Anda pasti biasa mendengarkan rangkap pantun
di bawah ini :
Pulau
Pandan jauh ke tengah,
Gunung
Daik bercabang tiga;
Hancur
badan dikandung tanah,
Budi
yang baik dikenang juga.
Tahukah anda bahawa Pulau Pandan dan Gunung
Daik itu benar-benar wujud dalam kawasan Kepulauan Melayu?
Pembayang
pantun
ini ternyata bukanlah suatu rekaan semata-mata bagi memperindah pantun
sebaliknya unsur alam yang benar-benar wujud telah digunakan dalam
membina
rangkap pantun yang menjadi sebutan ini. Berikut ialah sedikit infomasi
tentang Pulau Pandan dan Gunung Daik untuk bacaan bersama-sama :
Pulau Pandan :
Memang Pulau Pandan
berada nun jauh di tengah laut, saiznya kecil dan dianggarkan ada kurang daripada
10 batang pokok di pulau yang dipenuhi batu itu tanpa penghuni manusia. Sekadar
cukup untuk bot kecil berteduh daripada ribut. Pulau kecil itu sebahagian
daripada 377 pulau yang membentuk wilayah Kabupaten Lingga dan hanya 92
daripadanya dihuni manusia.
Gunung Daik :
Gunung Daik terletak di
Pulau Lingga di kawasan Kepulauan Riau. Gunung Daik mempunyai tiga puncak iaitu
Gunung Daik, Gunung Pejantan dan Gunung Cindai Menangis. Puncak yang paling
tinggi dipanggil Gunung Daik, yang tengah Gunung Pejantan dan yang paling rendah
dan indah ialah Gunung Cindai Menangis.
Kedudukan Pulan Pandan dan Gunung Daik |
Gunung Daik |
0 Komen:
Catat Ulasan