TEMA
Tema untuk
novel Konserto Terakhir ialah perjuangan
hidup seorang anak muda yang berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan dan
akhirnya berjaya menjadi seorang seniman besar negara.
Dalam
meniti kejayaan itu, dia telah menghadapi berbagai dugaan hidup hingga ke akhir
hayat. Helmi
yang berasal dari kampung telah datang ke rumah bapa saudaranya untuk mencari
pekerjaan. Semasa tinggal di rumah bapa saudaranya Datuk Johari, dia hanya
menjadi tukang kebun dan telah menerima penghinaan daripada Datin Salmah.
Penghinaan ini berlaku disebabkan beliau hanya seorang pemuda kampung dan
berpendidikan rendah. Selain daripada itu dia juga dihalang daripada berhubung
dengan Hayati sehingga akhirnya dia terpaksa keluar dari rumah itu. Walau bagaimanapun dia
gigih mempelajari muzik daripada Encik Bakar. Hasilnya, dia berjaya menjadi
seorang pemuzik yang terkenal. Dia gigih mencipta lagu pelbagai lagu sehingga
lagu yang diciptanya terkenal di seluruh tanah air. Pada masa ini juga dia
menghadapi masalah rumah tangganya dengan isterinya Azizah disebabkan sikap
Azizah yang mementingkan kekayaan. Dia berasa amat kecewa dan tertekan walaupun
dia mendapat pujian daripada peminat seni. Keadaan ini berterusan
sehinggalah dia meninggal dunia.
PERSOALAN
Antara persoalan yang diselitkan oleh penulis dalam
novel ini ialah persoalan kegigihan
dalam berusaha untuk mengubah kehidupan dan masa depan. Persoalan ini dapat
diperhatikan melalui watak utama iaitu Hilmi. Walaupun sering mendapat
penghinaan khususnya daripada Datin Salmah, Hilmi dengan dorongan
daripada Pak Amat dan Encik Bakar. Dia berusaha gigih dan akhirnya berjaya
mencapai cita – citanya iaitu menjadi seorang pemuzik yang terkenal.
Penulis juga mengungkapkan persoalan cinta dan kasih sayang sesama manusia. Pembaca mendapat gambaran peroslan ini melalui perhubungan atrana Helmi dengan Hayati dan hubungan antara Hilmi dan Azizah. Cinta dan kasih sayang dilihat pada awalnya lebih kepada simpati. Kasih sayang Hayati kepada Helmi bermula daripada perasaan simpati. Setelah berkahwin dengan Kohsin, hayati tetap cinta kepada Helmi.
Penulis juga mengungkapkan persoalan cinta dan kasih sayang sesama manusia. Pembaca mendapat gambaran peroslan ini melalui perhubungan atrana Helmi dengan Hayati dan hubungan antara Hilmi dan Azizah. Cinta dan kasih sayang dilihat pada awalnya lebih kepada simpati. Kasih sayang Hayati kepada Helmi bermula daripada perasaan simpati. Setelah berkahwin dengan Kohsin, hayati tetap cinta kepada Helmi.
Pengarang juga menyentuh tentang persoalan pegangan agama dalam masyarakat bandar. Keluarga Datuk Johari tidak solat. Namun sejak kehadiran Helmi, sikap Hayati telah berubah. Dia telah mula solat dan dapat mengembalikan ketenangan hidupnya. Hayati ialah seorang gadis yang penuh dengan kebebasan tetapi telah berubah dan berasa tenang setelah mula mendekati agama melalui ibadah solat dan mendalaminya melalui buku – buku agama.
Persoalan sikap segolongan masyarakat yang terlalu mementingkan pangkat dan darjat juga dapat diperhatikan oleh pembaca melalui novel ini. Contohnya Datin Salmah menghina Hilmi kerana menganggap Hilmi hanya seorang pemuda kampung dan tidak berpendidikan tinggi. Demikian juga dengan Azizah yang berasa tawar hati setelah mengetahui bahawa Helmi seorang tukang kebun di rumah Datuk Johari.
Berdasarkan hubungan antara Datuk Johari dengan Helmi, penulis ingin mengungkapkan persoalan perpecahan keluarga sehingga membawa kepada penyesalan yang tidak berkesudahan. Helmi sebenarnya anak kandung Datuk Johari. Datuk Johari dan Datin Salmah amat menyesal dengan perbuatannya terhadap Helmi sebelum itu sehingga Helmi menderita setelah mengetahui perkara itu. Namun dia tidak sempat menebus kesalahannya kerana Helmi telah meninggal dunia.
Selain daripada itu, novel ini juga
memaparkan persoalan gaya hidup segolongan masyarakat bandar yang bersifat
kebaratan. Contohnya dapat diperhatikan melalui keluarga Datuk Johari
sendiri. Datin Salmah sering menghadiri “morning coffee” bersama
kawan-kawannya. Manakala di rumah Datuk Johari juga terdapat sebuah “mini bar”.
Datin Salmah juga merancang agar Hayati melanjutkan pelajaran di London.
Sikap Datin Salmah juga mencerminkan persoalan kepercayaan karut dan khurafat yang masih terdapat dalam kalangan masyarakat hari ini terutamanya masyarakat bandar. Contohnya Datin Salmah percaya bahawa Hilmi menggunakan ubat guna-guna terhadap Hayati apabila mendapati Hayati semakin rapat dengan Helmi. Datin Salmah juga menuduh Helmi berbuat demikian apabila melihat Hayati berubah sikap dan mula bersembahyang.
0 Komen:
Catat Ulasan