MAKSUD SYAIR
Rangkap 1
Kasih sayang antara adik-beradik yang utuh. Mereka mengembara bersama-sama dan berpakat dalam setiap pekerjaan yang dilakukan.
Rangkap 2
Atas kehendak Tuhan, dua orang adik-beradik itu telah meninggal dunia. Walaupun bersedih, namun tiada apa-apapun yang dapat dilakukan kerana hal tersebut merupakan kehendak Tuhan Yang Esa.
Rangkap 3
Setiap hamba perlu bersabar ketika menerima ketentuan atau takdir Tuhan walaupun hakikatnya sukar untuk dihadapi.
Rangkap 4
Setiap insan di muka bumi, biar apa-apapun pangkat atau darjatnya, pasti akan menghadapi kematian.
Rangkap 5
Setiap insan perlu mengambil pengajaran daripada generasi terdahulu yang telah meninggal dunia agar kita beroleh kebahagiaan.
Rangkap 6
Kebajikan rakyat jelata haruslah diambil berat sementara keluarga sendiri perlu dijaga agar tidak ditimpa sebarang kesusahan.
Rangkap 7
Manusia hendaklah memuliaka ilmu yang benar kerana ilmu mengangkat kedudukan para nabi. Ilmu yang dituntut itu pula perlu diamalkan agar tidak menjadi sia-sia.
Rangkap 8
Penyair mengingatkan semua orang supaya mengambil pengajaran atas kematian generasi terdahulu kerana kita juga akan menghadapi kematian kelak.
Mengambil iktibar daripada kematian.
PERSOALAN
- Kematian tidak dapat dielakkan.
- Kepentingan menuntut ilmu.
- Keinsafan dalam menghadapi kematian.
BENTUK
- Bentuknya terikat.
- Terdiri daripada 8 rangkap.
- Berisi 4 baris serangkap.
- Semua baris mempunyai maksud yang hendak disampaikan.
- Bilangan kata - 3 hingga 6 kata sebaris.
- Bilangan suku kata - 9 hingga 14 suku kata sebaris.
- Rima akhir aaaa.
GAYA BAHASA
- Bahasa Arab - Wahid al-Khahar, anbia, Jabbar, Saadah
- Repitisi - Segala pekerjaan segala perkara.
- Asonansi - Hendak disusahkan tiada berdaya
- Aliterasi - Meninggalkan dunia juga yang tentu
NILAI
- Keinsafan
- Kerajinan
- Kesabaran
- Kita haruslah insaf dan mengambil iktibar ketika berhadapan dengan kematian.
- Kita hendaklah menanam sikap rajin dalam mencari ilmu demi kepentingan hidup di dunia dan di akhirat.
- Kita perlulah bersabar apabila menerima segala dugaan dan ujian daripada Tuhan.
0 Komen:
Catat Ulasan