Contoh penulisan rencana berikut boleh dijadikan panduan kepada para pelajar dalam menghuraikan idea dan memberikan contoh.
Punca-Punca Kemalangan Jalan Raya
Oleh :
Nik Tik Hajar Aisyah bt Ismail
“Adalah
menjadi harapan saya agar rakyat Malaysia akan sentiasa beringat dan berwaspada
semasa dalam perjalanan pulang ke kampung halaman. Bersama-sama kita jadikan jalan
raya kita jalan yang selamat”.
Demikianlah
sedutan ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak ketika menghadiri majlis berbuka puasa bersama-sama anak
yatim di Putrajaya baru-baru ini. Peribahasa alah bisa tegal biasa kini telah
menjadi sinonim dengan masyarakat Malaysia memandangkan saban hari rakyat
Malaysia disajikan dengan berita-berita kemalangan jalan raya yang menyayatkan
hati sama ada di dada akhbar mahupun di kaca televisyen. Walaupun OPS Sikap
XIII sempena Aidilfitri baru-baru ini berjaya mengurangkan kes kemalangan maut
daripada 213 kes kepada 203 kes, namun statistik masih menunjukkan bahawa
kemalangan keseluruhan pada tahun ini meningkat sebanyak lima peratus berbanding
tahun lalu. Persoalannya, apakah punca-punca yang menyebabkan berlakunya
kemalangan jalan raya walaupun pelbagai pihak telah memainkan peranan mereka
dalam mengurangkan kadar kemalangan jalan raya?
Mengikut
kajian yang dijalankan oleh Universiti Teknologi Mara (UTM), sikap pemandu
ketika berada di jalan raya merupakan faktor dominan berlakunya kemalangan
jalan raya. Memang tidak dapat dinafikan, pemandu marcapada ini memandang
enteng terhadap peraturan-peraturan jalan raya yang telah ditetapkan oleh pihak
berkuasa.. Buktinya, ramai pemandu yang tidak mematuhi ‘speed limit’
terutamanya ketika memandu di lebuh raya sehingga menyebabkan mereka gagal
mengawal kenderaan apabila cuba membelok ke kanan atau ke kiri di
selekoh-selekoh jalan. Di sisi itu, risiko untuk seseorang mengalami kecelakaan
jalan raya adalah lebih tinggi bagi mereka yang memandu dalam keadaan mengantuk
atau pun mabuk. Hal ini demikian kerana pemandu yang memandu kenderaan ketika
mengantuk akan hilang konsentrasi semasa memandu dan secara tidak langsung
menyebabkan kenderaan dikawal secara ‘auto-pilot’ yang akhirnya membawa kepada
kemalangan jalan raya. Selain itu, sikap sesetengah pemandu yang leka
berbual-bual dengan rakan sebelah serta mengggunakan telefon bimbit ketika
memandu turut menyebabkan kemalangan. Pernyataan ini diperkuatkan lagi apabila
statistik menunjukkan bahawa 94 peratus pengguna jalan raya terlibat dalam
kemalangan jalan raya berpunca daripada sikap acuh tak acuh mereka ketika
berada di jalan raya. Pendek kata, kecuaian pemandu ketika di jalan raya
merupakan penyumbang utama kemalangan jalan raya.
Bak
kata pepatah Melayu, kalau tidak ada angin, masakan pokok bergoyang kerana
setiap perkara yang berlaku pasti ada sebabnya. Selain daripada faktor manusia,
keadaan fizikal jalan raya yang tidak memuaskan turut membawa kepada kemalangan
jalan raya. Di samping struktur jalan yang berlekak-lekuk serta mempunyai
permukaan yang tidak rata, infrastruktur jalan yang turut gagal berfungsi juga
boleh membahayakan pengguna jalan raya khususnya bagi mereka yang memandu pada
waktu malam. Seperti yang kita ketahui, rakyat Malaysia gemar memulakan
perjalanan mereka pada waktu malam khususnya pada musim perayaan bagi
mengelakkan masalah kesesakan lalu lintas. Namun, ketiadaan lampu jalan di sepanjang
jalan raya menyebabkan keadaan sekeliling menjadi gelap dan seterusnya
membataskan penglihatan para pemandu terhadap objek di hadapan mereka. Kondisi
sebegini bukan sahaja mengganggu tumpuan pemandu malah secara tidak langsung
menyebabkan pemandu tidak sedar akan posisi sebenar kenderaan mereka. Tambahan
pula, ketiadaan penghadang jalan raya terutamanya di kawasan-kawasan yang
tinggi seperti Genting Highlands meningkatkan lagi risiko untuk sesebuah
kenderaan terbabas jatuh ke dalam lembah yang curam. Oleh itu, jelaslah bahawa
kemalangan jalan raya turut berlaku apabila prasarana jalan raya berada dalam
keadaan yang kurang memuaskan.
Melihat
dari perspektif yang berbeza, aktiviti lumba haram yang semakin menjadi-jadi
juga sering menyebabkan kemalangan maut terutamanya dalam kalangan pelesit-pelesit
rempit. Tanpa mengira keadaan trafik, para pelumba motosikal haram ini akan
berkumpul dan berlumba di tengah-tengah kota pada malam hujung minggu.
Kodok-kodok rempit ini akan bermaharajalela di jalan-jalan raya dan menjadi
pemandu yang beraja di mata dan bersultan di hati dengan aksi-aksi yang
membanggakan diri masing-masing. Aksi-aksi lumba haram yang ganas seperti
‘drift and drag’, gaya 'aerospace' dan 'superman' bukan sahaja salah di sisi
undang-undang negara, malah membahayakan nyawa penguna jalan raya yang lain
serta nyawa pelumba haram itu sendiri. Cuba kita bayangkan pelbagai kemungkinan
yang akan menimpa pelumba haram yang memecut laju dengan kelajuan 200 kilometer
sejam secara tiba-tiba gagal mengawal motosikalnya dan melanggar seorang
kanak-kanak. Adakah dia dan kanak-kanak itu masih terselamat? Dan adakah dia
akan dibawa ke muka pengadilan setelah menyebabkan kematian seorang kanak-kanak
yang tidak berdosa? Maka, tidak hairanlah jika aktiviti lumba haram menjadi
salah satu punca utama peningkatan kadar kemalangan jalan raya di negara ini.
Dalam
pada itu, kelemahan penguatkuasaan undang-undang dan peraturan juga merupakan
punca kecelakaan di jalan raya. Walaupun Malaysia mempunyai undang-undang dan
peraturan yang ketat serta mampu memberi kesan terhadap psikologi masyarakat
tempatan, namun ketidaktegasan dalam pelaksanaan undang-undang sudah pasti
membuka ruang kepada sesetengah pihak untuk terus melakukan kesalahan di jalan raya.
Sebagai contoh, akibat daripada ketidakjujuran segelintir pihak berkuasa yang
sanggup menerima rasuah, pemandu bas yang mempunyai 13 saman dan dua waran
tangkap masih terlepas daripada tindakan undang-undang. Hal ini diperkukuhkan
lagi apabila sebuah bas yang digunakan sejak tahun 1987 serta telah empat kali
gagal dalam pemeriksaan Puspakom Sdn Bhd kerana masalah brek, serta disaman 19
kali oleh pihak polis sejak tahun 1991 dan merekodkan 79 saman daripada pihak
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) semenjak lima tahun lalu masih lagi dibenarkan beroperasi di jalan raya.
Adakah pihak berkuasa terlalu alpa akan tanggungjawab mereka dalam memakmurkan
alam sehingga memandang enteng terhadap perkara sebegini? Di manakah
terletaknya keadilan dan keunggulan undang-undang negara sehinggakan fenomena
sebegini masih diberi muka? Tuntasnya, kelemahan penguatkuasaan undang-undang
turut menjadi dalang dalam masalah kemalangan jalan raya.
Secara
intihanya, kemalangan maut di jalan raya berpunca daripada pelbagai faktor.
Pada hakikatnya, kecelakaan jalan raya bukan sahaja mengakibatkan kecederaan
serta menyebabkan banyak nyawa terkorban, malah telah memusnahkan alam sekitar
dan kemudahan-kemudahan yang terdapat di jalan raya. Hal ini secara tidak langsung
telah menyumbang kepada kejatuhan ekonomi negara memandangkan pihak kerajaan
terpaksa menghabiskan berjuta-juta ringgit untuk membaik pulih infrastruktur
jalan. Oleh hal yang demikian, pelbagai pihak haruslah berganding bahu dalam
mencari ikhtiar supaya kadar kemalangan maut jalan raya di Malaysia dapat dikurangkan.
Jika Beijing berjaya melakukannya, mengapa tidak Malaysia? Malaysia boleh!
Insya-Allah. Jika segala permasalahan ini dapat dirungkaikan, tidak mustahil
hasrat Malaysia untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020 seperti yang
diilhamkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad boleh menjadi kenyataan.
Baca juga LANGKAH-LANGKAH MENGATASI KEMALANGAN JALAN RAYA.
Baca juga LANGKAH-LANGKAH MENGATASI KEMALANGAN JALAN RAYA.
38 Komen:
Bagus..!
Siti Nor Halimah
karangan yang bagus untuk pelajar yang tidak mempunyai idea.
btl2 . . .
sya pown tgh x dew idea trs dapat idea
memang bagus sangat
mmg bgs pn
banyak giler
hai
boleh berkenalan
hyeeee
huhuhuhuhuhuhu..............
sO NICE,! !
kukukukukuku.............
Malas utk bacalah!!!! Banyak perkataan ah... Susah nak baca
huh ! nsb baek ada krngn ne .. kalo x , x tau g la nk cri mna .. hehe
pening lah nak baca,,banyak sangat huraian..tapi ok juga lah..
ok.. je pon
pnjang nye !!!
knpe korang nie?....x de adab!
gile larh,bikin gua panas!!
bapak die panjang giler aq rasa tahun depan pon x siap tau
haha pdn muka
aq rase ko giler
BETUL TUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU
JANGAN MAIN BAPAK TAK BAIK TAU MAIN BAPAK
FATIN KAU DAH JUMPA KE PETA MINDA
lantaklah. ko ni sibuk jer
oooooooooooooooooooooo
BIAR LAH AKU NAK SIBUK KENAPA ,KAU MARAH KE
ko ni sibuk jer...
karangan ni memang t'baik....thankz ye
Jinjja daebak..!! ^^ sgt membantu.. Kamsahamnida.. Terime kasih.. ^_^
BAGUS////////////////////.............
izinkan saya ambil karangan ini sebagai rujukan . tq
Panjang Giles karangan ni tapi baik sgt sbb ade byk isi dan dpt tlg saye. Terima kasih sgt.
Banyak 2
terima kasih sgt2 sbb bagi idea semua ....Mmg boleh digunakn utk rujukan sblm peperiksaan...KAMSAHAMMIDA :) :) :) :) ;)
Eeeeeee,gediknya kat atas tu....time ni la plak dia nk menggedik-gedik ....Nyampah aq!!!
baiki tulisan anda
Catat Ulasan