Dikuasakan oleh Blogger.
RSS
Container Icon

Peribahasa Tingkatan 4



Senarai Peribahasa Dalam Buku Teks Tingkatan 4
 

1.    Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.



2.    Darah daging
Maksud : Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.



3.    Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Maksud : Mengalami susah senang bersama-sama.



4.    Meninggi diri
Maksud : Sombong



5.    Bermuka dua
Maksud : Tidak jujur.



6.    Baik hati
Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).



7.    Tulang belakang
Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan



8.    Bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.



9.    Bagai kaca terhempas ke batu
Maksud : Sangat sedih atau kecewa.



10. Melentur buluh biarlah dari rebungnya
Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.



11. Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Maksud : dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat



12. Seperti lembu dicucuk hidung
Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang



13. Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.



14. Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Maksud : segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.



15. Terang hati
Maksud : Lekas pandai.



16. Rendah hati
Maksud : Tidak sombong



17. Murah hati
Maksud : Pemurah.



18. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.

19. Tangan kosong
Maksud : Hampa.



Klik pada pautan untuk melihat peribahasa yang lain :  
 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 Komen:

Catat Ulasan