Dikuasakan oleh Blogger.
RSS
Container Icon

Pantun Empat Kerat (Permuafakatan)







MAKSUD PANTUN

Rangkap 1
Jika sesuatu perkara dilakukan secara bekerjasama, pasti hasilnya akan membawa kejayaan.

Rangkap 2
Sikap bermuafakat akan menyebabkan masyarakat bersatu padu.

Rangkap 3
Amalan bergotong-royong dan bermuafakat akan membawa kebahagiaan dalam kehidupan.

Rangkap 4
Negara yang harmoni akan terbina sekiranya masyarakat bermuafakat.

Rangkap 5
Permuafakatan akan berkekalan sekiranya saling mempercayai sesama insan.

Rangkap 6
Perpaduan akan dapat diperkukuh sekiranya sikap toleransi dan saling menghormati diamalkan.

TEMA
Hidup bermuafakat ialah tunjuang utama kesejahteraan hidup.

PERSOALAN 

  1. Kepentingan amalan bergotong-royong dalam kehidupan bermasyarakat.
  2. Kepentingan sikap saling mempercayai merupakan tunjang kepada muafakat.
  3. Sikap toleransi mengukuhkan perpaduan dalam ahli masyarakat.
BENTUK PANTUN
  1. Mempunyai 6 rangkap dan 4 baris bagi setiap rangkap.
  2. 2 baris di atas ialah pembayang dan 2 baris di bawah ialah maksud.
  3. Jumlah perkataan dalam sebaris ialah antara 3 hingga 4 kata.
  4. Jumlah suku kata sebaris ialah antara 9 hingga 15 suku kata.
  5. Rima akhir ialah abab.  
GAYA BAHASA
  1. Asonansi - Buah salak di dalam kantung
  2. Aliterasi - Percaya-mempercayai asas berpegang
  3. Anafora - Bulat air kerana pembetung, Bulat manusia kerana muafakat.   
  4. PeribahasaBulat air kerana pembetung, Bulat manusia kerana muafakat.  
  5. Inversi - Bergotong-royong penduduk sekampung. 
NILAI 
  1. Bekerjasama
  2. Saling Mempercayai 
  3. Hormat-menghormati
  4. Bermuafakat
PENGAJARAN
  1. Setiap orang perlu memainkan peranan masing-masing dalam apa-apa juga perkara supaya semangat kemasyarakatan dan semangat kerjasama dapat dipupuk.
  2. Masyarakat perlulah saling mempercayai demi mengekalkan permuafakatan.
  3. Kita perlulah saling menghormati antara satu sama lain supaya perpaduan dapat dipupuk dalam kalangan masyarakat. 
    

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 Komen:

Catat Ulasan