Panitia Bahasa Malaysia Sekolah Sukan Bukit Jalil sekali lagi mengadakan Ceramah Teknik Menjawab Soalan Bahasa Malaysia khususnya untuk pelajar PMR dan SPM tahun 2013. Sewajarnya pelajar-pelajar di SSBJ berasa bertuah atas keprihatinan Panitia BM bawah pimpinan Pn. Siti Zaharah binti Othman selaku Ketua Panitia yang telah merancang pelbagai aktiviti bagi menampung keperluan pendidikan atlet pelajar yang sibuk dengan latihan sukan. Berikut ialah butiran tentang ceramah yang diadakan :
Tarikh :
18 Jun 2013 (Selasa)
Masa :
10.00 pagi – 11.30 pagi (PMR)
12.40 tengah hari – 2.40 petang (SPM)
Tempat :
Dewan Kuliah, SSBJ
Penceramah yang dijemput pada kali ini ialah En. Thuraiveloo yang berpengalaman selama 23 tahun sebagai penceramah Bahasa Malaysia. Aspek yang ditekankan oleh beliau semasa ceramah ialah berkaitan karangan yang menjadi tunjang utama para pelajar dalam memperoleh gred yang lebih baik dalam subjek wajib lulus ini. Harapan Panitia BM amatlah besar dalam melihat peningkatan peratus kelulusan peringkat PMR dan SPM.
Semua langkah proaktif dalam memastikan para atlet pelajar SSBJ mendapat bekalan ilmu Bahasa Malaysia sudah diambil oleh panitia dan kini terpulanglah kepada diri pelajar itu sendiri sama ada menginginkan kejayaan ataupun sebaliknya kerana dayung sudah di tangan, perahu sudah di air. Guru-guru di SSBJ sentiasa mendoakan kejayaan para pelajar dalam peperiksaan yang bakal menjelang tidak lama lagi.
En. Thuraiveloo dengan gaya penyampaian yang bersahaja |
Pn. Sti Zaharah juga tidak melepaskan peluang mendengar ceramah |
Atlet pelajar perempuan yang hadir ke ceramah |
Atlet pelajar lelaki juga terpegun mendengar ceramah yang disampaikan |
Para pelajar juga tidak melepaskan peluang untuk mencatat nota ringkas |
0 Komen:
Catat Ulasan