KETAGIHAN TELEFON PINTAR
Oleh : Samsyul Hisyam bin Abdul Manap

Kesan negatif paling utama dalam ketagihan telefon pintar ini ialah hubungan kekeluargaan akan menjadi renggang. Masakan tidak kerana waktu senggang yang ada digunakan oleh anak-anak mahupun ibu bapa untuk melayari laman sosial masing-masing dengan menggunakan telefon pintar. Pada cuti hujung minggu, anak-anak akan mengemas kini status laman sosial bertanyakan khabar kawan-kawan di alam maya. Jika dulu ibu sibuk mengemas rumah pada hujung minggu tetapi kini mereka ‘sibuk’ mengemas kini status di laman Facebook, “masak apa hari ini?”. Komunikasi antara ahli keluarga berkurangan dan mereka lebih selesa untuk berbual dengan rakan-rakan di laman-laman sosial. Aktiviti riadah ataupun berkelah yang sepatutnya menjadi aktiviti wajib semasa cuti sekolah yang panjang juga tidak akan mencapai objektifnya untuk mengeratkan hubungan silaturahim jika setiap ahli keluarga masih memegang telefon pintar masing-masing.

Berbalik kepada sembang maya ini, remaja kita mudah terpengaruh dengan aplikasi berkenaan yang memburukkan lagi budaya sosial di negara kita. Sebut sahaja Wechat, pastinya kita akan mengaitkan aplikasi berkenaan dengan golongan remaja yang sepatutnya menjadi tonggak kepada masa depan negara. Malangnya, melalui aplikasi berkenaan golongan remaja ini mula berjinak-jinak dengan seks luar nikah yang dimulakan dengan perbualan biasa. Janji-janji manis mudah ditabur golongan jejaka yang menjadikan ‘gadis Wechat’ ini mudah dibuai oleh perasaan. Tambahan pula tindakan mereka ini tidak dapat dihidu oleh ibu bapa yang sibuk keluar mencari rezeki demi sesuap nasi dan membesarkan anak-anak. Kenyataan ini tidak dapat disangkal lagi apabila akhbar-akhbar tempatan banyak melaporkan masalah akhlak remaja kini dalam laporan harian mereka.
Kesan berikutnya akibat ketagihan telefon pintar ini termasuklah kita tidak dapat memberikan tumpuan terhadap sesuatu perkara. Hal ini turut diakui seorang pakar psikoterapi, penulis dan pakar motivasi, Nancy Colier, menerusi bukunya Inviting a Monkey to Tea: Befriending Your Mind and Discovering Lasting Contentment (2012). Menurut beliau, dalam era digital ini, kita tidak lagi memberikan perhatian penuh kepada seorang individu sahaja. Apabila kita bersama dengan seorang rakan, sebahagian daripada diri kita sebenarnya tidak berada di sana. Secara sedar atau tidak, kita sedang menunggu untuk seseorang yang lain muncul pada skrin telefon pintar kita; sama ada panggilan ataupun mesej. Maka, secara terang-terangan, kita seolah-olah mendapati individu yang berada di hadapan atau di sebelah kita pada saat itu tidak mencukupi atau umpama tunggul kayu. Dalam sesetengah keadaan, individu yang ketagihan telefon pintar ini akan berasa resah dan gelisah apabila telefon pintar tiada di tangan laksana perokok tegar yang tidak merokok seharian.
Memburukkan lagi keadaan, penagih telefon pintar ini mungkin secara tidak sedar mengganggu ketenteraman masyarakat di sekeliling mereka. Kita ambil contoh keadaan di pawagam. Ada sesetengah individu yang individualistik, tidak menetapkan telefon bimbit mereka dalam mod senyap. Kesannya, individu lain akan berasa terganggu semasa menonton wayang gambar dek kerana bunyi bising telefon bimbit berkenaan. Ada juga yang lebih parah sehinggakan di masjid yang merupakan tempat kita beribadat masih ada segelintir orang yang khusyuk ‘menadah tangan’ bukan untuk berdoa tetapi meneliti mesej-mesej yang masuk melalui sistem pesanan ringkas mereka. Masyarakat sedemikian sudah pasti akan menyusahkan orang lain dan menimbulkan rasa kurang senang dalam anggota masyarakat. Walaupun bukan semua yang bersikap sedemikian tetapi harus diingat peribahasa Melayu ada mengatakan kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

2 Komen:
Yang Merupakan Agen Bandarq, Domino 99, Dan Bandar Poker Online Terpercaya di asia hadir untuk anda semua dengan permainan permainan menarik dan bonus menarik untuk anda semua
Bonus yang diberikan NagaQQ :
* Bonus rollingan 0.5%,setiap minggunya
* Bonus Refferal 10% + 10%,seumur hidup
* Bonus Jackpot, yang dapat anda dapatkan dengan mudah
* Minimal Depo 15.000
* Minimal WD 20.000
Games Yang di Hadirkan NagaQQ :
* Poker Online
* BandarQ
* Domino99
* Bandar Poker
Info Lebih lanjut Kunjungi :
Website : AGEN BANDARQ NagaQQ
Betting Sites: 25+ Best NJ Casinos - MJH
In 2020, BetRivers introduced its New Jersey 익산 출장안마 gambling 경기도 출장샵 brand 울산광역 출장안마 into 오산 출장안마 the online gaming market. We cover 전주 출장안마 the best NJ casino sites to start making bets.
Catat Ulasan