Dikuasakan oleh Blogger.
RSS
Container Icon

Latihan Tatabahasa (Ayat) SPM

Latihan 1

Nyatakan jenis-jenis ayat yang diberikan sama ada ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah atau ayat seruan.

1. Puan Rusnah berasal dari utara semenanjung.

2. Amboi, sopan sungguh percakapan pemuda itu!

3. Mengapakah kamu tidak menyiapkan kerja rumah yang saya berikan semalam?

4. Jangan kamu bermain di rumah yang usang itu.

5. Sila beratur sebelum masuk ke kelas.

6. Pergilah cari maklumat berkaitan dengan kerjaya yang kamu minati daripada guru kaunseling.


Latihan 2

Nyatakan jenis-jenis ayat yang diberikan sama ada ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah atau ayat seruan.

1. Baju yang emak beli semalam itu terlalu ketat?

2. Tutup pintu itu sekarang.

3. Wah, cantiknya rumah baharu kamu ini!

4. Hujan lebat sepanjang hari boleh menyebabkan banjir.

5. Jemputlah ke rumah saya apabila kamu lapang nanti.

6. Kamu berdua berasal dari mana?


Latihan 3

Tukarkan ayat bersusunan biasa di bawah ini kepada ayat bersusunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya.

1. Baju dan seluar saya belum bergosok.

2. Pesakit itu meraung-raung menahan kesakitan.

3. Kanak-kanak itu bermain buaian di taman permainan.

4. Bangunan itu masih teguh lagi walaupun sudah lama dibina.

5. Karim pergi ke perpustakaan untuk meminjam beberapa buah buku.

6. Haji Abdullah mengait buah rambutan itu menggunakan sebatang galah.


Latihan 4

Kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi setiap ayat seperti berikut :

Subjek : __________________________________

Predikat : __________________________________

1. Encik Mior disambut denga mesra oleh kakitangan pejabat tersebut.

2. Kelajuan bas ekspres itu melebihi 110 kilometer sejam.

3. Pada setiap hujung minggu, kami sekeluarga membersihkan kawasan rumah.

4. Sekolah Sukan Bukit Jalil terkenal oleh muridnya yang aktif bersukan.

5. Murid yang pintar itu, bercita-cita hendak menjadi peguam.

6. Demi mempertahankan tanah air, rakyat sanggup berkorban nyawa.


Latihan 5

Tukarkan ayat pasif yang berikut kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya.

1. Pekerjaan lain terpaksa dilakukan oleh Haikal setelah perniagaan yang diusahakannya gagal.

2. Sambutan Hari Guru pada tahun ini diraikan oleh warga sekolah dengan meriah di seluruh negara.

3. Guru mestilah kita hormati kerana mereka banyak berjasa dalam mendidik kita untuk menjadi insan berguna.


Latihan 6

Tukarkan ayat aktif yang berikut kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

1. Kebanyakan pelancong yang datang ke negara ini memuji keunikan budaya masyarakat setempat.

2. Kami memilih barang-barang yang akan dibawa semasa mendaki gunung itu nanti.

3. Pihak keselamatan memberikan arahan kepada para pemandu agar tidak menggunakan jalan raya itu kerana runtuhan tebing masih berlaku.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 Komen:

Unknown berkata...

I got try it but how to check the answer...

Unknown berkata...

jawapan ada tak cgu..

Catat Ulasan