MAKSUD PANTUN
Rangkap 1
Kerja yang sukar menjadi lebih senang jika dilakukan secara bekerjasama.
Rangkap 2
Setiap gadis perlulah sentiasa menjaga maruah dan harga diri.
Rangkap 3
Diri sendiri akan menerima padah jika melakukan sesuatu perkara mengikut hawa nafsu.
Rangkap 4
Pesana kepada generasi muda agar menjaga tutur kata kerana keterlanjuran kata akan membawa padah kepada diri sendiri.
Rangkap 5
Selalulah bertanya kepada guru jika ingin mendapatkan kepastian.
Rangkap 6
Adab dan tatasusila penting dalam pergaulan dan perlu dijaga.
TEMA
Sikap mengambil berat dan nasihat-menasihati menjadi panduan untuk menjalani kehidupan seharian.
PERSOALAN
- Menjaga maruah diri sangat penting terutamanya bagi seorang gadis kerana nilai harga diri mereka sangat tinggi.
- Sesuatu pekerjaan atau tugasan dapat disiapkan dengan cepat dan lancar dengan adanya sikap saling bekerjasama.
- Menjaga tutur kata dalam setiap percakapan amat penting kepada setiap insan kerana keterlanjuran kata-kata akan menyebabkan diri sendiri menerima padah.
- Untuk memastikan kesahihan sesuatu ilmu yang dituntut, pencarian ilmu secara berguru ialah kaedah yang terbaik.
BENTUK PANTUN
- Mempunyai 6 rangkap dan 4 baris bagi setiap rangkap.
- 2 baris di atas ialah pembayang dan 2 baris di bawah ialah maksud.
- Jumlah perkataan dalam sebaris ialah antara 4 hingga 5 kata.
- Jumlah suku kata sebaris ialah antara 8 hingga 11 suku kata.
- Rima akhir ialah abab.
GAYA BAHASA
- Asonansi - Menanam bunga di dalam pasu
- Aliterasi - Keris sejarah sejak bahari
- Repitisi - Bunga melati bunga pandan
- Peribahasa - Kerana mulut badan binasa
- Unsur alam - pohon ara, nyiur muda
NILAI
- Bekerjasama
- Berwaspada
- Kebijaksanaan
- Budi bahasa
PENGAJARAN
- Kita perlulah mengamalkan sikap bekerjasama supaya sesuatu tugasan atau pekerjaan yang sukar dapat disiapkan dengan mudah.
- Kita perlulah bijak menggunakan akal fikiran supaya maruah diri tidak tergadai dengan sewenang-wenangnya.
- Kita hendaklah menjaga tutur kata dan berbudi pekerti dalam setiap percakapan satau sesuatu tindakan kerana keterlanjuran kata-kata dan sikap akan menyebabkan diri sendiri menerima padahnya.
- Kita mestilah berguru jika menuntut ilmu agar ilmu yang diperoleh itu betul dan sahih.
0 Komen:
Catat Ulasan