Berdasarkan rajah di bawah, huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Setiap pelajar ingin
berjaya dalam pelajaran. Tanyalah pada sesiapa sahaja, mereka pasti inginkan
keputusan yang cemerlang. Namun demikian, usaha-usaha yang proaktif perlu
dilakukan untuk menjadi pelajar cemerlang.
Usaha paling efektif adalah
dengan mengulang kaji pelajaran. Langkah ini perlu dilakukan sepanjang masa
untuk mengelakkan kita lupa akan pengajaran yang telah disampaikan oleh guru.
Seterusnya, pelajar
cemerlang perlulah membuat jadual belajar. Bukan setakat itu sahaja, mereka
perlu patuh akan jadual yang dibuat itu dan bukan sekadar melepaskan batok di
tangga sahaja.
Kita juga boleh belajar
secara berkumpulan. Kumpulan yang dibentuk perlulah mempunyai bilangan antara
dua hingga tiga orang untuk berbincang serta bertukar-tukar pandangan.
Izharnya, ada
berbagai-bagai langkah yang boleh kita ambil untuk menjadi pelajar yang cemerlang.
Semuanya terletak atas kemahuan sendiri bak peribahasa di mana ada kemahuan di
situ ada jalan.
(126 patah perkataan)
1 Komen:
Ulang kaji pelajaran
Catat Ulasan