Dikuasakan oleh Blogger.
RSS
Container Icon

SPM 2019 (Ulangan) Bahasa Melayu Kertas 2

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SPM 2019 (Ulangan) : Bahasa Melayu Kertas 1

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Latihan Tatabahasa (Ayat) SPM

Latihan 1

Nyatakan jenis-jenis ayat yang diberikan sama ada ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah atau ayat seruan.

1. Puan Rusnah berasal dari utara semenanjung.

2. Amboi, sopan sungguh percakapan pemuda itu!

3. Mengapakah kamu tidak menyiapkan kerja rumah yang saya berikan semalam?

4. Jangan kamu bermain di rumah yang usang itu.

5. Sila beratur sebelum masuk ke kelas.

6. Pergilah cari maklumat berkaitan dengan kerjaya yang kamu minati daripada guru kaunseling.


Latihan 2

Nyatakan jenis-jenis ayat yang diberikan sama ada ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah atau ayat seruan.

1. Baju yang emak beli semalam itu terlalu ketat?

2. Tutup pintu itu sekarang.

3. Wah, cantiknya rumah baharu kamu ini!

4. Hujan lebat sepanjang hari boleh menyebabkan banjir.

5. Jemputlah ke rumah saya apabila kamu lapang nanti.

6. Kamu berdua berasal dari mana?


Latihan 3

Tukarkan ayat bersusunan biasa di bawah ini kepada ayat bersusunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya.

1. Baju dan seluar saya belum bergosok.

2. Pesakit itu meraung-raung menahan kesakitan.

3. Kanak-kanak itu bermain buaian di taman permainan.

4. Bangunan itu masih teguh lagi walaupun sudah lama dibina.

5. Karim pergi ke perpustakaan untuk meminjam beberapa buah buku.

6. Haji Abdullah mengait buah rambutan itu menggunakan sebatang galah.


Latihan 4

Kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi setiap ayat seperti berikut :

Subjek : __________________________________

Predikat : __________________________________

1. Encik Mior disambut denga mesra oleh kakitangan pejabat tersebut.

2. Kelajuan bas ekspres itu melebihi 110 kilometer sejam.

3. Pada setiap hujung minggu, kami sekeluarga membersihkan kawasan rumah.

4. Sekolah Sukan Bukit Jalil terkenal oleh muridnya yang aktif bersukan.

5. Murid yang pintar itu, bercita-cita hendak menjadi peguam.

6. Demi mempertahankan tanah air, rakyat sanggup berkorban nyawa.


Latihan 5

Tukarkan ayat pasif yang berikut kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya.

1. Pekerjaan lain terpaksa dilakukan oleh Haikal setelah perniagaan yang diusahakannya gagal.

2. Sambutan Hari Guru pada tahun ini diraikan oleh warga sekolah dengan meriah di seluruh negara.

3. Guru mestilah kita hormati kerana mereka banyak berjasa dalam mendidik kita untuk menjadi insan berguna.


Latihan 6

Tukarkan ayat aktif yang berikut kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

1. Kebanyakan pelancong yang datang ke negara ini memuji keunikan budaya masyarakat setempat.

2. Kami memilih barang-barang yang akan dibawa semasa mendaki gunung itu nanti.

3. Pihak keselamatan memberikan arahan kepada para pemandu agar tidak menggunakan jalan raya itu kerana runtuhan tebing masih berlaku.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jadual Peperiksaan SPM 2019


Dapatkan Jadual Waktu Peperiksaan SPM Tahun 2019 sebagai persiapan anda. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SPM 2018 : Bahasa Melayu Kertas 2

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SPM 2018 : Bahasa Melayu Kertas 1

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Teknik Menulis Pendahuluan Rumusan

Teknik Menulis Pendahuluan Rumusan.


Terima kasih GC Pn. Haslindar Nor Halim atas tunjuk ajar yang diberikan. Untuk melihat video pengajaran beliau yang lain, bolehlah subscribe channel youtube beliau melalui pautan berikut : https://www.youtube.com/channel/UC5GUgitsqkcUG6zQ5TgFL-g

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Langkah-Langkah Melindungi Hidupan Liar

Langkah-Langkah Melindungi Hidupan Liar 

Oleh : Samsyul Hisyam bin Abdul Manap

Umum mengetahui bahawa negara kita mempunyai kepelbagaian flora dan fauna yang terpelihara dalam hutan hujan tropika. Habitat yang terjaga rapi ini membolehkan hidupan liar di negara kita terpelihara dengan baiknya. Walaupun demikian, masih ada aktiviti-aktiviti rakus manusia yang menyebabkan kepupusan habitat yang sekali gus mengancam populasi hidupan liar di negara kita. Hakikatnya, ada beberapa langkah yang boleh dipertimbangkan dalam melindungi hidupan liar agar dapat terus dilihat oleh generasi kita pada masa akan datang.

Langkah paling efisyen dalam menangani isu yang diutarakan ini  termasuklah melalui penguatkuasaan undang-undang melindungi hidupan liar. Mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010, sesiapa yang didapati bersalah memburu, memiliki atau membunuh haiwan terpelihara, mereka boleh dikenakan denda dan dipenjarakan jika sabit kesalahan. Akta yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia ini perlu ditekankan dan dikuat kuasa terutama oleh Pegawai Perhilitan. Kerjasama orang ramai amat dituntut untuk segera melaporkan kepada pihak berkuasa jika terlihat aktiviti haram melibatkan haiwan terpelihara ini.

Selain menguatkuasakan undang-undang, pihak kerajaan boleh mewujudkan lebih banyak lagi pusat perlindungan hidupan liar di Malaysia. Pusat perlindungan hidupan liar yang terkenal seperti di Sepilok dan Kuala Gandah menjadi pusat bagi melindungi haiwan terancam seperti orang utan dan gajah. Pusat perlindungan tersebut juga sudah semestinya menjadi tempat tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara bagi melihat secara dekat haiwan yang menjadi ikon kepada bumi Sabah dan Pahang ini. Jika lebih banyak pusat perlindungan haiwan liar dapat diwujudkan, tidak mustahil lebih banyak haiwan liar dapat kita elakkan daripada mengalami kepupusan.

Langkah lain pula termasuklah dengan menganjurkan Kempen Melindungi Hidupan Liar. Pihak kerajaan dan swasta (NGO) boleh berganding bahu dalam melaksanakan strategi ini bagi memastikan kempen yang dijalankan mencapai matlamatnya. Harus diingat, kempen ini perlulah dijalankan secara berterusan dan bukannya sekadar hangat-hangat tahu ayan atau melepaskan batuk di tangga. Jelaslah, dengan adanya kempen secara meluas terutamanya melalui saluran media massa, masyarakat akhirnya akan tahu kepentingan hidupan liar kepada ekosistem kita.

Kesimpulannya, ada banyak langkah yang telah dikenal pasti dalam menjamin hidupan liar ini daripada terus diancam kepupusan. Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air jadi terpulanglah kepada setiap individu, masyarakat mahupun pihak berkuasa dalam memastikan setiap langkah menjadi realiti. Jika setiap langkah tersebut dapat dipraktikkan, tidak mustahil ekonomi negara kita akan meningkat berikutan penambahan bilangan pelancong yang sudah pasti tertarik dengan hidupan liar yang terpelihara di negara kita. Akhirnya, impian Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju akan mudah menjadi realiti dan bukan lagi fantasi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Analisis Soalan Rumusan SPM

ANALISIS SOALAN RUMUSAN (TUGASAN)

KERTAS 2 BAHASA MELAYU SPM (2008 –  2018)


SPM
SKOP SOALAN
PERKATAAN YANG SESUAI DITUKAR UNTUK PENDAHULUAN
NOV 2018
Dewan Siswa April 2015
Persediaan-persediaan graduan sebelum memasuki alam pekerjaan dan usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk mengurangkan masalah pengangguran.
Keperluan / kesiapsiagaan /   persiapan / usaha / langkah / tindakan
NOV 2017
Dewan Siswa April 2016
Faedah-faedah pembelajaran Komponen Sastera (KOMSAS) dan cara-cara pihak sekolah menarik minat mempelajari KOMSAS.
Manfaat / kepentingan / kebaikan / kelebihan
NOV 2016
Dewan Siswa Ogos 2014
Cara-cara memupuk semangat patriotisme dalam kalangan remaja dan kepentingan memupuk semangat patriotisme.
Usaha-usaha/ langkah-langkah / kaedah-kaedah / pendekatan / teknik-teknik / strategi / tindakan
NOV 2015
Dewan Kosmik Mei 2013
Punca-punca berkurangnya bekalan air bersih dan cara-cara menyedarkan masyarakat supaya berhemat dalam penggunaan air.            
Faktor-faktor / sebab-sebab
NOV 2014
Dewan Siswa April 2012
Peranan kaunselor dan langkah-langkah menggalakkan murid mendapatkan khidmat kaunselor.
Tanggungjawab / sumbangan / tugas
NOV 2013
Dewan Kosmik Jun 2011
Kepentingan hutan bandar dan cara-cara mengekalkan hutan bandar.
Faedah / manfaat / kelebihan / kebaikan
NOV 2012
Dewan Ekonomi Oktober 2014
Faktor-faktor pemilihan Malaysia sebagai destinasi pelancongan kesihatan dan faedah-faedah industri pelancongan kesihatan kepada negara kita.
Punca-punca / sebab-sebab
NOV 2011
Pelita Bahasa Oktober 2009
Kepentingan bahasa kebangsaan dan masalah-masalah yang dihadapi untuk memperkasakan bahasa kebangsaan.
Faedah / manfaat / kelebihan / kebaikan
NOV 2010
Dewan Kosmik Sept  2007
Kebaikan makan coklat dan cara-cara memajukan industri coklat.
Manfaat /  kepentingan /  faedah /  kelebihan
NOV 2009
Dewan Kosmik Februari 2007
Kepentingan tidur dari segi saintifik dan cara-cara mengatasi masalah sukar tidur.
Faedah / manfaat / kelebihan / kebaikan
NOV 2008
U. Malaysia 
26 Mei 2006
Faedah-faedah penerokaan angkasa lepas  dan  cara-cara untuk menarik minat masyarakat dalam bidang ini.
Manfaat / kepentingan / kebaikan / kelebihan

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS