Dikuasakan oleh Blogger.
RSS
Container Icon

Pantun Budi

Lagu berentak zapin ini penuh dengan pantun Melayu yang dinyanyikan. Liriknya pula amat puitis dan memberikan seribu satu nasihat dan peringatan buat generasi dulu, kini dan selamanya. Lagunya penuh dengan penghayatan berbanding dengan lagu-lagu sekarang yang tidak begitu puitis untuk didengari oleh halwa telinga.



Pantun Budi : Tan Sri SM Salim

Kalau menebang si pohon jati,
Papan di Jawa dibelah-belah;
Kalaulah hidup tidak berbudi,
Umpama pokok tidak berbuah.

Bunga selasih si bunga padi,
Kembanglah mekar di dalam taman;
Pertama kasih kedua budi,
Yang mana satu nak didulukan?

Datuk Laksamana ke bangka hulu,
Berlayar kapal membawa dagang;
Bagailah mana kapal nak lalu,
Kuala sudah dilengkong karam.

Bunga padi bunga kiambang,
Buat hiasan di taman bunga;
Buah hati kekasih orang,
Hamba menumpang gembira sahaja.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 Komen:

Tanpa Nama berkata...

siapakah lagi penyanyi lagu ini selain Tan Sri SM Salim, Mawi, Haziq AF dan Razak Ahmad?

Catat Ulasan