Dikuasakan oleh Blogger.
RSS
Container Icon

Lawatan ke Muzium Negara

Pada tarikh 17 Oktober 2013, Sekolah Sukan Bukit Jalil telah mengaturkan suatu aktiviti yang agak menarik bagi mengisi masa para pelajar khususnya buat pelajar-pelajar yang baru sahaja selesai menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR). Mula bertolak dari SSBJ pada jam 9.45 pagi, seramai 36 orang pelajar lelaki dengan diiringi oleh En. Samsyul Hisyam bin Abdul Manap, Pn. Noor Wahida yang juga merupakan kurator Muzium Negara telah sedia menanti kunjungan warga SSBJ tepat jam 10.15 pagi.

Para pelajar yang telah pun dibahagikan kepada empat kumpulan diberikan penerangan yang sejelasnya oleh Pn. Noor Wahida. Aktiviti 'Treasure Hunt' yang memerlukan para pelajar mencari maklumat di sekitar kawasan muzium membuatkan para pelajar berasa teruja. Aktiviti berkenaan membuatkan pelajar menjelajah ke segenap inci kawasan pameran di muzium bagi mencari maklumat-maklumat yang diperlukan bagi menyelesaikan tugasan. 

Tiada sebarang hadiah diberikan kepada para pemenang iaitu kumpulan 2 dan 3 yang telah berjaya memeperoleh 100 markah. Walaupun demikian, pengalaman dan ilmu yang diperoleh menjadi hadiah yang amat bernilai yang tiada galang gantinya. Keseronokan atlet pelajar SSBJ menjalani aktiviti di Muzium Negara dapat dilihat menerusi gambar-gambar di bawah :







Klik DI SINI untuk melihat lebih banyak gambar.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 Komen:

Catat Ulasan