BAB 1– Keluarga
Hilmi tiba di rumah Datuk Johari dan
memperkenalkan dirinya sebagai anak Pak Karim dari Kedah. Hayati dan Datin
Salmah tidak senang dengan kehadian dan tingkah laku Helmi. Mereka tidak
mengetahui bahawa Datuk Johari masih mempunyai saudara di kampung. Hilmi
ditempatkan di sebuah bilik berhampiran dengan bilik Pak Amat sementara
menunggu kepulangan Datuk Johari. Kehadiran Hilmi telah mengingatkan Datuk
Johari tentang kampung halamannya yang telah ditinggalkan sejak tujuh belas
tahun lalu. Hilmi menyatakan kepada Datuk Johari bahawa dia berhasrat untuk mencari
pekerjaan. Kelulusannya yang hanya setakat darjah empat sekolah Melayu
menyukarkan usaha Datuk Johari mencari pekerjaan untuknya. Akhirnya Hilmi
diminta menjadi tukang kebun di rumah itu. Hilmi menerima tawaran tersebut.
Dalam masa yang sama, dia rasa cemburu melihat kemesraan antara Hayati dengan
Mohsin.
BAB 2– Kuli
Hilmi gembira dengan pekerjaannya
sebagai tukang kebun. Die bekerja dengan takun sehingga pekarangan rumah itu
berubah menjadi cantik. Dia mendapat pujian daripada Datuk Johari dan juga Dr.
Nathan iaitu jiran Datuk Johari. Namun Datuk Johari tidak menganggap Hilmi
sebagai tukang kebunnya. Hilmi amat tertarik dengan mainan piano Hayati. Rumah
Datuk Johari juga sering didatangi oleh saudara mara Datin Salmah yang
berpangkat. Dalam pada itu, Datin Salmah termakan hasutan kakaknya Siti Hajar tentang Hilmi
kerana dia takut orang akan mengetahui bahawa Hilmi itu anak saudara Datuk
Johari. Datin Salmah menjadi tidak senang hati dan mencari jalan untuk mengusir
Hilmi dari rumahnya.
BAB 3 – Piano
Hayati semakin memahami Hilmi.
Kadangkala Hayati ikut bersama-sama Helmi mencari kumbang dan ulat yang
memusnahkan tanaman. Setiap hari Sabtu dan Khamis, Hayati belajar bermain piano
di rumahnya. Helmi amat tertarik dengan piano dan lagu yang dimainkan oleh
Hayati. Pada kedua-dua hari tersebut keletihannya terasa hilang apabila dapat
mendengar lagu-lagu dari piano tersebut. Hati Datin Salmah mulai berubah
terhadap Hilmi. Dia tidak lagi memanggil Helmi sebagai tukang kebun. Datuk
Johari dan Datin Salmah bangga kerana ramai orang memuji-muji tanaman bunga di
rumahnya. Datin Salmah juga gembira dengan hasil tanaman seperti terung,
kacang, timun, dan petola telah berbuah dengan lebat. Dia menghadiahkan hasil
tanaman itu kepada teman-temannya apabila pergi ke morning coffee dan juga
ketika ada antara kawannya yang datang berkunjung ke rumahnya. Datin Salmah
gembira mendengar pujian daripada
kawan-kawannya.
BAB 4 – Hukuman
Leha, penolong pembantu rumah telah
pulang ke kampung. Hilmi telah ditugaskan oleh Datin Salmah untuk membersihkan
ruang tamu. Suatu hari Hilmi keseorangan di rumah kerana Datin tidak ada di
rumah. Hilmi telah mencuba memainkan piano tersebut sehingga tidak menyedari
kepulangan Mak Minah. Perbuatan Hilmi itu ditegur oleh Mak Minah kerana takut
dimarahi oleh Datin Salmah. Setelah Hayati pulang dan hendak menghiburkan pak
cik dan mak ciknya, dia menyedari pianonya telah rosak. Datin Salmah mula
mencari siapa yang mengganggu piano itu. Mak Minah terpaksa memberitahu bahawa
Hilmi telah memainkan piano itu. Datin Salmah ingin mengambil kesempatan dari
peristiwa itu untuk mengusir Hilmi. Atas kebijaksanaan Datuk Johari, Hilmi
dimaafkan dan dipotong gajinya. Datin Salmah juga menyuruh Hilmi memujuk Hayati
dan meminta maaf. Semasa Datuk Johari sekeluarga bercuti selama satu bulan, Mak
Minah dan Pak Amat juga diberi cuti balik ke kampung. Hilmi diminta menjaga
rumah tersebut. Hilmi amat kesunyian dan teringat pada lagu-lagu yang dimainkan
oleh Hayati.
BAB 5– Penunggu
Sepeninggalan mereka, Hilmi mendapat
simpati jiran Datuk Johari, iaitu Dr. Nathan. Mamat kawan baiknya iaitu drebar
Dr. Nathan juga balik ke kampung. Semasa Hilmi masuk pula ke bilik tamu, dia
rasa terlalu ingin bermain piano begitu kuat dan meronta-ronta di dalam dirinya
tetapi dia tidak berani menyentuhnya. Mamat, drebar Dr. Nathan telah balik dari
kampung dan telah memperkenalkan Hilmi dengan Encik Bakar, seorang ketua sebuah
quartet. Encik Bakar menyuruh Hilmi bermain organ dan Hilmi telah mendapat
pujian daripada Encik Bakar. Encik Bakar mengajar Hilmi muzik secara percuma.
Hilmi telah belajar dengan tekun dan Encik Bakar juga telah mengajarnya tentang
not-not muzik.
BAB 6- Muzik
Hilmi berasa bertuah kerana dapat
belajar muzik dengan Encik Bakar. Hilmi bermain piano setelah pulang dari bilik
Mamat. Tanpa disedari Datuk Johari dan keluarganya telah sampai ke rumah dari
luar negeri. Hayati terpesona melihat Hilmi bermain piano. Datin Salmah dan
Datuk Johari terpegun. Helmi terperanjat kerana tidak menyedari kepulangan pak
ciknya sekeluarga. Hayati memberikan hadiah berupa sebuah patung wanita kepada
Helmi. Hubungan mesra Hilmi dan Hayati tidak disenangi oleh Datin Salmah. Datin
Salmah merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada Hayati.
BAB 7 – Oleh-oleh
Mohsin kesal kerana dia tidak dapat
menjemput Hayati di lapangan terbang. Sebelum ke pejabatnya Mohsin singgah
dahulu ke rumah Hayati. Hayati sedang asyik bercerita dengan Hilmi tentang
perjalanan percutiannya. Hayati bersikap dingin dan hanya bersalam dengan hujung jarinya sahaja apabila
Mohsin menghulurkan tangannya. Mohsin juga terasa ada sesuatu yang aneh pada
gerak-geri Hayati. Datin Salmah semakin tidak senang dengan
perubahan perangai Hayati. Dia percaya Hayati ada sangkut paut dengan
ubat guna-guna. Hayati marah apabila Datin Salmah inginkan penjelasan
daripadanya. Datin Salmah memberi amaran dan Hayati tidak dibenarkan bercakap
lagi dengan Hilmi.
BAB 8 - Sengketa
Di Encik Bakar, Helmi digoda oleh
Azizah. Namun Azizah kecewa apabila mengetahui yang Hilmi hanya tukang
kebun dan anak saudara kepada Datuk Johari. Helmi pulang ke rumah. Setelah
Encik Bakar pulang, Azizah memberitahu bapanya tentang latar belakang
Hilmi. Namun bagi Encik Bakar untuk menjadi ahli muzik bukan perlu persekolahan
tinggi. Setelah pulang ke rumah Helmi dimarahi Datin Salmah kerana meninggalkan rumah.
Datin Salmah tidak membenarkan Mak Minah memanggilnya makan. Mak Minah membawa
makanan kepada Helmi. Namun dia tidak mahu makan walaupun setelah dipujuk oleh
Hayati. Hilmi kemudiannya keluar untuk berjumpa Mamat dan meminta
pertolongannya mencari tempat untuknya berpindah dari rumah Datuk Johari.
BAB 9– Pertemuan
Datin Salmah merasa kehilangan Helmi
apabila tanaman bunga tidak terurus. Hayati pula tidak mahu bercakap dengan
ibunya. Hayati amat kecewa apabila helah ibunya yang sememangnya tidak suka
Hilmi tinggal di situ. Datin Salmah bercadang untuk menyatukan Hayati dan Mohsin
seberapa segera. Namun Hayati menolak. Semasa pejalanan ke kampung dengan bas, Hilmi berpatah balik ke Kuala Lumpur.
Dia bekerja di kios tempat jualan minyak. Mohsin telah menghasut tauke kedai
minyak itu supaya membuang Hilmi tetapi tauke itu tidak mempedulikannya. Helmi
sedih mendengar berita tentang Hayati daripada Pak Amat. Hilmi berjumpa semula
dengan Encik Bakar. Hilmi menceritakan kisahnya kepada Encik Bakar dan
hasratnya ingin menyambung belajar muzik dengannya. Encik Bakar memberi dorongan
kepada Helmi bahawa Helmi akan berjaya kerana mempunyai bakat. Hubungan Azizah
dengan Hilmi juga semakin rapat. Selain itu Hilmi telah belajar bermain
trompet, seksofon, klarinet, dan biola.
BAB 10- Bebas
Datin Salmah semakin resah
memikirkan keadaan Hayati. Hayati sudah bertunang. Ketika masuk ke bilik
Hayati, dia terkejut kerana terjumpa buku agama dan lebih memeranjatkan lagi
ialah sejadah dan telekung yang terlipat di sudut biliknya. Hayati itu sudah
mula sembahyang. Dia mula menyiasat dengan siapakah Hayati berkawan. Datin
Salmah mencadangkan supaya perkahwinan antara Hayati dan Mohsin disegerakan.
Cadangan itu tidak dibantah oleh Hayati, malah Hayati kelihatan terlalu
gembira. Berita perkahwinan Hayati dan Mohsin tersiar dalam semua surat khabar Melayu
dan Inggeris. Hilmi terpegun ketika Azizah menunjukkan kepadanya berita
perkahwinan itu. Hilmi berkurung dalam biliknya selama seminggu. Hari
kelapan Hilmi pergi ke rumah Encik Bakar untuk menunjukkan lagu yang
dikarangkannya. Hilmi berasa gembira kerana dia telah dapat menunjukkan
bakatnya.
BAB 11–
Intermeso
Hilmi telah berhenti kerja dan
menyertai quartet Encik yang terkenal di ibu kota. Hilmi memainkan lagu
gubahannya “Sebuah Intermeso”. Seluruh hadirin terpesona dan terpegun. Temu
ramah dengan Helmi oleh pemberita hiburan telah disiarkan di dalam akbar pada
hari yang berikutnya. Datuk Johari terpegun. Daripada akhbar itu Hayati
mendapat tahu Hilmi masih berada di Kuala Lumpur. Setiausaha Persatuan
Pemain-pemain Muzik Nasional mendapati Encik Bakar telah melanggar peraturan
perlembagaan persatuannya kerana semua pemain muzik hendaklah terdiri daripada
anggota-anggota persatuan itu yang sah. Hilmi berasa kesal kerana menjadi sebab
Encik Bakar berhadapan dengan tindakan persatuan. Akhirnya jawatankuasa
memaafkan Encik Bakar kerana mengenangkan jasa-jasanya terhadap persatuan
tersebut dan menerima keahlian Hilmi.
BAB12- Krisis
Azizah membawa berita tentang Hayati
mendapat biasiswa dari British Council untuk belajar muzik di Conservatory of
Music selama dua tahun. Sekiranya Hilmi pergi ke lapangan terbang pada waktu itu bererti dia tidak
dapat ikut bermain dalam orkestra Encik Bakar. Fikirannya terlalu runsing.
Hilmi berjumpa Hayati dengan bantuan Mamat. Mohsin tentang pertemuan tersebut.
Hayati menyatakan bahawa dia amat mencintai Hilmi tetapi dia tidak mahu
membantah kata orang tuanya. Encik Bakar pula gelisah menunggu Hilmi.
Pada malam itu, permainan yang luar biasa telah diperlihatkan oleh Hilmi.
Apabila lagu ciptaan Helmi telah banyak, lagu-lagu tersebut telah dirakamkan
menjadi rekod. Hilmi telah mendapat keizinan Encik Bakar untuk menubuhkan kugiran yang diberi
nama “Kugiran Dahlia”. Ia dengan cepat mendapat popularitinya. Hilmi banyak
menggubah lagu untuk dinyanyikan oleh Azizah. Perhubungan mereka semakin erat.
Setelah setahun lebih bergaul rapat, dia dan Azizah diijabkabulkan. Tetapi
kira-kira setahun setelah anak lelaki mereka yang pertama lahir, Azizah mulai
berubah dan Hilmi juga ikut berubah. Rumah tangga mereka mula goyah. Hilmi
banyak berfikir dan telah mendatangkan ilham untuknya menggubah lagu.
BAB 13– Perpecahan
Keretakan rumahtangga Helmi semakin
memuncak. Azizah cemburu kerana pada anggapannya beberapa buah lagu yang telah
digubah khas oleh Hilmi adalah untuk Hayati. Namun dia juga tetap menggubah
lagu termasuk lagu “Cinta dan Tangis”. Harapan untuk kembali dengan Azizah
telah pudar. Walau bagaimanapun dia belum berniat untuk menceraikan Azizah.
Orkes Hilmi telah mendapat undangan untuk bermain dalam pertunjukan Hari
Keputeraan Sultan Kelantan di Kelantan. Hilmi mendapat sambutan yang luar
biasa. Kira-kira jam empat pagi, Hilmi dikejutkan dengan panggilan telefon dari
Rahmat tentang kematian Encik Bakar. Tiga tahun berturut-turut Hilmi muncul sebagai pemenang dalam pesta muzik
tahunan yang dianjurkan oleh RTM. Hilmi telah diberi penghormatan untuk
memimpin satu pertunjukan Orkes Perdana yang dianjurkan oleh RTM. Datin Salmah
juga telah mendesak Datuk Johari mencari kad jemputan pertunjukan Orkes Perdana
itu kerana seluruh geng ‘morning coffee’ telah bercadang untuk menontonnya.
BAB 14– Seniman
Dewan
Tunku Canselor telah penuh sesak. Keadaan menjadi tegang apabila Hilmi belum kelihatan. Hilmi sakit dan dimasukkan ke unit rawatan rapi ( ICU ). Hayati yang
ingin menonton pertunjukan tersebut ingin membantu memimpin pertunjukan
tersebut. Datuk Johari dan Datin Salmah menyesali perbuatan mereka terhadap
Hilmi. Setelah pertunjukan selesai Hayati, Datuk Johari dan Datin Salmah
bergegas ke hospital. Suasana menjadi bertambah pilu dengan kehadiran Azizah,
ibunya serta Hakim, anak Hilmi.Karim akhirnya membongkar rahsia bahawa Hilmi sebenarnya anak kandung Datuk Johari. Datuk Johari dan Datin Salmah amat menyesal dan akan menebus dosa mereka sekiranya Hilmi pulih. Sesampai sahaja di rumah, Datuk Johari telah menerima khabar tentang kematian Hilmi. Datuk Johari terkejut dan jatuh di atas lantai dan meninggal dunia.
0 Komen:
Catat Ulasan