Dikuasakan oleh Blogger.
RSS
Container Icon

Syair Berbuat Jasa

MAKSUD SYAIR
 
Rangkap 1
Generasi muda disarankan supaya berbuat jasa kerana jasa mereka tetap akan dikenang walaupun mereka sudah tiada.




Rangkap 2

Penyair mengajak kita supaya berbuat jasa dan berserah kepada Tuhan kerana setiap jasa yang kita curahkan akan menerima balasan di akhirat kelak.



Rangkap 3

Penyair mengingatkan kita supaya tidak mensia-siakan kehidupan sebaliknya berbuat jasa kerana jasa yang kita tinggalkan akan dikenang selama-lamanya.



Rangkap 4

Penyair menyeru kita agar bersungguh-sungguhlah berbuat jasa supaya segala kebaikan daripada jasa kita itu dapat memberikan manfaat kepada orang lain.



Rangkap 5

Penyair menegah kita mengharapkan balasan dan pujian daripada jasa yang kita berikan kerana hanya akan menimbulkan perasaan tamak dalam diri.



Rangkap 6

Penyair sekali lagi mengingatkan kita supaya tidak mengharapkan balasan dan penghormatan sebaliknya memadailah jasa yang kita curahkan itu dapat dimanfaatkan.



Rangkap 7

Penyair mengajak kita supaya sentiasa berbuat baik walaupun perbuatan kita itu tidak diketahui kerana Tuhan lebih mengetahui perbuatan kita itu.


TEMA 

Kepentingan berbuat jasa kepada sesiapa sahaja.




PERSOALAN

  1. Keikhlasan dalam melakukan pengorbanan.
  2. Berhati-hati ketika menerima pujian.
  3. Budi yang baik akan berkekalan selama-lamanya.

BENTUK 


  1. Bentuknya terikat.
  2. Terdiri daripada 7 rangkap.
  3. Berisi 4 baris serangkap.
  4. Semua baris mempunyai maksud yang hendak disampaikan.
  5. Bilangan kata - 3 hingga 6 kata sebaris.
  6. Bilanga suku kata - 9 hingga 12 suku kata sebaris.
  7. Rima akhir aaaa.    
GAYA BAHASA 

  1. Sinkope - tak, mu
  2. Repitisi - Jangan mengata jangan mengeji
  3. Asonansi - Hidup berbakti memberi cahaya
  4. Aliterasi - Tuhan tahu iakah bukan

NILAI


  1. Keikhlasan
  2. Mengenang jasa
  3. Rasional
  
PENGAJARAN

  1. Kita haruslah ikhlas dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
  2. Kita hendaklah mengenang jasa orang yang telah menabur jasa kepada kita agar hubungan yang terjalin akan berkekalan.
  3. Kita hendaklah bersikap rasional dengan mempertimbangkan kebaikan dan keburukan sesuatu perkara sebelum mengambil sebarang tindakan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 Komen:

Catat Ulasan