalani latihan fizikal dan mental bagi
melayakkan diri untuk menjadi seorang tentera. Adnan menunjukkan kesungguhan
yang mendalam semasa menjalani latihan sehingga terpilih rekrut terbaik dan
seterusnya beliau diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Itulah saat yang
paling menggembirakan hati Adnan. Setelah selesai upacara perbarisan, semua
rekrut telah dimaklumkan mengenai perintah pertukaran. Adnan telah diumumkan
akan bertukar ke Singapura manakala Mamat pula ditukar ke Kedah. Semua rekrut
telah dibenarkan bercuti selama seminggu. Berita itu amat menggembirakan mereka
kerana masing-masing terlalu rindu akan keluarga yang telah lama ditinggalkan.
Bab 17 - Kehidupan Baharu
Kerana kesungguhannya
maka dalam waktu yang singkat, Adnan telah menerima kenaikan pangkat menjadi
Sarjan pada tahun 1937. Pada tahun yang sama beliau turut terpilih menyertai
upacara pertabalan King George VI di London. Tidak lama kemudian, Adnan
dinaikkan pangkat sekali lagi menjadi seorang Leftenan. Sekembalinya Leftenan
Adnan Saidi dari London, dia berkahwin dengan seorang guru di kampungnya
bernama Sophia Pakih Muda.
Bab 18 - Berhari Raya Di Kampung
Mahligai perkahwinan
Adnan dan Sophia amat bahagia ditambah dengan kehadiran tiga orang anak; dua
lelaki, Mokhtar dan Zainudin dan seorang anak perempuan. Bagaimanapun
bayi perempuan itu meninggal dunia. Pada akhir tahun 1941, Lt. Adnan
Saidi ditempatkan di Pasir Panjang dan membawa keluarganya bersama-sama. Mereka
tinggal di rumah besar di Pasir Panjang, dalam
kawasan yang dikhaskan untuk keluarga Rejimen Askar
Melayu. Mereka hidup bahagia.
Bab 19 - Perang Dunia Kedua
Apabila berlaku
Perang Dunia 11, dan Jepun Jepun
bersedia untuk menjajah Tanah Melayu maka Leftenan Adnan menghantar
keluarganya kembali ke kampung mereka di Kajang.
Ini merupakan masa yang getir bagi Leftenan Adnan kerana isterinya, Sophia,
sedang mengandungkan anak mereka yang ketiga. Ini merupakan kali terakhir
mereka bersama. Dengan hati yang amat berat Sophia membawa anak-anaknya pulang
ke kampung mereka di Kajang.
Pemandangan dari Bukit Candu, Singapura |
Bab 20 - Bukit Candu
Leftenan
Adnan diarahkan untuk bertugas di Bukit Candu kerana bukit itu penting untuk
dipertahankan. Sekiranya pertahanan di bukit Candu dapat ditembusi maka musuh
boleh menguasai Singapura dengan mudah. Sampai ke bukit Candu, Leftenan Adnan
mengarahkan anggota tenteranya menggali lebih banyak parit untuk dijadikan kubu
serta berjumpa dengan penghulu Sidek bagi membincangkan masalah mengenai
penduduk kampung yang enggan berpindah.
Bab 21 - Di Ambang Perang
Pada hari Sabtu, 6
Disember 1941, pegawai-pegawai Tentera Laut Amerika
Syarikat mengadakan persidangan di Manila,
Filipina. Antara yang hadir Laksamana Thomas C. Hart,
pegawai pemerintah Angkatan Asia Amerika Syarikat (U.S. Asiatic Fleet),
dan Laksamana Sir Thomas Phillips, komander Tentera Laut British, Timur Jauh. Mereka
membincangkan mengenai persiapan tentera Jepun untuk menakluk Asia termasuk
Tanah Melayu dan Filipina. Masing-masing yakin serangan tentera Jepun itu dapat
dipatahkan tambahan pula dengan adanya askar Melayu yang diberi tugas bersama
tentera Inggeris mempertahankan Tanah Melayu.
Pesawat jenis Lockheed Hudson |
Bab 22 - Hati-Hati Yang Resah
Sebuah pesawat
peninjau Lockheed Hudson, Australia yang berpangkalan di lapangan terbang Tanah Melayu terjumpa konvoi Jepun yang berlepas
dari Saigon, Indochina Perancis. Komander pesawat tersebut, Pegawai Penerbangan
Ramshaw, melaporkan pada mulanya hanya tiga buah kapal belayar, diikuti selepas
itu oleh sekurang-kurangnya 25 buah kapal pengangkut lain. Angkatan itu
diiringi oleh sebuah kapal tempur, lima buah penjajap dan tujuh buah kapal
pembinasa (Ramshaw tersilap melaporkan kapal penjajap berat sebagai
kapal tempur). Pada pendapatnya, kapal-kapal tersebut sedang menuju ke arah Thailand yang berkecuali, atau ke Tanah Melayu.
Situasi merupakan isyarat yang amat jelas kepada kedua-dua laksamana bahawa
perang akan meletus. Kedua-dua laksamana itu bertindak dengan segera. Empat
buah kapal pembinasa Amerika Syarikat di Balikpapan
menerima arahan agar belayar ke laut lepas, sementara Laksamana Muda Arthur
E.F. Palliser dan Panglima Besar Phillips menerima arahan agar memerintah HMS Repulse untuk membatalkan pelayarannya ke Darwin, Australia, dan kembali ke Singapura secepat
mungkin. Lebih banyak perutusan mengenai konvoi Jepun tiba. Pesawat British
diperintahkan agar melakukan lebih banyak penerbangan peninjauan lanjut, tetapi
pihak Jepun bernasib baik pada hari itu kerana cuaca buruk menghalang pesawat
British daripada berlepas. Pada pukul 7 petang, angkatan penjajahan Jepun
bertukar arah dan belayar ke utara menujui Teluk Siam.
Bab 23 - Bermulanya Sengketa
Penduduk di Tanah Melayu mula
berasa cemas dengan berita tentera Jepun akan menyerang. Namun ada juga yang
berasa gembira kononnya Jepun hendak menghalau penjajah dan memerdekakan Tanah
Melayu. Penduduk kampung Sungai Ramal juga bercerita mengenai perang. Pak
Saidi tetap tidak mahu berlakunya perang. Namun dia berserah kepada
takdir kerana tiga orang anaknya iaitu Leftenan Adnan dalam askar Melayu, Ahmad
dalam angkatan tentera Laut dalam kapal HMS Pelanduk, dan Amarullah juga dalam
askar Melayu. Pak Saidi bangga kerana ketiga anaknya berada dalam angkatan
tentera. Namun ibunya tetap risau sekiranya berlaku peperangan. Leftenan Adnan
sering mengutus surat kepada adik-adiknya sambil memberi kata-kata
peransang supaya berjuang bersungguh-sungguh demi tanah air.
Bab 24 - Perangkap Tidak Kena
Sejurus selepas tengah malam,
tentera Jepun bergerak ke arah pantai yang dipertahankan oleh pasukan India
British yang mengawal pantai. Pasukan meriam British mula membedil sepanjang
kawasan persisiran pantai dan laut sewaktu telah jelas bahawa tentera Jepun
sudah memulakan pendaratan mereka. Tembakan suar menerangkan kawasan pendaratan
Jepun dan unit Dogra mula menembak ke arah pesawat pendarat sebaik sahaja
pesawat itu diterangi suar. Usaha pertahanan dilakukan bersungguh-sungguh oleh
unit Dogras tetapi mereka menghadapi tentangan yang sengit.
Kubu mesingan (MG) di
pantai digunakan dengan berkesan terhadap tentera Jepun yang mula mendarat
dipantai dan membunuh banyak askar Jepun termasuk komander batalionnya, Mejar
Nakamura, yang mengetuai orang-orangnya menyerbu kedudukan musuh. Kolonel
Masanobu Tsuji menulis dalam bukunya mengenai Kempen Tanah Melayu :
"Kubu-kubu kecil musuh yang disediakan dengan teliti bertindak dengan
ganas dan sepenuh kekuatan sehinggakan orang-orang kami terbaring di pantai,
separuh dalam air, separuh di pantai, tidak dapat mengangkat kepala
mereka". Tidak sehingga tentera Jepun memusatkan serangan mereka terhadap
dua buah kubu kecil dan parit pertahanan sokongan yang menguasai kawasan
pendaratan, barulah mereka menguasai tempat mendarat.
Dalam pertempuran secara
berhadapan, tentera Jepun berjaya menumpaskan tentera India British yang
bertahan kawasan penting ini. Semasa pertempuran ini berlaku, gelombang
penyerang kedua tersangkut di pantai terbuka dihujani tembakan meriam British
yang mengakibatkan jumlah korban yang teruk. Bagaimanapun, sebaik sahaja kubu
kecil telah dimusnahkan, pasukan ini mampu bergerak ke hadapan dan membolosi
kedudukan Dogra. Walaupun membuat serangan balas, kedudukan supai India tidak
dapat dipertahankan lagi dan pasukan pertahanan mula berundur.
Bab 25 - Gagalnya
Operasi Matador
Pada pagi 8 Disember 1941,
bertempat dalam Bilik Gerakan Tentera British, Kota Bharu suatu mesyuarat
tergempar diadakan. Pemerintah Kor. Jeneral Heath segera menghubungi Ibu
Pejabat bagi memaklumkan bahawa tinjauan dari udara di Teluk Siam mendapati
adanyanya gerakan besar-besaran tentera Jepun di Songkla dan Pattani. Tetapi
Ops Matador tidak dapatdilakasanakan kerana Jeneral A. E. Percival yang
bertanggungjawab dengan Ops Matador sedang menghadari mesyuarat Majlis
Perundangan Negeri Selat. Mereka mendapati Tentera Jepun sudah mendarat di Kota
Bharu. Keadaan di Barat, nasi sudah menjadi bubur. Jeneral A. E. Percival
menghubungi Panglima Sir Brooke-Popham memaklumkan perkara tersebut barulah Ops
Matador dapat dijalankan. Di Kota Bharu kemaraan tersekat di Sungai Kelantan.
Pihak Tentera Jepun telah terkorban akibat letupan yang kuat.
Pesawat pengebom tentera Jepun |
Bab 26 - Serangan
Bertali Arus
Kelantan, Terengganu, Kedah
dan Pulau Pinang telah diserang oleh Tentera Jepun dalam masa yang singkat.
Kebanyakan pertahanan telah pun musnah. Empat buah kapal pembinasa yang menjadi
kapal pengiring tidak dapat berbuat apa-apa kerana maereka juga diserang oleh
kapal terbang Jepun. Jener A.E Percival mengarahkan tentera India British
menyerang tentera Jepun. Dalam keadaan kelam kabut, Panglima Brid. Jen. Garret dilaporkan hilang semasa menyeberangi sungai dan
mereka terputus hubungan. Pada masa yang sama, Jeneral Yamashita memerintahkan
85 buah pesawat pengebom Jepun menyerang pertahanan British di Pulau Pinang.
Pak Saidi mengatakan bahawa Ahmad sudah tiada. Pegawai tentera laut yang
membawa berita tentang Ahmad, sudah terkorban di medan perang. Penduduk kampung
ramai membaca Yasin untuk Ahmad.
Bab 27 - Perancangan Dua
Jeneral
Penduduk Johor Bharu gempar
dengan kehadiran ramai Tentera Jepun. Mereka tiba di Johor Bharu setelah hampir
sebulan mendarat di Kota Bharu.Pertempuran demi pertempuran telah berlaku dan
jatuhnya satu demi satu negeri-negeri di Semananjung Tanah Melayu dalam masa
yang singkat Pihak British terpaksa berputih mata dan terpaksa mengundurkan
tenteranya ke Singapura. Lalu membuat pertahanan di situ. Panglima Tertinggi British
di Timur Jauh Sir Robbert Brooke-Propham dilucutkan jawatan dan digantikan oleh
LT. Jen. Sir Henry Pownall. Petang 31 Januari 1942, seluruh Semenanjung Tanah
Melayu jatuh ke tangan tentera Jepun. Tentera Jepun telah menawarkan Samad agar
berkerjasama dengan mereka untuk membebaskan Singapura , Samad bersetuju dengan
tawaran tersebut. Jeneral A. E. Percival agak tertekan dengan keadaan yang
sedang melanda. Panglima Tentera Australia Henry Gordon Bennett membuat
pemeriksaan kedudukan pertahanan pasukan tenteranya di bahagian Barat Laut.
Kapten Rix dan Adnan mengatur persiapan bagi menentang tentera Jepun di Bukit
Candu dan Pasir Panjang.
Bab 28 - Pertempuran
Demi Pertempuran
Serangan mengejut segera
dibalas angkatan tentera diraja British. Serangan balas tersebut membuatkan
tentera Jepun menggandakan bedilan yang bertubi-tubi. Pasukan tentera India dan
tentera British yang bertahan tidak berupaya memberikan tentangan berkesan dan
terpaksa berundur. Kejayaan tentera Jepun amat menggembirakan hati Jeneral
Yamashita. Jeneral Yamashita dan telah menghantar surat kepada Jeneral A. E.
Precival supaya menyerah kalah. Leftenan Adnan akan mempertahankan Pasir
Panjang dan Bukit Candu dengan apa-apa cara sekalipun.
Bab 29 - Terus Berjuang
Penghulu Deraman bersama
anak-anak buahnya yang terdiri daripada pengawal kampung datang bertemu dengan
Leftenan Adnan. Tujuan mereka untuk menyatakan persediaan mereka bertempur
membantu pasukan Askar Melayu menentang Tentera Jepun. Pasukan Rejimen Askar
Melayu memilih mengadakan pertahanan di satu rabung dipanggil dengan nama
Rabung Pasir Panjang. Jeneral Yamashita berang apabila tiga pengintipnya mati
ditembak Askar Melayu. Berita penawanan Askar Melayu dari Kompeni "B"
meresahkan Leftenan Adnan. Leftenan Adnan terus bersemangat untuk berjuang
hingga ke titisan yang terakhir.
Bab 30 - Serangan Balas
Suasana Pagi itu hening Askar
Melayu yang tidak bertugas sedang tidur-tidur ayam.Tiba-tiba suasana yang
tenang itu dikejutkan dengan satu jeritan. Tentera Jepun sudah menyerang Tanah
Melayu. Leftenan Renya memimpin pasukan penggempur memerintahkan orang-orangnya
terus melapskan tembakan mortar ke arah pertahanan pihak lawan. Kebanyakan
tembakan tepat mengenai sasaran. Jeneral Yamashita bertambah berang, dia mahu
pasukannya mencari jalan bagaimana mahu menembusi kubu pertahanan tentera
Melayu. Tentera Jepun memakai pakaian tentera Sikh untuk mengelirukan musuh.
Dua puluh orang tentera Jepun yang memakai turban telah dibunuh dari jarak yang
dekat.
Bab 31 - Biar Putih Tulang
Kehebatan Askar Melayu yang
berjaya menghidu tipu helah yang dibuat oleh tentera Jepun telah menyebabkan
Leftenan Renya Mutugchi berang. Disebabkan itu, tentera Jepun telah bertekad
untuk menyerang Askar Melayu di Bukit Candu secara besar-besaran. Serangan kali
ini menggunakan kapal terbang untuk serangan udara dan disusuli dengan serangan
pasukan artileri.
Bab 32 Tumpah Darah Perwira
Pertempuran sengit
berlanjutan di Bukit Candu. Semua jenis senjata
digunakan, termasuk bom tangan dan senjata
automatik. Lt. Adnan sendiri mengendalikan senjata mesingan jenis Lewis Gun.
Dalam kebanyakan kes, askar bertempur dalam pertempuran berhadapan menggunakan bayonet. tetapi, mereka kekal bertahan mengecewakan
pihak musuh. Dalam pertempuran yang berikutnya pegawai dan tentera mati. Adnan
cedera parah tetapi enggan berundur dan sebaliknya menyuruh orang-orangnya
berjuang sehingga ke titisan darah terakhir. Keberaniannyalah yang menaikkan
semangat juang orang-orangnya untuk bertahan bersunguh-sungguh.
Contoh senjata jenis Bayonet |
Tentera Jepun yang marah
kerana keberaniannya menentang musuh sehingga ramai yang terkorban telah
berjaya menawan Leftenan Adnan lalu diserkup dengan guni. Tentera Jepun
kemudiannya telah menggantungkan Leftenan Adnan yang cedera parah itu pada
dahan pokok ceri. Kerana meradang akibat kehilangan ramai rakan, tentera
Jepun kemudiannya telah berbaris panjang kemudian mereka berjalan di bawah
pokok ceri itu. Setiap orang yang lalu di bawah pokok ceri itu telah menikam
tubuh Leftenan Adnan yang tergantung pada pokok tersebut dengan bayonet.
Kejadian itu dilihat oleh Koperal Yaakob.
Bab 33 - Jatuhnya Kota Singa
Dua hari selepas pertempuran
di Bukit Candu dan setelah askar British menerah kalah. Haji Burhan dan
beberapa orang penduduk kampung yang tinggal berhampiran dengan Bukit Candu
telah memanjat bukit tersebut. Mereka menjumpai sebuah banglo lalu memasukinya.
Di sana terlihat berpuluh mayat askar Melayu bergelimpangan. Ada yang putus
lehernya dan ada pula yang terburai perutnya akibat tikaman dan tetakan senjata
tajam.
Mereka juga terjumpa seorang
yang masih hidup lalu merawatnya. Kemudian Koperal Yaakob pun menceritakan
kehebatan askar Melayu menentang Jepun sehingga ke titisan darah terakhir.
Kemudian penduduk kampung mengumpulkan mayat-mayat askar Melayu lalu
mengebumikannya.
Bab 34 - Darah Mengalir Di
Sungai Ramal
Pada suatu hari
berpuluh-puluh askar Jepun sampai ke kampung Sungai Ramal, Kajang. Mereka
mencari keluarga Leftenan Adnan. Tetapi penduduk kampung telah berpakat tidak
akan bekerjasama dengan tentera Jepun. Mereka menyembunyikan keluarga Leftenan
Adnan. Keberanian Leftenan Adnan menjadi pencetus semangat anak-anak muda bagi
menentang tentera Jepun. Ramai yang menyertai pasukan pembebasan rakyat bagi
menentang pendudukan Jepun di tanah Melayu.
Bab 35 - Perjuangan Belum
Berakhir
Penduduk Pekan Sungai Ramal
hidup dalam ketakutan dan kesusahan di bawah pemerintahan Jepun. Peniaga-peniaga
Cina menutup kedai kerana takut dengan keganasan Jepun. Penduduk kampung yang
menjadi mangsa hidup dengan serba kekurangan. Rakyat terpaksa memakan ubi,
pisang ,dan apa saja yang boleh menjadi alas perut. Sophia dan anak-anaknya
dijaga oleh ayahnya iaitu Pakih Muda. Sophia diuji lagi dengan kematian anak
perempuannya, Fatimah akibat demam panas.
Sekolah Kebangsaan Leftenan Adnan |
Pada 15
Ogos 1945, Jepun telah menyerah kalah dan Tanah Melayu diperintah semula oleh
British. Rakyat telah kembali memulakan kehidupan baru dengan mengerjakan
ladang dan sawah sebagai kegiatan harian. Sophia bekerja di sawah dan menoreh
getah untuk menyara anak-anaknya. Setelah Sekolah Kebangsaan Sungai Ramal
dibuka semula, Sophia telah ditawarkan semula mengajar di sekolah itu. Pada
hari pertama memulakan tugas di sekolah, Sophia telah berkenalan dengan Ustaz
Ridwan dan akhirnya mereka berdua telah berkahwin menjadi pasangan suami
isteri yang bahagia. Selepas empat tahun berkahwin, mereka telah berpindah ke
Melaka. Sophia disahkan menghidap penyakit leukemia.
28 Komen:
i nak synopsis bab 4
thanks for ur help, u make my work more easy...........................
Thanks for this��
thnkz . ia banyak membantu saya dalam membuat nota
nice.. thanks for this note :3
thanks ,ia banyak membantu saya membuat pembentangan
membantu sangat
sangat membantu dan bagus tetapi mengandungi beberapa kesalahan tatabahasa dan banyak kesalahan ejaan....tolong betukan...terima kasih.
sangat memudahkan saya dlm pelajaran saya terima kasih...bye
tema dan lain2 mane
btl btl btl
vanam..
Thank you so much
Really helpful and safe my time.
This made everything easy
Tq sbb tlg share kn sinopsis ni memang amat membantu
Membantu sangat
thanks bnyk sbb sipnosis bnyk bantu sya buat kerja.
thank u so much
nota ini sgt membantu
Kesalahan tatabahasa sahaja yg mengganggu (*>.<*)
Keseluruhannya amat membantu saya dalam subjek BM Tingkatan 4!~ (っ´▽`)っ
Agak berguna untuk pelajaran bm tingkatan 4 tetapi ada sedikit kesalahan tatabahasa
bagus cerita nii...memberi bnyak pengajaran dan inspirasi kepada sesiapa yang membacanya..selain itu,sinopsis ni bnyak membantu pelajar dalam pelajaran.Good job
Konya
Kayseri
Malatya
Elazığ
Tokat
İHBGYG
Eskişehir
Denizli
Malatya
Diyarbakır
Kocaeli
M0Z
A4593
Mardin Lojistik
Kastamonu Evden Eve Nakliyat
Sivas Lojistik
Tunceli Evden Eve Nakliyat
Elazığ Lojistik
1C80D
Sakarya Evden Eve Nakliyat
Antep Şehir İçi Nakliyat
Eskişehir Lojistik
Tekirdağ Cam Balkon
Eskişehir Şehirler Arası Nakliyat
Çorum Evden Eve Nakliyat
Artvin Şehir İçi Nakliyat
Ünye Halı Yıkama
Antalya Parça Eşya Taşıma
CDB56
Rize Lojistik
Etlik Parke Ustası
Erzincan Lojistik
Çerkezköy Çamaşır Makinesi Tamircisi
Antalya Rent A Car
Çanakkale Lojistik
Bartın Lojistik
Yozgat Şehir İçi Nakliyat
Muş Lojistik
E91D9
aksaray telefonda sohbet
bartın sohbet odaları
Mersin Sohbet
burdur sesli sohbet siteler
mersin görüntülü sohbet siteleri ücretsiz
Ankara Sesli Sohbet Sesli Chat
siirt en iyi görüntülü sohbet uygulamaları
hatay telefonda görüntülü sohbet
urfa mobil sohbet chat
Catat Ulasan