Dikuasakan oleh Blogger.
RSS
Container Icon

Kesalahan-Kesalahan Ejaan Yang Biasa Dijumpai (Siri 2)

Sebelum ini, pihak pentadbir Blog Lembar Bahasa telah menerbitkan Siri 1 tentang kesalahan-kesalahan ejaan yang biasa dijumpai di mana-mana kita berada. Sila klik DI SINI untuk ke pautan ke Siri 1 seperti yang dimaksudkan. 

Kesalahan dan kesilapan-kesilapan di bawah ini biasa kita jumpai dilakukan oleh sesiapa sahaja daripada orang awam, pihak berkuasa tempatan mahupun dalam kalangan guru. Kadang kala perkara ini dilakukan tanpa sengaja berikutan telah terbiasa dengan corak penulisannya.

Oleh hal yang demikian, menjadi tanggungjawab kita bersama-sama untuk sentiasa membetulkan yang salah dan membiasakan yang betul agar kesilapan yang sama ini tidak diulangi lagi. Hal ini demikian kerana boleh mendatangkan kekeliruan terutamanya kepada para pelajar.


SALAH   BETUL
lagenda -------> legenda
lakun -------> lakon
lalulintas -------> lalu lintas
lanskap -------> landskap
lapuran -------> laporan
latarbelakang -------> latar belakang
lebel -------> label
lebuhraya -------> lebuh raya
lencungan -------> lencongan
leukimia -------> leukemia
liberalisma -------> liberalisme
lojik -------> logik
losyen -------> losen
maksima -------> maksimum
manafaat -------> manfaat
masaalah -------> masalah
mee -------> mi
mekanisma -------> mekanisme
mempamirkan -------> mempamerkan
memperolehi -------> memperoleh
mencatit -------> mencatat
mengenengahkan -------> mengetengahkan
mengwujudkan -------> mewujudkan
mentera -------> mantera
merbahaya -------> berbahaya
minima -------> minimum
munshi -------> munsyi
nasionalisma -------> nasionalisme
olah raga -------> olahraga
optima -------> optimum
organisme -------> organisma
pamir -------> pamer
paspot -------> pasport
pehak -------> pihak
pelancung -------> pelancong
pengembala -------> penggembala
pengstrukturan -------> penstrukturan
penguatkuasa -------> penguat kuasa
pensil -------> pensel
perabut -------> perabot
perihatin -------> prihatin
perlesenan -------> pelesenan
perletakan -------> peletakan
pilihanraya -------> pilihan raya
plan -------> pelan
profession -------> profesion
protin -------> protein
rekabentuk -------> reka bentuk
saidina -------> sayidina
samada -------> sama ada
sayugia -------> seyogia
sekaligus -------> sekali gus
sekelian -------> sekalian
siksa -------> seksa
silaturrahim -------> silaturahim
snooker -------> snuker
stesyen -------> stesen
stokin -------> stoking
sulong -------> sulung
sunnah -------> sunah
suratkhabar -------> surat khabar
talipon -------> telefon
temuduga -------> temu duga
tengahari -------> tengah hari
tulin -------> tulen
ugama -------> agama
ulangtahun -------> ulang tahun
urusetia -------> urus setia
usahasama -------> usaha sama
warong -------> warung

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 Komen:

Catat Ulasan