Huraikan pendapat anda tentang penggunaan
telefon bimbit dalam kalangan pelajar.
·
Boleh menghubungi ibu bapa
·
Bertanya kepada rakan tentang
kerja sekolah
·
Mendapatkan maklumat
·
Menyimpan video porno
·
Melalaikan remaja
Alaxander
Graham Bell merupakan insan yang bertanggungjawab mencipta alat telekomunikasi
yang dinamakan sebagai telefon. Sejajar dengan dunia yang pesat berkembang ini,
telefon kini lebih mobil dan mudah dibawa ke mana-mana sahaja. Rekaannya juga
semakin menarik perhatian ramai umumnya remaja yang sentiasa mengejar kelainan.
Jika diperhalusi, penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar ini
mendatangkan impak yang pelbagai kepada remaja.
Kita
pastinya boleh menggunakan telefon bimbit yang dimiliki untuk menghubungi insan
tersayang yang berada jauh di mata tetapi dekat di hati. Mendengar suara ibu
dan bapa pastinya membuatkan jiwa kita tenang lebih-lebih lagi mereka merupakan
insan yang paling mengenali diri kita. Oleh hal yang demikian, penggunaan
telefon bimbit oleh para pelajar pastinya meningkatkan motivasi mereka untuk
terus belajar lebih-lebih lagi untuk para pelajar yang tinggal di asrama yang
jauh daripada keluarga.
Lain
daripada itu, kita boleh menggunakan telefon bimbit untuk bertanyakan hal-hal
yang berkaitan persekolahan. Sebagai contohnya, rakan-rakan rapat boleh
dihubungi dengan segera waima kita tidak berada di sekolahpun jika mereka
mempunyai telefon selular ini. Secara tidak langsung, segala perkara penting
yang disampaikan oleh guru ketika kita tidak boleh hadir ke sekolah dapat
diketahui dengan segera melalui penggunaan telefon bimbit. Hubungan dengan
rakan-rakan juga akan menjadi erat dan bertambah mesra.
Selain
itu, kita juga boleh membuat capaian Internet melalui telefon bimbit pintar
yang terdapat di pasaran kini. Hal ini benar-benar membuatkan dunia berada di
hujung jari kita. Dengan menekan butang-butang tertentu di telefon bimbit,
segala maklumat yang ingin diketahui boleh didapati dengan mudah dan cepat. Justeru,
kita tidak perlu lagi menunggu-nunggu untuk mendapatkan sesuatu maklumat kerana
masa itu emas. Sudah terang lagi bersuluh, telefon bimbit memudahkan pelajar
mendapatkan maklumat dengan segera.
Walau
bagaimanapun, penggunaan telefon bimbit juga mendatangkan kesan negatif kepada
pelajar. Misalannya, mereka lebih mudah merakam atau menyimpan video-video
mahupun gambar-gambar lucah dalam alat telekomunikasi itu. Perkara ini memang
tidak boleh dinafikan lebih-lebih lagi apabila cerita mengisahkan klip-klip
video ini pernah tersiar di layar perak iaitu filem Klip 3GP. Penyebaran
video-video seperti yang dimaksudkan ini bukan mudah untuk dibanteras tetapi
tidak mustahil untuk diperangi.
Di
samping itu, penggunaan telefon bimbit juga boleh melalaikan remaja. Lihat sahaja
situasi masa ini apabila golongan remaja tidak boleh berpisah dengan ‘kembar’
mereka itu walaupun sedetik. Ditambah pula dengan pelbagai aplikasi yang kurang
penting dan permainan yang melekakan dalam telefon mudah alih itu pastinya
membuang masa para remaja dengan sia-sia. Walhal, masa senggang para remaja
perlu diisi dengan ilmu yang bakal menerangi masa depan mereka.
Izharnya,
penggunaan telefon bimbit dalam kalangan remaja memberikan seribu satu faedah
kepada sesiapa sahaja. Kita perlu bijak menggunakan apa-apa sahaja gajet atau
alat yang dicipta dalam dunia serba canggih ini dengan cara yang betul. Jika tidak
digunakan untuk kebaikan, perkara ini mampu merosakkan masa depan dan fikiran
remaja itu sendiri. Sewajarnya, para remaja yang merupakan tonggak negara pada
masa hadapan lebih bijak dalam memikirkan pro dan kontra sesuatu perkara
sebelum dilakukan bak peribahasa tepuk dada tanyalah selera.
26 Komen:
x fhm
minta copy ye.. :D
apa maksud "Izharnya"? mohon jelaskan.
Izharnya mambawa maksud ringkasnya...
saya ingat izhar bermaksud jelas? o.O
Izhar = Ar 1. hal menjadikan jelas (nyata, terang); 2. hukum tajwid, iaitu menzahirkan atau membunyikan huruf dgn nyata tanpa didengungkan; mengizharkan 1. menjadikan nyata alam ini; 2. menzahirkan atau membunyikan huruf dgn nyata tanpa didengungkan :-)
hebatnya ini ...always best...
minta izin copy
Dipersilakan... terima kasih
terima kasih. alyways best ^^.
Terima kasih :)
wahaha!karangan ini disini.sorry saya nak copy ni
mintak copy .. hee..
Mintak tulis dlm buku karangan yee.. ^_^
Waima Dan Selular Itu Apa? Kurang Faham , Tolong Jelaskan :)
mungkin boleh lebih banyakkan ungkapan menarik
mungkin boleh lebih banyakkan ungkapan menarik
Thumbs up dy
waima ngn selular tu apa ya?
AWESOME!!!!!
TERIMA KASIH!!!!!!!
KARANGAN INI MENOLONGKAN SAYA UNTUK MENULIS KARANGAN TENTANG INI!!!!
BAIK!!!!!!!!
BAGUS!!!
#PencintaBahasa4President2016
Dewacintaqq.com
link alternatif Dewacintaqq
http://94.237.47.134/?ref=NISA21
dcpoker99
simbolcinta
gemarq
oppaiqq
procintaqq
kartucinta99
maniak99
dcqq88
1001cinta
dewacintaqq
dewacintaqq.com
Catat Ulasan