Dikuasakan oleh Blogger.
RSS
Container Icon

Kesalahan-Kesalahan Ejaan Yang Biasa Dijumpai (Siri 1)

Kesalahan dan kesilapan-kesilapan di bawah ini biasa kita jumpai dilakukan oleh sesiapa sahaja daripada orang awam, pihak berkuasa tempatan mahupun dalam kalangan guru. Kadang kala perkara ini dilakukan tanpa sengaja berikutan telah terbiasa dengan corak penulisannya.

Oleh hal yang demikian, menjadi tanggungjawab kita bersama-sama untuk sentiasa membetulkan yang salah dan membiasakan yang betul agar kesilapan yang sama ini tidak diulangi lagi. Hal ini demikian kerana boleh mendatangkan kekeliruan terutamanya kepada para pelajar.

SALAH BETUL
Aidil adha -------> Aidiladha
Aidil fitri -------> Aidilfitri
akitek -------> arkitek
ambilalih -------> ambil alih
analisa -------> analisis
atlit -------> atlet
aturcara -------> atur cara
baikpulih -------> baik pulih
bandaraya -------> bandar raya
baucer -------> baucar
bersyukor -------> bersyukur
beserta -------> berserta
bistari -------> bestari
bowling -------> boling
buffet -------> bufet
bumiptra -------> Bumiputera
cahayamata -------> cahaya mata
calun -------> calon
campurtangan -------> campur tangan
catit -------> catat
cendikiawan -------> cendekiawan
cop -------> cap
dailog -------> dialog
definasi -------> definisi
deraf -------> draf
efisyen -------> efisien
ehsan -------> ihsan
ekslusif -------> eksklusif
ekspot -------> eksport
emel -------> e-mel
engkar -------> ingkar
fax -------> faks
Feburari -------> Februari
forklift -------> forklif
gambarajah -------> gambar rajah
gantirugi -------> ganti rugi
gembeleng -------> gembleng
geraf -------> graf
gulong -------> gulung
hajjah -------> hajah
hakmilik -------> hak milik
hapuskira -------> hapus kira
hurmat -------> hormat
ibubapa -------> ibu bapa
iktizam -------> iltizam
impot -------> import
injin -------> enjin
inspekter -------> inspektor
insuran -------> insurans
insyaallah -------> insya-Allah
intipati -------> inti pati
isipadu -------> isi padu
istihar -------> isytihar
istirehat -------> istirahat
janakuasa -------> jana kuasa
jawatan kuasa -------> jawatankuasa
Johor Bharu -------> Johor Bahru
jualbeli -------> jual beli
juwita -------> juita
kadhi -------> kadi
kampong -------> kampung
kapitalisma -------> kapitalisme
kaptain -------> kapten
karenah -------> kerenah
ke 5 -------> ke-5
kelender -------> kalendar
kemaskini -------> kemas kini
keredhaan -------> keredaan
keretapi -------> kereta api
kerinting -------> keriting
kerja sama -------> kerjasama
kianat -------> khianat
ko-kurikulum -------> kokurikulum
kolestrol -------> kolesterol
komersil -------> komersial
kontingen -------> kontinjen
Kota Bahru -------> Kota Bharu
kuatkuasa -------> kuat kuasa

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 Komen:

Catat Ulasan