Penjodoh Bilangan
|
Penggunaannya
|
angkatan
|
untuk sekumpulan manusia atau benda.
Contoh: kapal, penulis, polis, tentera, pelukis, |
baris
|
untuk kedudukan benda/manusia yang berbaris
Contoh: ayat, meja, orang, kedai, kerusi, rumah, pokok, tulisan |
batang
|
untuk menunjukkan benda-benda yang panjang
Contoh: tiang, pen,sungai, lilin, galah, pokok, gigi,jambatan, jarum, tongkat, kapur |
bentuk
|
untuk benda-benda kecil yang berkeluk
Contoh: mata kail, subang, cincin |
berkas
|
untuk benda-benda yang diikat bersama-sama
Contoh: kunci, lidi, kayu |
bidang
|
untuk benda-benda yang terbentang luas
Contoh: tanah, kain, sawah, permaidani, layar, kebun, tikar |
biji
|
untuk jenis buah, sayur-sayuran, dan
benda-benda yang kecil
Contoh: ltembikai, epal, bola, cawan, guli, belon, ketupat, batu, telur, gelas |
bilah
|
untuk benda-benda yang tajam
Contoh: golok, gunting, parang, pisau, sabit, keris |
buah
|
untuk benda-benda besar dan padu, yang
tidak mempunyai bentuk yang tertentu
Contoh: negara, negeri, lori, basikal, rumah, buku, kotak, radio, bandar, kampung, pasaraya |
buku
|
untuk benda-benda yang keadaannya
berketul/berbongkah
Contoh: sabun, roti, benang |
butir
|
untuk benda-benda yang bulat atau kecil
Contoh: telur, batu, manik, beras, peluru |
carik/cebis
|
untuk benda-benda yang dikoyakkan
Contoh: kertas, kain |
cubit
|
untuk benda yang diambil sedikit dengan
jari
Contoh: garam, gula, kunyit |
cucuk
|
untuk benda-benda yang dicucuk dengan lidi
Contoh: sate |
das
|
untuk bunyi letupan atau tembakan
Contoh: meriam, pistol, senapang |
deret
|
untuk benda-benda yang tersusun
Contoh: bangunan, kedai, kereta, rumah, |
ekor
|
untuk semua jenis binatang
Contoh: kucing, harimau, nyamuk, lalat, ikan, burung, semut, lipas, ular |
genggam
|
untuk benda-benda yang digenggam
Contoh: pasir, beras, padi |
gugus
|
untuk buah-buah ataupun benda
Contoh: anggur, langsat, kelapa sawit, sawit, kunci |
gulung
|
untuk benda-benda yang bergulung
Contoh: filem, permaidani, tikar, dawai, kertas |
helai
|
untuk benda-benda yang nipis dan lebar
Contoh: daun, baju, kertas, kain, tuala, rambut, rumput |
ikat
|
untuk benda-benda yang diikat
Contoh: kayu, lidi, tebu, sayur, papan |
hiris
|
untuk benda-benda yang dipotong kecil-kecil
Contoh: bawang, timun, daging, buahbuahan |
jambak
|
untuk benda-benda yang bertangkai atau
berangkai-rangkai
Contoh: bunga, kunci |
kaki
|
untuk benda-benda yang bertangkai
Contoh: payung, cendawan, bungs |
kawan
|
untuk kumpulan haiwan
Contoh: lembu, kambing, lebah, gajah, merpati |
kelompok
|
untuk sekumpulan
Contoh:m anusia, haiwan, dan benda burung, awan, pulau, bintang |
kepal
|
untuk benda-benda yang dikepal dengan
tangan
Contoh: nasi, pulut, tanah |
keping
|
untuk benda-benda yang nipis atau pipih
Contoh: roti, papan, kad, gambar, biskut, tanah |
kerat
|
untuk bahagian benda-benda yang dipotong
Contoh: roti, tiang |
ketul
|
untuk benda-benda yang berketul dan padu
Contoh: ais, daging, tulang, sabun, roti |
kotak
|
untuk benda-benda yang diisikan di dalam
kotak
Contoh: mancis, pensel, rokok, sabun, ubat nyamuk |
kuntum
|
untuk bunga
Contoh: melur, melati, raya, ros |
laras
|
untuk senjata api
Contoh: pistol, senapang, meriam |
lembar
|
benda-benda yang lurus dan panjang
Contoh: kertas, dawai, benang |
longgok
|
untuk benda-benda yang berada dalam
longgokan
Contoh: durian, pakaian, tanah, cili |
naskhah
|
untuk bahan bacaan yang berjilid
Contoh: surat khabar, risalah, majalah, makalah, buku |
orang
|
untuk manusia
Contoh: petani, jururawat, peguam, pekedai runcit, budak |
papan
|
untuk benda-benda yang berbentuk kepingan
Contoh: coklat, petai, mercun |
pasang
|
untuk benda dan manusia yang berpasangan
Contoh: pakaian, kasut, subang, suami isteri, anak |
pangsa
|
untuk bahagian dalam buah
Contoh: durian |
pasukan
|
untuk sekumpulan orang yang berpakaian
seragam
Contoh: pemain kompang, polis, tentera pengakap |
patah
|
untuk kata
Contoh: perkataan, kata-kata |
potong
|
untuk benda-benda yang sudah dipotong
Contoh: kuih, daging, roti |
pucuk
|
untuk benda-benda yang halus serta tipis
dan senjata api Contoh:
jarum, surat, pistol, meriam, senapang, rebung |
puntung
|
untuk sebahagian benda yang masih menyala
Contoh: rokok, bara, kayu api |
rangkap
|
untuk puisi
Contoh: pantun, sajak, syair |
rawan
|
untuk benda-benda yang halus, labuh, dan
bersirat
Contoh: jala, jaring, pukat |
ruas
|
untuk benda yang beruas-ruas
Contoh: tebu, buluh |
rumpun
|
untuk tumbuhan yang tumbuh rapat-rapat
Contoh: buluh, tebu, serai, pandan, padi |
sikat/sisir
|
untuk buah pisang
Contoh: pisang |
tandan
|
untuk buah-buahan yang bertandan
Contoh: pisang, kelapa, pinang, kelapa sawit |
tangkai
|
untuk buah-buahan, bunga-bungaan, dan daun
yang bertangkai
Contoh: rambutan, duku, kenanga, padi, daun |
titik
|
untuk cecair yang menitis
Contoh: air, darah, dakwat, embun |
tongkol
|
untuk buah yang bertongkol
Contoh: jagung |
ulas
|
untuk isi buah-buahan yang berpangsa
Contoh: durian, limau, nangka, cempedak |
urat
|
untuk benda-benda yang halus dan panjang
Contoh: rambut, benang, dawai, |
utas
|
untuk benda-benda yang panjang
Contoh: tali, dawai, rantai |
Betulkan
kesalahan penggunaan penjodoh bilangan yang terdapat dalam ayat di bawah.
1 Akibat cuaca yang terlalu panas,
Salim meneguk beberapa titis air dalam masa yang singkat sahaja.
2 Adik menggosok badannya dengan
sepapan sabun mandi.
3 Alia memberikan segumpal nasi
kepada ayam jantan kesayangannya.
4 Kakak membelikan saya sepotong
anting-anting yang cantik.
5 Aliza kehilangan sebiji cincin
berlian yang mahal harganya.
6 Lucy memasukkan secekak garam ke
dalam kari yang sedang menggelegak.
7 Pengemis tersebut menjumpai
segugus roti di dalam tong sampah.
8 Ros menggubah sekuntum bunga
untuk diletakkan di ruang tamu
0 Komen:
Catat Ulasan