Dikuasakan oleh Blogger.
RSS
Container Icon

Analisis Soalan Komsas SPM (Tahun 2016 - 2019)


ANALISIS SOALAN KOMSAS

TING
TAJUK
NOV 2016
JUN 2017
NOV 2017
JUN 2018
NOV 2018
JUN 2019
NOV 2019
Puisi Tradisional
T4
Syair Bidasari





/

Gurindam Dua Belas (Fasal yang Ketiga)







T5
Gurindam Beberapa Petua Hidup
/






Seloka Berbuat Istana Zaman Dahulu




/



Puisi Moden
T4
Sang Gembala Kuda







Aku Membaca Lagi


/




www.sibermerdeka.com.my







Gelanggang



/



T5
Sejadah Rindu







Pesan Lelaki Kecil Kepada Gadis Kampus

/





Erti Hidup Bererti







Kudup Perang








Prosa Tradisional
T4
Kepimpinan Melalui Teladan
/



/
/

T5
Burung Terbang Dipipiskan Lada

/
/
/




Cerpen
T4
Kaduk, Ayam dan Raja

/






Munsyi – Husna Nazri








Jaket Kulit Kijang dari Istandul







T5
Cinta Ahmad Mutawakkil





/


Hipertensi




/



Gerhana Manusia
/







Drama
T4
Berkhidmat untuk Negara



/



T5
Bukan Gila


/




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sajak : Erti Hidup Bererti



Aku selalu didatangi
malam sepi
bagai kalung
yang melingkari leherku
tidak berubah keesokan hari
siapa yang akan datang menjengukku
keluhan seorang tua sunyi.

Keheningan tasik
kehijauan rumput
hanya menjadi bayangan
di penjuru ruang zaman
cinta dalam rahim dilupai
dari sulung ditendang ke bongsu
dari angah ditendang ke sulung balik
kucari erti hidup
menderita mengerang sakit
berdiri tanpa ruang.

Aku bagi mereka
tiada makna
anakku bakaku
baik setia mahupun derhaka
semoga disirami benih keinsafan menjadi penawar dalam hati
embun cinta atasi angin dingin
jangan terpegun
ada yang mati
ada yang hidup
tiada yang kekal kecuali Tuhan.














Teo Wei Sing,
Suara Anak Pahang, 2009
Pekan Ilmu Sdn. Bhd.


MAKSUD SAJAK

Rangkap 1 :
Penyajak selalu kesunyian. Keadaan sunyi itu tidak berubah walaupun pada hari esoknya. Penyajak seorang warga tua yang kesepian mengeluh kerana tiada sesiapa yang datang menziarahinya.

Rangkap 2 :
Kedamaian yang dirasai hanya menjadi bayangan dalam ingatannya. Kasih sayang antara ibu dengan anak-anak sudah dilupai. Tiada anak yang sanggup menerimanya. Penyajak berasa susah hati kerana berasa tidak diingini, disayangi dan dihormati.

Rangkap 3 :
Penyajak tiada makna dalam kehidupan anak-anak. Tidak kira anak yang setia mahupun derhaka, penyajak berdoa kepada Tuhan agar timbul rasa insaf dalam diri mereka. Keinsafan itu diharapkan dapat mengubati hati anak-anak yang dingin. Penyajak berharap anak-anak akan sedar yang setiap yang hidup di dunia ini akan mati kecuali Tuhan.

TEMA
Kesunyian dan kesedihan seorang ibu tua yang tidak disayangi oleh anaknya.

PERSOALAN
  1. Persoalan kasih sayang dan rindu ibu kepada anak-anaknya.
  2. Persoalan anak-anak yang tidak menghargai kehadiran ibu dalam kehidupan mereka.
  3. Persoalan anak-anak yang tidak mengenang jasa ibu.
  4. Persoalan harapan seorang ibu agar anak-anaknya insaf.
  5. Persoalan perasaan seorang ibu yang berasakan kehidupannya tidak bererti.

GAYA BAHASA
  1. Imejan : keheningan tasik; kehijauan rumput
  2. Personafikasi : didatangi malam sepi
  3. Simile : bagai kalung
  4. Metafora : benih keinsafan
  5. Anafora : dari sulung ditendang ke bongsu, dari angah ditendang ke sulung balik
  6. Responsi : dari sulung ditendang ke bongsu, dari angah ditendang ke sulung balik
  7. Repitisi : anakku bakaku
  8. Sinkope : kucari erti hidup
  9. Inversi : siapa yang akan datang menjengukku, keluhan seorang tua yang sunyi.

NILAI
  1. Nilai kasih sayang
  2. Nilai mengenang budi
  3. Nilai keinsafan
  4. Nilai baik hati
  5. Nilai kepercayaan kepada Tuhan

PENGAJARAN
  1. Kita mestilah menyayangi, menjaga dan menghormati ibu kita kerana ibu telah membesarkan kita dengan penuh kasih sayang.
  2. Kita haruslah mengenang budi ibu lebih-lebih lagi setelah kita berjaya dalam kehidupan.
  3. Kita patut insaf akan dosa dan kesalahan yang telah dilakukan supaya menjadi insan yang murni.
  4. Kita perlu mempunyai hati yang baik dan berdoa untuk semua orang termasuk yang telah menyakiti hati kita.
  5. Kita mesti berpegang kepada ajaran Tuhan dan percaya kepada kekuatan-Nya.

SOALAN KBAT
  1. Sekiranya anda berjiran dengan ibu tua seperti dalam sajak, apakah perkara yang akan anda lakukan? [3 markah]
  2. Pada pendapat anda, wajarkah ibu bapa yang telah tua dihantar ke rumah penjagaan warga tua? [3 markah]
  3. Pada pendapat anda, bagaimanakah caranya seorang anak boleh menghargai jasa ibu bapa? [3 markah]





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS