Dikuasakan oleh Blogger.
RSS
Container Icon

HUKUM ANEKSI PERSONA

KESALAHAN HUKUM ANEKSI PERSONA

Hukum Aneksi Persona? Mungkin itulah yang akan kita ungkapkan apabila membaca tajuk ini. Hukum ini merupakan salah satu hukum yang termaktub dalam tatabahasa. Disebabkan hukum ini tidaklah sepopular Hukum D-M, maka kesalahannya jarang dapat kita kesan.

Hukum Aneksi Persona menyatakan: Apabila terdapat kata kerja transitif dalam sesuatu ayat, maka perlu diikuti oleh objek secara berentetan, tanpa disisipkan dengan sebarang unsur lain seperti kata hubung.
Lihat ayat ini:
a. *Ali memberikan kepada Ahmad bungkusan hadiah itu.
b. *Adik menendang dengan kuat bola itu.
c. *Rencana ini menerangkan tentang langkah yang perlu diambil bagi mencegah wabak denggi.
d. *Beliau berpendapat bahawa perlembagaan itu perlulah dimansuhkan.
e. *Pak Mat tidur beralaskan dengan tikar mengkuang.

Semua perkataan yang dicondongkan ialah kata kerja transitif, iaitu kata yang perlu diikuti oleh objek. Sebenarnya, mengikut Hukum Aneksi Persona, segala unsur lain, selain objek tidak boleh diletakkan. Oleh itu ayat yang betul ialah:
a. Ali memberikan Ahmad bungkusan hadiah itu.
b. Adik menendang bola itu dengan kuat.
c. Rencana ini menerangkan langkah yang perlu diambil bagi mencegah     wabak denggi.
d. Beliau berpendapat perlembagaan itu perlulah dimansuhkan.
e. Pak Mat tidur beralaskan tikar mengkuang.




HUKUM D-M

Dalam bahasa Melayu, unsur yang diterangkan (D) merupakan unsur inti atau kata utama yang harus didahulukan perkara yang menerangkan(M). Dengan kata lain, unsur (D) mesti hadir pada kedudukan pertama, manakala unsur (M) hadir pada kedudukan kedua.

Susunan unsur frasa nama dalam contoh yang bergaris di bawah ini melanggar hukum D-M, iaitu:

SALAH
BETUL
...dengan lain perkataan…
Dengan perkataan lain...
...membincangkan lain hal pada lain hari...
..membincangkan hal lain pada hari lain..
..bukan pertama kali mengadakan mini ekspo..
..bukan kali pertama mengadakan mini ekspo..

Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah binaan frasa yang dikecualikan daripada hukum D-M akibat kebiasaan dalam penggunaan.

SALAH
BETUL
Penyelia penolong
Penolong penyelia
Pejabat ibu
Ibu pejabat
Mulut berat
Berat mulut

       Susunan frasa berdasarkan inti + penerang sering mengikut peraturan diterangkan-menerangkan (Hukum D-M), iaitu segala sesuatu yang menerangkan(M) selalu diletakkan dibelakang unsur yang diterangkan(D). Contohnya,
INTI (D)
PENERANG (M)
Sos
tomato
Pisang
goreng

Kadangkala unsur penerang boleh berada di hadapan inti dan bentuk frasa nama yang terhasil merupakan bentuk kekecualian daripada Hukum D-M. Kekecualian ini berlaku kerana:
 • Kebiasaan
 • Kehadiran kata naif
 • Nama panggilan atau gelaran


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 Komen:

Catat Ulasan