Isu perpaduan
sering diutarakan berulang-ulang kali dan akhir-akhir ini semakin
menjadi-jadi. Namun, banyak pihak yang akur dan mengakui bahawa perpaduan
kaum di negara kita adalah lebih baik berbanding dengan sesetengah
negara lain di dunia.
Antara usaha yang telah dan boleh dilaksanakan ialah :
- Kerajaan perlu sentiasa mengingatkan rakyat agar mengutamakan aspek perpaduan.
- Rakyat tidak seharusnya berasa jemu dengan peringatan itu malah sentiasa proaktif.
- Pemimpin politik yang mewakili sesuatu kaum atau etnik tidak memainkan isu-isu perkauman yang sempit demi meraih populariti.
- Semua pihak wajib mengelakkan pergeseran walaupun hanya pergeseran kecil.
- Kerajaan telah berusaha secara berterusan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara contoh yang mengamalkan persefahaman kaum, toleransi beragama dan konsep perpaduan nasional.
- Peranan anggota masyarakat serta ibu bapa mendidik generasi muda agar menerima dan mengamalkan konsep perpaduan.
- Mengurangkan atau mengecilkan jurang perbezaan yang masih terdapat antara kaum seperti jurang ekonomi, polarisasi petempatan dan kerjaya.
- Mengeratkan perhubungan dengan cara menyertai sambutan perayaan bersama-sama seperti program rumah terbuka, kunjung-mengunjungi, usaha sama dalam perniagaan dan lain-lain.
- Menarik lebih ramai kaum bukan Melayu menyertai pasukan polis dan angkatan tentera serta menjadi kakitangan kerajaan.
- Menganjurkan aktiviti kemasyarakatan yang kerap seperti kejohanan sukan, pameran dan kesenian.
- Menggalakkan perkahwinan campur.
- Peranan pihak Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) perlu dimaksimumkan.
- Meningkatkan keupayaan dan keberkesanan pasukan keselamatan bagi menjaga ketenteraman negara daripada ancaman musuh dari luar dan dalam.
- Kerajaan mestilah mengutamakan keadilan dalam setiap aspek.
- Kenali segera punca dan sebab tercetusnya sesuatu pergeseran dan tindakan segera juga perlu diambil bagi menanganinya.
- Semua golongan mestilah sentiasa memohon doa kepada Tuhan agar negara kita sentiasa kekal aman sentosa.
4 Komen:
is it true bout 204406 people r mengunjungi tis blok now serious ?????? :O
Macam bodoh la u nie
I also can't believe it... syukur alhamdulillah..
time kaseh bantu saya wat pbs
Catat Ulasan