Karangan Berpandu (PMR)
Bahagian B
[20 markah)
Huraikan pendapat anda tentang cara-cara mengatasi kejadian jenayah di kawasan perumahan. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Akhbar tempatan kerap menyiarkan berita kejadian jenayah yang berlaku di kawasan perumahan. Hal ini pastinya menimbulkan kerunsingan masyarakat. Sebenarnya, ada banyak cara mengatasi kejadian jenayah di kawasan perumahan.
Cara paling efektif pastinya dengan menubuhkan Rukun Tetangga di kawasan kejiranan. Dengan langkah ini, pihak Rukun Tetangga boleh melakukan rondaan secara bergilir-gilir bagi mengawal kejadian jenayah daripada berlaku.
Seterusnya, kita boleh berdaftar sebagai rakan 'cop' bagi melaporkan sebarang kejadian yang mencurigakan kepada pihak berkuasa. Secara tidak langsung, penjenayah akan takut untuk melakukan jenayah.
Langkah berikutnya sudah pastinya dengan menganjurkan kempen-kempen antijenayah. Namun demikian, kempen yang dijalankan perlulah berterusan dan bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam sahaja.
Izharnya, semua pihak perlulah berganding bahu bagi menangani masalah ini. Sekiranya permasalahan ini dapat diatasi, komuniti setempat dapat hidup dalam keadaan aman dan makmur.
(124 patah perkataan)
8 Komen:
tq for this essay
tq for this essay
f
hai kawan kawan
Ini adalah langkah yang sangat baik untuk megelekkan berlakunya kes jenayah
tq sgt membantu :)
Tq kemuliaan cikgu share ilmu..
Dewacintaqq.com
link alternatif Dewacintaqq
http://94.237.47.134/?ref=NISA21
dcpoker99
simbolcinta
gemarq
oppaiqq
procintaqq
kartucinta99
maniak99
dcqq88
1001cinta
dewacintaqq
dewacintaqq.com
Catat Ulasan